Thursday, January 22, 2009

Lampu Trafik

Apakah fungsi Lampu Trafik? Apakah yang akan jadi jika Lampu Trafik tidak berfungsi? Mungkinkah akan adanya berlaku perlanggaran yang tiada henti? Bolehkah para pengguna jalanraya hidup tanpa trafik? Polis berada di mana jika lampu trafik rosak?

Pemandu kereta yang bertauliah mungkin akan merasa senang hati apabila memandu di atas jalanraya yang, walaupun sesak, ada peraturan dan papantanda papantanda yang bersesuaian. Pemandu tersebut akan berhenti apabila melihat tanda merah, memberi jalan di tempat yang ada tanda triangle dan memandu mengikut had2 yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, pemandu yang "terlalu" bertauliah akan hanya memandu dengan berwaspada apabila melihat polis berada di hadapan ataupun di belakang mereka. Mereka akan memotong dengan tidak menggunakan lampu isyarat kiri atau kanan dan tidak berhenti apabila melihat orang berada di zebra crossing. Banyak lagi perkara2 yang pemandu semacam ini langgar. Jika ada yang terasa..cermin kembali diri anda dan sila rujuk buku2 yang bersesuaian.

Apakah yang dapat kita pelajari daripada dua jenis pemandu di atas? Pemandu yang pertama menggambarkan insya Allah, orang yang ingin selamat. Selamat pergi dan selamat kembali. Orang jenis ini adalah mereka yang perlu kepada peraturan yang telah ditetapkan dan mereka akan ikut apa sahaja peraturan2 yang ada dengan sebaiknya, walaupun dalam keadaan jalanraya kosong. Mereka akan memberi laluan kepada pejalan kaki dan menolong sesiapa sahaja yang perlu bantuan dengan membulatkan hati mereka kepada Allah.

Orang yang kedua pula adalah mereka yang mahu cepat walaupun mahu cepat walaupun tidak selamat. Pemandu jenis ini selalu sahaja didapati melanggar peraturan jalanraya dan selalunya mementingkan diri sendiri apabila memandu. Kita mungkin pernah mendengar orang yang mabuk semasa memandu terlibat dengan kemalangan. Kita mungkin pernah melihat sendiri pemandu macam ini berjalan apabila lampu masih merah dan berhenti di kawasan petak kuning. Mereka ini juga suka menyusahkan orang lain seperti double parking dan meletak kereta di tempat yang dikhaskan (tanda kerusi roda).

Cuba kita gambarkan kedua jenis pemandu di atas. Hubungan mereka kedua sebenarnya berkati rapat dengan keperibadian pemandu tersebut. Hubungan kehidupan manusia dengan dunia vs pemandu dengan jalanraya. Dunia = jalanraya / manusia = pemandu (obviously). Sekarang cuba kita pandang lebih jauh lagi, maju kehadapan dan perhatikan macammana perasaan seorang hamba Allah yang taat dan patuh kepada perintahNya serta menggelak daripada yang hina. Mereka akan hidup adalam keadaan hati yang sentiasa ingat kepada Allah, dan setiap langkah dan gerak geri mereka akan dipantau dengan rapi sekali sehinggakan setiap sesuatu yang dilihatnya sudah cukup untuk memperingatkannya kepada dunia akhirat.

Kucing yang mati di jalan mengingatkan pemandu pertama kepada kematian, jalan yang berlobang memperingatkannya kepada hidup yang penuh dengan cobaan dan pemandu yang mencuri jalan mengingatkannya kepada manusia yang suka mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Dia kasihan melihat perempuan yang tidak menutop aurat yang sedang menunggu di stesyen bus. Bagi mereka, ini melambangkan tugas yang belum selesai kerana besar kemungkinan kebanyakan mereka yang tidak bertudong / mengenakan pakaian yang ketat / mengumpat dan sebagainya tidak tahu akan kewajipan untuk menjauhi perkara2 tersebut. Setiap putaran tayar dan arah yang dilihat mengingatkan mereka tentang kebesaran Allah.

Sebenarnya lampu trafik adalah sebagai kiasan untuk menggambarkan betapa perlunya manusia kepada peraturan dan menjalani kehidupan seharian. Peraturan yang dimaksudkan disini ialah kitabullah (Al Qur'an) yang di bawa oleh nabi kesayangan kita semua dan sunnah baginda. Kehidupan kita akan bekecamuk jika sekiranya kita tidak mempunyai apa2 panduan dan hanya mengikut peraturan2 yang dicipta sendiri oleh manusia. Cuba perhatikan bagaimana keadaan jalanraya apabila lampu trafik rosak. Semua kereta akan terus memandu tanpa menghiraukan pemandu yang lain. Apabila ini berlaku, sudah setentunya, trafik akan bertambah dan apabila trafik bertambah, bos pun naik angin.

Apa yang perlu ialah kita semua kembali kepada jalan yang lurus dan bukan jalan yang bengkok kerana jika kita menempuh satu yang yang bengkok, kita mungkin tidak akan dapat mencari jalan keluar tapi jika istiqomah berdiri (memandu) di jalan yang lurus, insya Allah, Allah akan membantu dan memudahkan jalan untuk menuju kepadaNya.

Barakallah.

Read On......