Perjalanan semakin laju
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT yang sentiasa menjaga kita dan memberikan kita kesihatan. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Umat Nabi Muhammad, umat yang terakhir sebelum terjadinya kiamat telah diberikan oleh Allah dengan ni'mat yang bermacam-macam. Ni'mat berupa kereta, basikal, tube, kapal terbang dan sebagainya. Salah satu tanda kiamat kecil ialah apabila orang boleh sampai ke sesuatu tempat dengan pantas (I've read this somewhere a long time ago but I can't seemed to find the source).
Jika di zaman purba, orang berjalan kaki untuk menuju destinasi yang ingin dituju atau menggunakan haiwan seperti kuda, keldai dan kerbau? Selepas itu, roda telah dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja pengangkutan benda berat yang biasanya diangkat di atas bahu manusia atau dibelakang haiwan. Roda akan dipasang dibelakang haiwan tertentu untuk dinaiki dan digunakan untuk memunggah barang di atasnya. Selepas itu, ahli fikir telah mendapat ilham untuk mencipta kereta. Selepas beribu kegagalan, mereka akhirnya berjaya mencipta sebuah kereta yang dan hanya mampu bergerak dengan perlahan iaitu lebih kurang 20 km sejam.
Jika kita perhatikan, kenderaan boleh mecapai kelajuan sehingga 1000km sejam dan kelajuan akan meningkat sehingga hanya purata yang hanya Allah yang Maha Mengetahui. Coba kita bayangkan keadaan hidup pada zaman dahulu, orang hidup riuh rendah seperti ala eskimo dan untuk mencapai ke sesuatu destinasi akan memakan masa yang agak lama. Ini adalah disebabkan oleh hutan-hutan dan bukit-bukit yang belum di'redah' oleh manusia. Tapi apa yang kita lihat sekarang ialah pembangunan yang pesat, banyak bangunan-bangunan mencakar langit dicipta. Perkara ini lebih menumpu kepada negara-negara yang besar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Allah Ta'ala berfirman di dalam Al Qur'an: "Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak* di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. [Ali'Imran: 196-197]
*Kelancaran dan kemajuan dalam perdagangan dan perusahaan mereka.
Kita boleh bayangkan keadaan dulu, bagaimana ibu bapa kita yang berjalan kaki ke sekolah, menggunakan perahu dan basikal. Jika tidak disebabkan oleh kesesakan lalu lintas, seseorang boleh mencapai destinasi yang dituju dengan menggunakan kemudahan yang ada.
Bersambung...