Thursday, June 14, 2007

Hati



Segala sesuatu yang ada dilangit dan dibumi dan apa yang ada di antara duanya adalah milik Allah SWT. Dialah Raja yang hakiki dan akan menjadi Pengadil bagi hari Pembalasan yang semakin panas. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang setia berjuang melawan musuh-musuh Islam diserata dunia.

Allah SWT telah memberikan kita dengan bebagai ni'mat yang tidak terkira banyaknya. Salah satu daripada ni'mat yang paling dekat yang Allah berikan kepada kita adalah pancaindera (anggota badan) seperti tangan, telinga, mulut, kaki, kepala, hidung, hati dan sebagainya. Setiap satu mempunyai fungsi yang khusus, seperti tangan untuk membuat kerja seharian; makan menggunakan tangan, kaki untuk berjalan dan seterusnya. Akan tetapi, banyak di antara kita yang memikirkan bahawa tangan, kaki dan semua anggota badan kita adalah kepunyaan kita. Sebenarnya, semua yang kita adalah pinjaman.

Jika kita perhatikan dengan teliti, pinjaman boleh diertikan sebagai sesuatu yang tidak kekal, sesuatu yang akan dikembalikan kepada hak miliknya. Sebagai misal, jika kita meminjam sesuatu barang daripada seseorang, kita akan berusaha untuk tidak menjahanamkan barang orang itu. Barang seperti kereta, baju, kasut, cakera padat (CDs) dan sebagainya. Sudah pasti, ada di antara kita akan panas muka (marah) jika barang (laptop, Ipod Video) yang kita pinjamkan rosak atau hancur berkecai seperti buah tembikai (watermelon) yang dihumban dari tingkat 19! Bayangkan jika sekiranya barang yang kita pinjamkan itu bernilai satu juta ringgit!

Sepertimana yang kita tahu, anggota-anggota badan yang ada pada kita tidak ternilai harganya kerana ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dicipta oleh manusia, ia dicipta dengan tangan (Kuasa) Allah. Banyak ahli-ahli sains yang coba untuk membuat kajian tentang ini dan yang mereka peroleh hanyalah tiruan belaka. Di antara ciptaan gantian yang dicipta adalah seperti prostetic legs, prostetic heart dan sebagainya. Sehinggakan, satu bentuk gigi akan memakan belanja sebanyak $500.00!

Di seluruh dunia terjadi berbagai teknik untuk mencipta semula pinjaman Tuhan terutama sekali pelakon-pelakon hollywood dan bollywood yang hari demi hari menghantui pemikiran orang-orang Islam. Pelakon-pelakon ini akan menjadi sambutan dan akan menjadi ikutan bagi mereka yang jahil tentang keadaan sebenar pujaan mereka di akhirat kelak. Di dalam Al Qur'an Allah menyebutkan tentang bagaimana orang-orang kafir (munafik dan sesamanya) akan semakin suka dengan apa yang mereka ada kerana lebih banyak pengikutnya, lebih teruk seksa nanti. Allah membiarkan mereka hanyut dengan populariti yang ada pada mereka kerana mereka buta, tuli dan bisu kepada peringatan dan ancaman Allah.

Semua anggota badan kita akan kembali kepada Allah nanti dan setiap satu anggota yang kita ada adalah amanah yang diberikan kepada-Nya. Kita hendaklah memastikan setiap anggota kita sentiasa dalam berkeadaan bersih zahir dan batin. Barangkali, salah satu anggota yang paling rumit sekali untuk diketahui ialah hati.

Peranan (role) hati ialah sangat penting kerana dari hatilah Allah menilai amal seseorang itu; ikhlas kerana Allah atau kerana selain Allah. Setiap kali anak adam melakukan maksiat, akan tumbuh setitk hitam di hatinya. Seperti sabda Rasulullah saw:

Siapa yang melakukan suata dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (HR Al-Imam Ibnu Majah).

Dari hadis di atas, benarlah, penjagaan hati setiap orang Islam adalah penting. Ianya lebih penting daripada penjagaan muka, lebih penting daripada penjagaan rambut, lebih penting daripada penjagaan perut dan sebagainya. Bintik-bintik hitam di hati lebih teruk lagi daripada bintik-bintik hitam (black heads?) di atas muka kita. Ini kerana, bintik-bintik hitam di dalam hati tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar dan bintik hitam yang ada dimuka kita akan dapat dihilangkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang berpatutan. Bintik hitam ini boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan di akhirat kelak kerana jika hati seseorang itu sudah dipenuhi dengan waran kegelapan, ini akan menyebabkan orang tersebut akan sangat susah untuk menerima tunjuk ajar atau teguran disebabkan oleh hati yang sudah beku itu tadi.

Seperti badan, ia perlukan makanan untuk memperoleh tenaga, untuk mata yang sudah kabur, ia memerlukan kacamata yang bersesuaian. Sama juga halnya dengan hati, hati memerlukan belaian kasih sayang dan makanan yang berkhasiat agar tidak mudah pudar dengan jangkitan-jangkitan yang diluar dugaan.

Makanan hati ialah zikir (menyebut nama Allah). Zikir ialah salah satu cara untuk membersihkan hati yang beku. Akan tetapi perlu diingat, kita hendaklah berzikir secara berterusan sehinggalah kita dapat merasa hati kita itu berbeza dengan waktu yang lampau. Selain zikir, hati yang hitam juga boleh dibaiki dengan bersembahyang solat sunat taubat dua raka'at yang sebenar-benarnya dan berusaha untuk tidak mengulangi perkara-perkara maksiat
"Dan saya (setan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya.' Barangsiapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Setan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."
[An-Nisaa: 119-120]

Oleh itu, kesedaran hendaklah ditanamkan di dalam diri kita agar kita semua akan dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit kerana di dalam Al Qur'an, Allah berfirman tentang kebanyakan daripada manusia itu sesat:

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? [Ya-Sin: 60]

Siapakah di antara kita yang ingin menjadi "orang kebanyakan"?



Sedikit renungan..

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Semoga Allah menyayangi kita semua..

Read On......