Sunday, September 23, 2007

Segala Puji bagi Mu Ya Allah

Segala perbendaharaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah, Yang Maha Kuasa. Dialah yang menghidupkan kita dan mematikan semua manusia. Dialah yang Kuasa yang Paling Tinggi & tiada suatu kuasa pun yang bisa menandingiNya. Kita mengadukan nasib kita, kekurangan kita dan juga kejahilan kita hanya kepadaNya kerana Dialah Tuhan yang Maha Mendengar. Kita ucapkan puji dan syukur kita kepada Allah SWT atas ni'mat yang dilimpahkannya kepada kita, baik kecil mahupun besar, sedikit ataupun banyak. Dialah Pemberi rezeki kepada manusia dan tiadalah susah untukNya untuk berbuat sedemikian.

Masya Allah, umat Islam pada masa sekarang berada di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan, kebaikan, keampunan, & rahmat. Bulan ramadhan ialah bulan yang ditunggu oleh orang Islam yang berakal sempurna. Bagi mereka, inilah peluang keemasaan, peluang untuk kembali kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang sentiasa diingatan kita, Tuhan yang sentiasa memerhatikan gerak geri kita, Tuhan yang sentiasa mengambil tahu tentang diri manusia semua. Apabila bulan ramadhan tiba, semua pintu syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutop rapat. Inilah peluang setiap individu untuk melihat kembali apakah yang sudah dibuatnya untuk mendekat dirinya kepada PenciptaNya.

Perkara yang barangkali yang selalu kita lupa ialah tentang perilaku manusia yang sentiasa dihastu oleh syaitan yang terkutuk, yang pada suatu ketika dulu pernah berjanji dihadapan Allah bahawa dia akan membuatkan manusia tergelincir dilembah kehinaan yang amat sangat. Bulan Ramadhan ialah bulan yang istimewa kerana hanya pada bulan inilah penghasut (iblis dan syaitan) dirantai. Dengan kata lain, mereka tidak akan dapat membisikkan perkara2 yang menyuruh kepada kejahatan. Perlu kita sedari bahawa, walaupun syaitan dan iblis dirantai pada bulan ramadhan, ini tidak bermaksud, manusia akan tidak terdorong kepada perkara2 yang batil kerana kebanyakan daripada manusia LUPA tentang nafsu!!!

Nafsu yang jahat yang sudah dilatih oleh syaitan untuk "mengganti" tempat syaitan pada bulan Ramadhan ini. Nafsu jika tidak diasuh akan membawa padah dunia dan akhirat kerana nafsu yang jahat yang mendorong manusia kepada perkara2 yang akan membuat Tuhan murka kepada kita. Jika kita fikiran betul2, sesiapa yang melakukan perkara maksiat semasa bulan RAMADHAN adalah

SIKAP / KELAKUAN MEREKA YANG SEBENAR-BENARNYA.

Kerana apa? Kerana berdasarkan dari kenyataan di atas, di bulan Ramadhan syaitan yang menghasut manusia tidak ada dan yang hanya tinggal ialah nafsu. Sebenarnya, nafsu manusia boleh dididik. Kita boleh menggunakan bermacam kaedah untuk melawan nafsu dan salah satu diantaranya ialah dengan berpuasa. Berpuasa dengan rasa khusyuk dan tawadu'. Bukan puasa seperti orang awam. Yang hanya mampu untuk menahan diri daripada makan dan minum dan daripada melakukan hubungan kepada isteri ataupun suami. Puasa mengikut Imam Al-Ghazali boleh terbahagi kepada 3 golongan, iaitu:

1) Puasa orang awam
2) Puasa orang yang istimewa
3) Puasa orang yang SANGAT ISTIMEWA.

Barangkali banyak orang yang hairan kenapa banyak orang yang berpuasa tetapi masih kagi melakukan maksiat seperti mengumpat, berkata keji, cakap kosong, tidak menutop aurat, mencuri dan sebagainya. Inilah akhlak yang sebenarnya seseorang itu. Kenapa saya balik2 menyebut perkara ini ialah kerana saya ingin memberitahu kepada mereka yang ingin mengetahui sikap seseorang. Caranya ialah dengan melihat kelakuannya pada bulan Ramadhan.

Jika kita lihat, banyak manusia yang sangat cinta dan sangat sayang kepada perut mereka sehinggakan mereka sudah menjadi hamba kepada nafsu makan mereka BUKAN KEPADA ALLAH!!! Mereka yang menjadikan nafsu sebagai Tuhan adalah orang yang akan mendapat berita yang sangat gembira diakhirat kelah, iaitu siksaan yang amat pedih yang tidak dapat digambar melalui pancaindera kita yang sekarang. Sehinggakan, ada yang sanggup untuk pergi bersesak-sesak untuk membeli makanan dan menghabiskan wang dengan begitu sahaja. Salah satu sifat yang dibenci oleh Allah ialah orang yang boros, iaitu mereka yang melampau bila berbelanja. Semasa bulan Ramadhan, kita boleh perhatikan betapa ramai orang Islam yang berpusu-pusu untuk pergi ke gerai2 ....bersambung,

bi zinillah

Read On......