Tuesday, June 5, 2007

Cara syaitan melalaikan anak adam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Segala puji dan syukur ditujukan kepada Allah SWT yang telah memurahkan rezki kepada kita baik dari segi kewangan, kesehatan, ketenangan hati dan tidur yang lena. Selawat dan salam kepada Nabi yang kita cintai serta kita junjungi, Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat baginda yang sama-sama berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan berusaha hingga ke akhir hayat mereka untuk mendapat keredhaan Allah.

iblis, makhluk yang terkutuk telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan melakukan pelbagai cara untuk memesongkan anak adam sehinggalah roh manusia bercerai dari badan. Sepertimana yang kita ketahui, salah satu tiang agama ialah mengerjakan/melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sesiapa yang mengerjakan sembahyang maka dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang tidak, maka, dia boleh dikatakan telah meruntuhkan agamanya. Rasulullah saw pernah bersabda:

"Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."

Dari hadis di atas kita dapat membayangkan kuatnya penekanan yang diberikan kepada sembahyang. Kita pilih antara dua; syurga atau neraka. Nabi kesayangan kita pernah mengatakan ada juga di antara manusia yang tidak mahu masuk syurga. Orang ini adalah mereka yang mengaku diri sebagai Islam tetapi tidak menjauhi apa yang diharamkan oleh Allah Yang Maha Esa dan tidak melakukan apa yang diwajipkan kepada mereka. Mereka seolah-olah dengan gembira menempah tiket untuk masuk neraka. Semoga Tuhan sentiasa menghalakan kepada jalan yang lurus dan Dia redha.

Oleh kerana sembahyang itu adalah perkara yang asas, yang wajip dikerjakan oleh kita orang Islam, disebabkan itulah juga, syaitan akan merangka berbagai perancangan untuk memastikan kita mati dalam keadaan kufur/murtad/munafik/syirik/fasik/kafir kerana lebih ramai pengikutnya, lebih gembiralah iblis laknatullah.
Semoga kita mati dalam kesudahan yang baik (Husnul khotimah) dan dalam redha Tuhan.

Mungkin ada di antara orang Islam yang berpendapat bahawa sembahyang itu adalah sesuatu yang hanya perlu dilakukan oleh orang kaya, orang yang telah diberikan ni'mat, orang yang berkerja, orang yang sehat tubuh badan dan sebagainya. Sedangkan orang yang miskin dan skati pula tidak perlu untuk solat. Pendapat ini adalah pendapat yang salah/sesat kerana agama Islam ialah agama yang sempurna. Sesiapa yang tidak mampu berdiri sembahyang, dibolehkan solat dengan cara duduk, jika tidak mampu, boleh berbaring, jika tidak mampu berbaring juga, boleh dengan cara isyarat dan jika keadaan demikian pun tidak boleh dilakukan, maka, bolehlah sembahyang dengan hati. Kita dapat bayangkan betapa PemurahNya dan Kasihnya Allah kepada hamba2Nya.

Jadi, kita perlu mengetahui bagaimana iblis dan kuncu-kuncunya (syaitan) akan menghalang kita daripada melakukan ibadah kepada Allah. Kita sebenarnya dapat memerhatikan bagaimana syaitan coba untuk melengahkan kita daripada daripada melakukan ibadah solat. Di antaranya, dia akan membisikkan kepada kita yang masa masih lagi banyak, dilalaikannya kita dengan kerja pejabat, dilalaikannya kita dengan bercerita-cerita dengan kawan, dilalaikannya kita dengan cerita hindustan dan sebagainya. Jika kita mampu untuk melawan semua hasutan tersebut maka kita hendaknya bersyukur kepada Allah. Akan tetapi, syaitan tidak akan menyerah begitu sahaja. Dia akan coba menganggu kita pula semasa kita mengambil air wudhu di mana kita akan merasa was-was semasa berwudhu. Oleh itu kerana disarankan untuk membaca basamlah sebelum melakukan apa-apa jua perbuatan.

Semasa solat ialah saat yang paling disukai oleh syaitan BUKAN kerana dia suka kita solat, tetapi dia akan membuat kita lalai dalam solat kita yang menyebabkan kita masuk dalam neraka saqar. Kita disunatkan untuk membaca surah an-naas sebelum memulakan solat kerana di dalam surah itu terdapat ayat yang kita bermohon agar dilindungi daripada perasaan was-was dan gangguan dari golongan jin dan syaitan, insya Allah.

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. [An-Nas: 4-6]

Jika kita sembahyang bersendirian, syaitan akan meyuruh kita menoleh kiri dan kanan apabila solat. Ini berlaku apabila ada orang yang baru masuk didalam mesjid/surau/bilik tersebut. Jika kita ikut bisikan itu maka rosaklah sembahyang kita. Semasa berdiri, kadang-kadang fikiran kita akan melayang memikirkan benda-benda dunia seperti kerja, isteri/suami, anak, hutang dan sebagainya. Syaitan juga akan menyuruh kita mencepatkan solat kita sehingga kita lupa berapa raka'at yang sudah kita kerjakan. Dan lagi, jika kita berada di dalam mesjid, syaitan akan masuk ke telinga kita agar kita mendengar percakapan orang yang berada di sekeliling, bunyi pintu dibuka/ditutop/, bunyi telefon bimbit dan segala macam bunyi yang mampu kita dengar. Untuk mempercepatkan solat, syaitan akan menghasut kita supaya ruku' dan sujud tanpa toma'ninah (berhenti sekejap) yang menyebabkan kedua rukun itu tidak sempurna.

Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: Allah s.a.w. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (Riwayat Thabrani)

Selain dari itu, syaitan juga akan menyucuk hidung orang yang solat agar orang itu menguap (yawn) seluas-luasnya. Adalah sunat hukumnya jika seseorang itu menahan daripada menguap semasa solat. Jika tidak dapat ditahan, maka, hendaklah ditutop dengan tangan seperti kelazimannya. Apakah rasa kita jika sekiranya orang teman kita menguap semasa kita berbicara dengan dia? Barangkali, kita mungkin akan merasa tersinggung dengan sikap sedemikian dan mungkin merasa teman kita itu jemu (boring) dengan kita. Lain halnya jika orang itu betul-betul mengantuk. Apa pula halnya kita dihadapan Tuhan yang menciptakan kita?

Salah satu lagi yang sering berlaku apabila sembahyang ialah syaitan akan mengacau muka kita, telinga kita, tangan kita dan lain-lain agar kita menggerakkan anggota-anggota badan kita. Seperti yang kita tahu, pergerakan besar sebanyak 3 kali akan menyebabkan solat kita batal. Oleh kerana solat kita batal, maka, jadilah kita orang yang tercela. nau'dzubillah. Dengan itu, kita wajip mengetahui perkara2 yang membatalkan solat agar solat yang kita kerjakan itu menghadap Ilahi dalam keadaan bercahaya putih berseri, insya Allah.



Read On......