Sembahyang Mencegah..
Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar“.
Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan.
Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki tersebut dan ” Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….“
Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar)
Perempuan tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Sayyidina Umar seperti dalam ayat di atas:
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar