Aku seekor semut
Aku hanyalah satu di antara ciptaanMU yang berjuta,
Setiap hariku saksikan kebaikan dan kejahatan yang manusia lakukan,
Samaada di dalam kegelapan malam ataupun di khalayak ramai,
Aku hanyalah seekor semut yang menunggu saat itu tiba,
Aku berjalan seakan-akan semua manusia sudah kaya,
kaya kerana membuang makanan yang tidak habis dimakan,
tidakkah mereka sedar tentang kehidupan orang yang fakir & miskin,
Tidak tahu samaada mereka makan hari ini, esok ataupun tahun depan,
Aku juga kadang-kadang dihina dan dibunuh tanpa belas kasihan,
Kawan-kawanku dibakar, sama seperti serpihan kayu arang,
Aku hanya mampu melihat dan berzikir kepadaMu ya Tuhan,
Tidakkah mereka tahu tentang balasan sikap orang yang tidak tahu?
Aku tidak kurang melihat manusia yang sombong lagi angkuh
Mereka berjalan seperti merekalah yg paling kuat di muka bumi ini,
Bangga dengan kekayaan harta benda yang melimpah ruah,
tapi sangat miskin dengan bekalan mereka di akhirat,
Aku kecil tapi aku sedar Tuhan melihat apa yang ku laku,
Kau lihat aku semasa aku bangun dari tidurku yang panjang,
Kau lihat aku dikala aku mengangkat makananku,
Kau juga melihat dikala manusia hampir menghentamku,
Aku lalui hari-hari seperti orang yang akan berlayar jauh,
Mencari dan mengumpul bekal yang mencukupi agar aku tidak jatuh,
Ke dalam curam yang menghinakan yang akan membunuhku
dan membuatku menyesal atas kejadian yang menimpaku
Tuhanku hanyalah Allah yang satu,
Aku tidak akan berputus asa dengan rezekiMu,
Kaulah dzat yang kaya & sebaik-baik penghibur diwaktu hatiku pilu,
Aku hanyalah seekor semut yang ingin mengharapkan perhatianMu..