Sunday, May 13, 2007

Jangan diketawakan


Assalamu'alaikum WBT.

Perkara yang paling susah bagi manusia ialah sabar menghadapai sesuatu cobaan atau dugaan yang ditimpakan kepada kita oleh Allah swt. Dugaan disini bermaksud sesuatu kehilangan, kemudaratan, kekurangan yang membuat kita sedih dan hilang arah tuju. Secara lazimnya kita berfikiran yang cobaan atau dugaan ini hanyalah dari segi perkara2 yang membuat kita berputus asa atau sedih, akan tetapi, sebenarnya dugaan dari Allah juga datang dalam bentuk sesuatu yang membuat ketani happy (gembira) akan sesuatu seperti lulus dalam peperiksaan, mendapat sesuatu benda yang diingini ataupun tercapai sesuatu hajat.

Pada suatu masa dahulu, aku pernah mendengar bahawa kalau kita ingin mengetahui tahap keimanan seseorang itu ialah dengan cara reaksi yang diberikan apabila orang bukan islam menerima bala. Kalau sekiranya orang itu beriman, orang tersebut tidak akan merasa "gembira" akan kejadian yang telah menimpa sesebuah negeri tersebut, akan tetapi, dia akan merasa, kesian akan kejadian yang menimpa dan takut atas kejadian tersebut.

Jika sekiranya orang itu tidak beriman atau imannya itu masih sedikit, dia akan merasa gembira atas bala yang telah menimpa kaum tersebut. Secara logiknya, memang benar kita sepatutnya merasa sedih+gerun akan segala musibah yang menimpa kepada sesiapa sahaja. Kaitannya dalam solat pula, hamba Allah yang tekun dalam solatnya akan berupaya untuk menahan amarah (sifat yang tercela) dan akan redha terhadap apa yang telah menimpanya. Aku merasakan yang jika sekiranya orang itu solat tetapi masih tidak dapat menahan nafsu yang selalu mendorong kepada membuat kejahatan, maka, solah tersebut hanyalah sebagai senaman yang berbentuk fisikal dan bukan berbentuk rohani.

Wallahu'alam.

Read On......

Dajjal

Salam sejahtera kepada kaum muslimin dan muslimah yang ana kasihi kerana Allah.

Ana pernah terbaca tentang dajjal dan aku rasa para pembaca juga mungkin pernah mendengar tentang salah satu daripada tanda2 qiamat iaitu kemunculan Dajjal. Banyak pendapat yang telah dibuat mengenainya, ada yang mengatakan dajjal itu adalah simbol dan dan pula yang mengatakan dajjal itu mahluk yang bermata satu. Walauapa jua pendapat mengenainya, hanya Allah yang lebih mengetahui tentang kehadirannya.

Aku ingin berkongsi apa yang telah aku dengar dan yang aku baca. Semasa seseorang itu dicoba oleh dajjal, mulut kita tidak akan dapat menipu kerana keadaan hati saja yang boleh melawan atau menangkis fitnah dajjal. Keadaan ini sama seperti didalam barzakh. Apabila malaikat munkar dan nakir bertanya kepada semati, jawapan yang diajukan mungkin mudah dijawab semasa kita hidup kerana kita mungkin boleh menjawab melalui pancaindera kita, iaitu mulut tapi INGATLAH, apabila kita sudah berada didalam kubur, keadaan akan berubah kerana kita hanya boleh menjawab soalan2 seperti

Siapa Tuhanmu? Ia berkata: Tuhanku Allah. Apa agamamu? Agamaku Islam.

dengan HATI kerana itu aku sebagai insan yang daif ingin menyeru kepada sesiapa yang masih ada harapan untuk mempersiapkan diri sebelum ajal tiba (which is unknown)


Ana pernah mendengar yang semasa orang itu dimasukkan kedalam kubur, Allah akan memasukkan semula rohnya tetapi ditahap atas dada agar semati dapat mendengar dan menjawab soalan2 diatas. Tetapi harus diingat, kita hanya akan mampu menjawab soalan2 tersebut dengan BEKAL yang kita bawa.

Wallahu'alam

Read On......