Sunday, June 3, 2007

Sembahyang Sunat Dhuha




Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang kursiNya meliputi langit dan bumi.


Semoga Allah sentiasa melimpahi selamat, berkah dan rahmatNya kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw yang kita cintai. Kita hendaklah sentiasa mengucapkan syukur kepada Tuhan ke atas anugerah yang telah Dia limpahkan kepada kita; keafiatan; makanan yang halal; air yang bersih, tangan yang bergerak & banyak lagi. Maha Suci Tuhan, segala urusan dunia mahupun akhirat adalah ditanganNya dan tiada seorang pun akan terdaya memberi kebaikan maupun mudarat kepada kita melainkan dengan izinNya.

Sebagaimana yang kita tahu, selepas seorang Islam telah melakukan segala perkara yang wajip seperti mengucap kalimah shahadah, sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa dibulan ramadhan, naik haji ke mekah (jika mampu) dan membayar zakat, perkara yang "lebih" yang boleh mendekatkan kita kepadaNya ialah dengan membuat perkara2 yang sunat.

Perkara2 sunat ialah segala perkara2 yang dilakukan oleh Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad. Akan tetapi perlu di ingat kerana ada syaitan dari golongan manusia yang akan cuba membuahkan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Segala perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw adalah bid'ad dan bid'ah dibahagikan kepada dua; bid'ah baik & bid'ah jahat. Antara perkara-perkara yang sunat yang pernah dilakukan oleh Nabi ialah sembahyang sunat dan terdapat beberapa peringkat bagi sembahyang sunat tersebut.

Terdapat banyak sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan oleh Rasulullah seperti sunat tahajjuj, sunat tahiyatul masjid, sunat witir, sunat dhuha dan sebagainya. Solat sunat tahajjuh ialah sembahyang sunat yang teratas sekali dalam solat sunat. Walaupun demikian, solat sunat tahajjud akan dibincangkan pada waktu kemudian, insyaAllah.

Sembahyang sunat yang ingin saya sampaikan pada sesi ini ialah sembahyang sunat dhuha. Terdapat banyak hadis-hadis yang telah memperkatakan tentang sunat dhuha ini. Di antaranya:

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )

"Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Sahabatku (yaitu Rasulullah saw) berwasiat kepadaku tiga perkara : (a). puasa tiga hari setiap bulan (b) solat dhuha dua raka'at (c) solat witir sebelum tidur." (Riwayat Muslim)

Waktu bagi sembahyang sunat dhuha ini dilakukan pada waktu dhuha, iaitu apabila matahari mula naik sehingga sebelum masuk waktu zuhur.

Niat bagi solat sunat dhuha tersebut ialah:


Aku niat solat sunat dluha dua raka'at, kerana Allah ta'aala. Allahu Akbar

Doa setelah selesai solat sunat dhuha ialah:

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."


Semoga Tuhan memberkati semua rezki yang diberikannya kepada kita. Amin.

Read On......