Takut Kepada Allah
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dan Said bin Al-Musayyab: Bahawa Umar dan Ubay bin Kaab dan Abu Hurairah r.a., mereka masuk kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Rasulullah, siapakah orang yang terpandai?
Jawab Rasulullah s.a.w.: Orang yang berakal
Kemudian mereka bertanya: Siapakah orang yang sangat ibadat?
Jawab Nabi s.a.w.: Orang yang berakal.
Mereka bertanya: Siapakah orang yang utama (afdhal)?
Jawab Nabi s.a.w.: Orang yang berakal.
Mereka bertanya: Ya Rasulullah, tidakkah orang yang berakal itu orang yang sempurna akhlak kemanusiaannya, dan jelas kata-katanya, dan murah tangannya, dan besar kedudukannya?
Jawab Nabi s.a.w.: Itu semua perlengkapan kepuasan hidup di dunia, sedang akhirat yang di sisi Tuhan itu untuk orang yang bertaqwa, orang yang sempurna akal, ialah orang yang bertaqwa meskipun dia di dunia rendah hina. (yakni orang yang bertaqwa ialah orang yang taat dan meninggalkan semua maksiat)
Read On......