Wednesday, June 18, 2008

Sumpah Iblis

Hai anak2 adam!
Aku adalah mahkluk yang dulunya paling taqwa diantara kamu,
Aku patuh kepada perintah Tuhan dan aku sanjung Dia tinggi menjulang,
Dan tidak pernahku merasa bosan tunduk kepadaNya,


Hai anak2 adam!
Aku tidak pernah mengenal maksiat,
Aku tidak pernah tahu apa erti sombong dan bangga diri,
Dan aku tidak pernah berkata tidak sebelum adam diciptakan,

Hai anak2 adam!
Selepas aku dihalau dari syurga di atas kesombonganku,
Aku berjanji kepada Allah, akanku jadikan kamu pengikutku,
Maka ber"sedia"lah untuk menghadapiku pada waktu pagi, petang & malam,

Hai anak2 adam!
Aku akan menghasut kamu dari kiri, kanan, hadapan & belakang,
Akan ku bisikan kata2 yang menghasut kepada kejahatan,
Akan ku PASTIKAN! kamu tersungkur jatuh dalam kemaksiatan,

Hai anak2 adam!
Akan ku bisikkan kepada kamu untuk melalaikan tanggungjawabmu,
Aku akan membuat maksiat baik kepadamu,
Aku akan mengheret kamu bersama-sama ku di hari kehancuran,

Hai anak2 adam!
Ketahuilah, aku adalah musuh yang nyata bagi kamu,
Aku akan sentiasa berada disisimu di mana jua kamu berada,
Terutama sekali apabila kamu jauh daripada Tuhan,

Hai anak2 adam!
Aku akan gunakan pelbagai cara untuk merosakkan kamu,
Aku ku gunakan perempuan sebagai alat untuk melalaikanmu,
Dan akan ku kacau kanak2 kecil sehingga kau terganggu semasa solatmu,

Hai anak2 adam!
Aku sangat hairan kepada kamu,
Kamu akui bahawa Allah adalah Tuhan,
Tapi kamu masih juga patuh kepada ku (iblis),

Hai anak2 adam!
Aku sudah hidup lebih lama daripada kamu,
Aku menyaksikan kehancuran kaum Aad dan kaum Nuh
Aku juga meyaksikan kefasikan dan kemunafikan orang2 dahulu,

Hai anak2 adam!
Ingatlah bahawa aku lebih bersemangat daripada kamu,
Aku tidak akan mengantuk dan tidak lalai dari menghasut kamu
Kerana seksaku ditangguhkan dan pasti akan berlaku,

Hai anak2 adam!
Kebanyakan kamu akan mengikut haluanku,
Dan mereka yang sedar akan keberadaanku akan selamat,
Mereka mengingat Tuhan dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring,

Hai anak2 adam!
Dunia sudah letih daripada melihat karenah2 kamu,
Dunia sudah tidak larat untuk menjadi saksi di atas maksiat kamu
Dan dunia sudah menghampiri saat-saat kehancuran,

Hai anak2 adam!
aku akan membuat kamu kamu bodoh dan malas,
aku akan membuat kamu futur dijalan Allah,
akan aku menjadi kamu menjadi orang kebanyakan,

Hai anak2 adam!
Akan ku tepati janjiku kepada Allah,
Akan ku penuhi neraka dengan manusia berkelakukan seperti aku,
Yang cinta dan patuh kepada pujuk rayuku..

Read On......