Ni'mat Tuhan
Ucapan terima kasih yang tidak terkira banyaknya kepada Tuhan bagi sekalian alam diatas ni'mat2 yang dikurniakan-Nya. Ni'mat itu terbahagi kepada dua, ni'mat kecil dan ni'mat besar. Kadang2 kita akan menganggap bahawa ni'mat yang besar itu adalah seperti kekayaan dari segi harta benda, tanah yang berlambak, isteri yang cantik, anak2 yang comel lagi pandai dan sebagainya. Akan tetapi, tanpa kita sedari, kita telah lupa akan ni'mat yang lebih berharga dan lebih besar daripada ni'mat2 yang disebutkan tadi. Perlu diketahui bahawa nikmat2 yang disebutkan itu adalah nikmat kecil, yakni, ianya boleh dibeli dan diganti. Samalah halnya seperti sebiji tayar yang pecah, dengan duit kita akan dengan mudah mendapatkan tayar ganti dengan mudah.
Pernahkah kita terfikir apakah dia ni'mat yang besar itu? Suatu makhluk Tuhan yang sangat ketara, yang terlalu sayang untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat tempat dihati kita. Ni'mat besar seperti ini banyak yang lupa sehinggakan tergamak kebanyakan daripada manusia membuat aniaya kepada meraka. Ni'mat yang dimaksudkan disini ialah ni'mat anggota2 badan kita seperti kaki, tangan, mata, telinga, hidung, mulut, lidah dan sebagainya. Jika kita amat-amati, kita akan tersentak bila menyedari bahawa jika sekiranya kita bangun pada suatu pagi hanya mampu melihat hitam (kegelapan), tanpa mampu mendengar azan, tanpa mampu berjalan, tanpa berkemampuan untuk menghidu udara yang nyaman. Sudah tentu kita akan merasa sedih tapi apa halnya jika ni'mat sudah juga diambil oleh Tuhan...Apabila orang yang kita sayang kembali kepada Tuhan, kita tidak mampu untuk menangis kerana oleh disebabkan kita tidak pernah menangis tentang dosa2 yang kita pernah lakukan, Allah telah menarik makhluk yang bernama sedih. Di waktu itu, kita hanya mampu ketawa melihat orang kesayangan kita dikuburkan perlahan-lahan.
Banyak lagi perkara yang kita semua mesti sedari tentang ni'mat Tuhan yang lebih berharga daripada wang sejuta, lebih berharga daripada takhta dan lebih bernilai daripada berlian satu tan. Mata yang tidak digunakan untuk melihat dan memerhatikan kebesaran Ilahi boleh menyebabkan seseorang itu boleh dikategorikan orang yang melakukan penganiyaan terhadap dirinya dan akan dituntut diakhirat jika tidak bertaubat. Kita lihat sekeliling kita betapa ramai adik2 dan abang2 seagama yang sudah jauh dibuai dengan alunan musik orang yang bukan islam, kita lihat betapa ramai orang islam sendiri menyerupai cara kehidupan orang kafir dan yang sedih lagi banyak pula yang sudah terjebak dalam hubungan yang haram dan kita hanya mampu MENYAKSIKAN tanpa berbuat apa..Apakah ini tidak dinamakan kufur dengan ni'mat Tuhan..? Sepatutnya mata kita digunakan untuk melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan. Dari sana kita dapat mempelajari bahawa setiap ciptaan itu ada tujuannya dan kita akan lebih menghargai dan menjaga padangan kita.
Tugas kita adalah untuk menyampaikan apa yang kita tahu
Akan disambung...Wallahu'alam
Read On......