Saturday, July 19, 2008

Mencela Masa

Anak Adam mengganggu Aku, mencaci-maki jaman (masa), dan Akulah jaman. Aku yang menggilirkan malam dan siang. (HR. Bukhari dan Muslim)

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengeluh tentang masa. Kita selalu merasa bahawa masa yang ada pada hari itu terlalu sedikit dan tidak cukup untuk menyiapkan kerja2 yang sepatutnya disiapkan. Ini bukan sahaja berlaku kepada orang2 yang sudah bekerja bahkan lebih teruk lagi bagi orang yang masih menuntut. Mereka ini akan mengutuk masa dengan berbagai cara terutama sekali apabila menjelang waktu peperiksaan ataupun untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Mereka yang berada di Indonesia akan mengucapkan "Masa!" (seperti bunyi masak dengan diberikan lebih penekanan kepada huruf yang terakhir). Di Brunei pula mereka akan melafazkan "sikit masa ani eh!" dan orang malaysia pula akan mengatakan "terhegeh hegeh, aku tak ada MASA nak layan enkorang". Walaupun apapun bahasa yang digunakan untuk mencela masa, adalah sebaiknya kita berhenti sekarang kerana kita tahu mahu tergolong kepada orang2 seperti di atas. Kita hendaklah berusaha dengan sedaya upaya untuk bekerja lebih daripada masa yang diperuntukkan kepada kita.

Gambarkan, setiap hari kita diberikan oleh Allah 24 jam, jadi, sesiapa yang mampu untuk melakukan perkara2 yang sepatutnya memerlukan 48 jam, maka, orang tersebut sudah tahu untuk memanfa'atkan masanya. Tapi sangat rugilah mereka yang diberikan kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa 24 jam tapi mengambil masa 48. Pernah diceritakan bahawa Imam Ghazali pernah menulis beberapa buah buku dalam satu malam dan buku yang ditulisnya mempunyai ketebalan lebih kurang 2 inci.

Kita pula bagaimana? Adakah kita mampu untuk menyiapkan satu buah buku ataupun satu artikel dalam satu malam ataupun dalam satu minggu? Mampukah kita menepati dateline yang diberikan? Adakah kita merasa waktu solat itu memakan masa yang lama sehinggakan terpaksa melakukannya bergegas-gegas?

Sebenarnya, kebanyakan daripada kita selalu membuang masa. Yang muda suka lepak2 dan bercerita tentang benda2 yang tidak memberikan mereka wang, harta ataupun nama. Apabila berada ditempat-tempat lepak, mereka suka memerhatikan manusia yang melintas di hadapan mereka sehingga fikiran mereka melamun jauh. Mereka menghadapkan wajah hati mereka kepada drama jepun, korea, indonesia sehingga larut malam dan mereka suka chatting dengan kawan2 mereka tentang benda2 yang tidak kekal dan bergossip sehingga ayam pun naik angin.

Perhatikan kawan2 kita yang suka membuang masa, kita juga akan menjadi orang yang suka membuang masa. Kita tidak mungkin berjumpa seekor gajah yang lepak bersama-sama dengan sekumpulan monyet2. Kita tidak mungkin TERjumpa sekumpulan skinhead bercampur dengan seorang yang memakai jubah putih. Jadi, jika kita bergaul dengan orang yang suka bergossip, jika kita tidak kuat, kita akhirnya akan menjadi macam mereka juga.

KIta hendaklah mencari kawan2 yang TIDAK suka membuang masa, yang suka kepada benda2 yang berkebajikan dan tidak suka kepada kemungkaran. Kerana apa? Kerana dengan bergaul dengan mereka, kita akan menjadi orang yang lebih bersemangat dalam apa jua, baik dalam riadah (bersukan), bekerja, tekun, berdisiplin dan lebih2 lagi pandai mencari pelbagai cara untuk memenuhi masa yang terluang. Jadi, carilah orang yang yang makan/bekerja/belajar untuk hidup dan bukan meraka yang hidup untuk makan/bekerja/belajar.

Hanya kepada Allah kita serahkan urusan dan hanya kepadaNya kita bertawakkal.

Barakallah.

No comments: