Saat Kehancuran
Sebelum melakukan sesuatu, kita hendaklah memanjatkan puji dan syukur kepada Allah Subahanahu Wata'ala di atas nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkanNya kepada hamba-hambaNya baik yang bertakwa ataupun sebaliknya. Sebagai hamba Allah yang hina dan bertahap sangat rendah, kita sepatutnya mencurahkan lebih tenaga kita untuk mengerjakan lebih banyak amal ibadat, tenaga dan wang ringgit kita BUKAN untuk mencari keredhaan manusia tapi untuk mencari keredhaan Allah yang murni.
Manusia telah menempatkan manusia di dalam satu kelompok yang besar dan semakin hari, kelompok yang besar ini akan menjadi lebih besar ataupun pecah. Banyak perisitiwa yang telah disebutkan di dalam Al Qur'an di mana kehancuran manusia adalah disebabkan kebodohan, kesombongan dan keingkaran manusia terhadap Rabbnya. Antara sebab-sebab kenapa manusia berpecah belah ialah kerana hati yang busuk/kotor dan niat yang bengkok. Rasulullah saw pernah bersabda yang kira-kira berbunyi, Islam itu berdiri di atas garisan yang lurus maka ikutlah garisan itu dan janganlah kamu mengikuti jalan yang bengkok (kiri atau kanan). Hadis ini, insya Allah menegaskan kepada umat Islam untuk sentiasa berdiri di atas jalan Allah kerana jika tidak, kita besar kemungkinan akan menyimpang ke jalan yang tidak diredhai Allah SWT.
Akhir zaman ini akan muncul berbagai macam kelompok yang akan cuba memporak perandakan akidah orang-orang Islam yang masih lagi "setengah-setengah" dalam beragama. Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur'an bahawa, Dia tidak menerima setengah-setengah, jika kamu beragama Islam, maka, ambillah ia sepenuhnya dan jika tidak mampu, maka, tinggalkanlah. Sebagai hamba Allah yang dhaif lagi zalim, kita hendaklah coba untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah kerana Dialah segalanya dan tanpa Dia, kita semua akan hancur dan akan menghadapNya dengan keadaan hina dina.
Seperti yang kita ketahui, umat Islam pada masa ini sangat asyik dengan kehidupan dunia di mana kebanyakan di antara kita yang akan sebok dengan mencari harta, mencari nama, meraih pangkat dan sebagainya. Perkara ini adalah di antara tanda-tanda dunia sudah tua (menjelang kiamat). Kenapakah ia berlaku? Barangkali salah satu faktor yang menyebabkan kebanyakan daripada kita menjadi begini ialah disebabkan oleh kurangnya ilmu agama di dalam dada. Ilmu ialah penyuluh bagi orang yang berada di dalam gelap dan petunjuk untuk jalan keluar. Tanpa ilmu, orang akan dengan mudah terjerumus ke dalam lembah yang dikutuk oleh Allah.
Ilmu adalah sesuatu yang sangat berharga jika dibandingkan dengan wang ringgit kerana duit yang dibelanjakan secara membabi buta akan hilang begitu sahaja dan wang yang digunakan dengan akal fikiran akan insya Allah menambah duit yang ada. Para-para sahabat nabi kesayang kita Nabi Muhammad saw adalah manusia yang sangat istimewa kerana meraka tidak suka kepada benda-benda dunia apatah pangkat dan kedudukan. Mereka lebih suka kepada kehidupan akhirat, kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya..Wallahu'alam
bersambung insya Allah
Read On......