Sunday, June 24, 2007

Sunat Rawatib

Segala puji hanya bagi Allah yang nyawa kita ada ditanganNya. Tidak ada kuasa yang boleh merosakkan kita melainkan dengan izinNya dan dia adalah sebaik-baik penolong. Semoga Allah melimpahi rahmat dan kesejahteraan kepada Nabi yang kita cintai, Nabi Muhammad saw.


Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang membawa berita gembira, peringatan dan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kita akan mendapat banyak ilmu yang disampaikan oleh Baginda yang berguna untuk kita amalkan sebagai persiapan kita di hari "hujan" kelak. Salah satu di antara sembahyang yang biasa diamalkan oleh Rasulullah ialah solat sunat rawatib.

Solat sunat rawatib bermaksud sembahyang sunat sebelum dan sesudah sembahyang fardhu (suboh, zuhor, asar, maghrib & 'isya). Ianya terbahagi kepada dua: sunat mu'akkadah & ghairi mu'akkadah. Sunat mu'akkadah ialah sunat yang dituntut dan digalakkan manakala ghairi mu'akkadah bermaksud

Rawatib sunnah mu’akkadah ada sepuluh, iaitu:*

1) Dua rakaat sembahyang sunat Subuh (sembahyang sunat Fajar)

2) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.

3) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.

4) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Maghrib.

5) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah ‘Isya’.

Manakala Rawatib sunnah ghairi mu’akkadah pula ada dua belas, iaitu:*

1) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.

2) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.

3) Empat rakaat sembahyang sunat Asar.

4) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Maghrib.

5) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah ‘Isya’.

Dipetik dari http://www.brunet.bn/gov/mufti

Terdapat banyak hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan solat sunat rawatib. Di antaranya ialah:

Daripada `Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa sentiasa melazimi sembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, Allah s.w.t. akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh. [HR (Hadis Riwayat) al-Nasai’i, al-Tirmizi, Ibn Majah]

Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. [HR Muslim]

Barangsiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka. [HR at-Tirmidzi]

Sesungguhnya Nabi saw tidak pernah meninggalkan sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan dua rakaat sebelum sembahyang fardhu Subuh. [Riwayat Bukhari]

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat. [HR Imam Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah]

Sebenarnya banyak lagi fadilat atau kelebihan sembahyang sunat rawatib yang akan membuat kita lebih bersemangat untuk mengerjakannya.

Contoh niat sembahyang sunat rawatib adalah seperti di bawah:



Eritnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur dua rakaat kerana Allah Ta'ala."



Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Ba'diyyah dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


Bagi solat fardhu yang lain, seperti maghrib & 'isya, niatnya sama seperti niat qabliyyah & ba'diyyah di atas tetapi perkataan zuhur hendaklah diganti diwaktu solat fardhu yang hendak dikerjakan. Bagi sembahyang fardhu suboh pula, hendakalah diniatkan sama seperti niat sunat asar di atas.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersabar dan berusaha dalam menambah lagi amal ibadat kita demi mencari keRedhaanNya jua. 'insya Allah. Semoga Allah merahmati kita semua...


Read On......