Sunday, December 30, 2007

Peringatan Kepada Orang Islam (2008 new year celebration)

Tahun 2004 telah menyaksikan sebuah kejadian yang sangat mengerikan dimana sebuah ombak yang berketinggian kira2 30 meter telah menghancurkan beberapa buah kawasan terutama sekali dikawasan Indonesia dan India. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda juga musnah disebabkan kejadian tersebut. Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu.

Banyak persoalan dan anjuran yang dibuat mengenai punca yang menyebabkan kejadian tersebut. Banyak ahli pakar mengatakan bahawa 90% daripada ombak tinggi tersebut berpunca daripada gegaran yang kuat (gempa bumi). Walauapa pun puncanya, kita sebagai orang islam yang sentiasa taat kepada perintah Allah hendaklah menyedari bahawa kejadian alam tersebut adalah disebabkan kemungkaran yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri dan Tuhan ingin memberi 'sedikit' kesedaran kepada mereka yang masih hidup agar kembali kepada Allah. Kita boleh perhatikan bagaimana kaum2 terdahulu daripada telah dihancurkan oleh kejadian yang sama. Salah satunya ialah Kaum Nabi Nuh yang ditumpahi dengan banjir yang barangkali serupa dengan tsunami. Allah lebih mengetahui segala sesuatu.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba2Nya melainkan merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Di dalam kitab suci Al Qur'an terdapat beberapa petunjuk yang wajib kita renungkan [78: 6-7]. Dari surah tersebut, adalah difahami bahawa jika sekiranya gunung-gunung dan bukit bukau diratakan sama seperti kedudukan bumi, maka terimalah padahnya wahai orang yang membuat kerosakan!

Salah satu perkara yang kita perlu ambil perhatian ialah, secara kebiasaannya, kejadian-kejadian seperti gempa bumi, hujan ribut taufan dan sebagainya akan berlaku dimusim perayaan. Di waktu itulah kebanyakan daripada kita akan lalai daripada mengingat Allah kerana banyak daripada kita akan ikut sama2 lalai dengan 'pesta dunia'. Mati akan datang secara tiba2 dan tiada siapa yang tahu bila mereka akan kembali kepada Ilahi.

Disebabkan oleh kematian yang mengejut tadi, matilah kebanyakan mereka dengan keadaan yang tidak bererti seperti mati katak dan mati seekor nyamuk. Fikirkanlah wahai orang-orang yang mempunyai akal...

Read On......