Nabi Muhammad yang kita kasihi datang semasa manusia lalai dengan kehidupan duniawi sehinggakan mereka lupa kepada siapa yang menciptakan mereka. Mereka lupa dan mencipta tuhan yang diperbuat daripada batu dan kayu. Mereka menyangka berhala dan sembahan yang mereka sembah mampu mendatangkan kebaikan dengan menjaga binatang ternak dan tanam-tanaman mereka. Mereka juga menyangka bahawa berhala-berhala tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada mereka dan jika mereka tidak menyediakan makanan ataupun minuman dihadapan berhala2 tersebut, nasib baik mereka akan berganti dengan kegusaran.
Ditengah-tengan zaman jahiliyyah tersebut terdapat beberapa insan yang masih percaya bahawa tuhan tidak diperbuat daripada batang kayu dan batu yang dicipta oleh tangan manusia sendiri. Mereka yakin bahawa tuhan hanya satu dan mereka yakin bahawa disebalik penciptaan langit dan bumi, ada yang mentadbir dan sentiasa memerhatikan gerak geri, tutur kata dan naluri. Mereka tidak akan mengikut apa yang orang kebanyakan buat; tidak minum arak, tidak menanam anak perempuan mereka kerana takut miskin; mereka tidak akan melakukan zina dan mereka tidak akan makan riba. Mereka hanya menunggu waktu untuk datang risalah datang kepada mereka.
Disebabkan oleh keyakinan mereka, apabila nabi datang kepada mereka dan memberitahu mereka bahawa baginda adalah utusan dari Allah dan rahmat bagi sekalian alam, mereka akan merasa sedih campur gembira kerana mereka sudah diselamatkan. Allah tidak akan membiarkan bumi yang diciptakanNya dibiarkan begitu sahaja. Air mata berlinangan apabila berhadapan dengan seorang hamba Allah yang sangat mulia yang batu dan pokok sujud kepadanya (tanda hormat). Baginda seakan-akan angin yang melusuri jalan2 yang sunyi sepi dan mewarnakan bangunan2 dan rumah2 dengan warna yang indah sekali.
Apabila mereka (sahabat2 nabi) mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi muhammad adalah rasul Allah. Para pembesar mekah tidak senang hati dengan ideologi tersebut kerana mekah pada masa itu adalah pusat perdagangan yang cukup aktif. Setiap pedagang dari luar akan singgah ke mekah untuk bermuamalah (jual-beli) dan ini akan mendatangkan hasil kepada orang yang berkuasa pada waktu itu. Dengan pengakuan tersebut, pembesar2 mekah akan hilang kuasa kerana yang miskin tidak akan lagi dicabuli hak mereka, yang lemah tidak akan lagi ditindas dan yang kaya terpaksa memberikan harta mereka kepada yang miskin dan status seorang hamba abdi dan majikannya adalah sama.
Ini membuatkan mereka tidak senang hati dan coba sedaya upaya untuk menutop mulut nabi dengan memberikannya harta, pangkat dan kuasa. Tetapi dengan kudrat dan iradat ilahi, nabi tolak dengan bersabda "walaupun mereka menaruh matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan menarik kembali pesanku yang datang dari Allah".
Walaupun hanya sedikit yang menerima risalah nabi pada masa itu, ini sudah cukup untuk membuatkan para pembeasr mekah risau sehinggakan sesiapa sahaja yang tidak mahu mengakui bahawa tuhan diperbuat daripada kayu dan batu akan diseksa. Mereka akan disebat tanpa alas dan dijemur ditengah-tengah terik matahari tanpa belas kasihan sedikitpun. Mereka akan dihina kerana menerima risalah nabi. Batu besar akan diletakkan di atas badan mereka kerana mereka yakin bahwa Allah itu Esa. Pelbagai seksa yang diterima disebabkan kepercayaan mereka. Lebih banyak seksa yang mereka diterima daripada kaum musyrikin mekah, lebih kuat pula pendirian mereka dan lebih teguh pula iman mereka...
Apa yang dapat kita pelajari? Di zaman sekarang, iman adalah sesuatu yang hanya dipandang dengan satu mata sahaja kerana kebanyakan daripada kita tidak faham erti iman sehinggalah kita menerima cobaan baik dari segi mental ataupun fisikal. Kemungkinan besar, kita tidak pernah ditampar ataupun disepak terajang kerana sembahyang; kita mungkin tidak pernah dicerca kerana berpuasa dan kita mungkin tidak pernah disalai di atas api kerana mengucap dua kalimah shahadah. Hatta, kita mungkin tidak ingin tahu apa erti iman yang sebenar.
Orang mungkin akan menyangka bahawa solat lima_waktu, berpuasa dan sebagainya sudah cukup untuk mengakui keislaman kita. Sebenarnya, itu belum cukup sebab banyak lagi manusia yang hanyut dilautan maksiat, banyak lagi manusia yang menjadi orang alim sorang2 dan masih banyak lagi orang yang berpakaian seakan-akan telanjang dan banyak lagi manusia yang mengikuti cara tradisi orang2 dahulu.
Tanggungjawab kita adalah untuk memberitahu kepada yang tidak tahu kerana tidak semua yang tahu tentang hakikat sesuatu. Contoh melihat porno dan berpuasa tapi tidak solat lima waktu. Ini tidak bermaksud kita mesti tahu kesemua tafsiran ayat Al Qur'an ataupun setiap hadis nabi tapi kita beritahu apa yang kita tahu. Sebenarnya, untuk memberitahu kita tidak semestinya berceramah dikhalayak ramai ataupun masuk ke dalam TV ataupun radio, tidak! Kita boleh melakukan dengan cara MEMPAMERKAN akhlak muslim/muslimah yang sebenar berdasarkan Al Qur'an dan hadis yang sahih.
Sebagai contoh, kita boleh mempamerkan islam semasa memandu iaitu dengan cara mematuhi peraturan jalanraya dan menghormati para pejalan kaki dan mendahulukan orang tua dan tidak melakukan illegal u-turn. Semasa solat, kita hendaklah mempamerkan solat yang khusyuk (tidak riya'), setiap gerak geri, lisan dan terutama sekali hati kita bersatu untuk menyembah Allah. Kita berniat agar dengan melakukan sedemikian, orang yang akan meniru perbuatan baik kita dan menjadi seorang islam yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Barakallah.
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." [25: 63]