Sunday, October 26, 2008

Pak/Mak Turut

Kan ganjil bagaimana manusia tertipu dengan kehidupan dunia. Mereka tertipu dengan harta benda, anak, isteri dan kereta laju (ataupun kereta kontot) yang mereka ada sehinggakan melalaikan diri mereka daripada mengingat Allah. Manusia mengejar masa siang malam demi memenuhi kehendak tuhan dunia mereka iaitu nafsu..

Nafsu kalau tidak dididik akan menghancurkan para penyembahnya. Sebagai contoh orang yang suka memuaskan nafsu makan mereka akan menyebabkan perut mereka kembung sehingga menyebabkan mereka malas untuk melakukan solat dan sebagainya. Contoh kedua pula, orang yang suka kepada harta benda seperti mobile ataupun kereta akan sentiasa menunggu jika ada model terbaru yang keluar. Tidakkah mereka tahu bahawa mereka sebenarnya sudah menjadi hamba kepada produk2 tersebut?

Kita sebenarnya perlu untuk mendidik nafsu kita sebagaimana kita mendidik adik, anak, keluarga ataupun sahabat kita. Kita mungkin pernah melatih kucing peliharaan kita untuk membuang najis mereka ditempat yang disediakan. Bagi mereka yang faham, proses ini adalah proses yang lama kerana tidak semua kucing yang mengerti apa yang kita hendak sampaikan kepada mereka. Jadi, kita perlu menggunakan metodologi yang efektif kerana cara kita mendidik ataupun melatih sesuatu hendaklah menggunakan cara yang paling sesuai dengan masa, tempat dan tujuan.

So, cara apa yang paling berkesan untuk melatih nafsu kita? Salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan tidak dengki kepada orang lain. Dalam islam dengki adalah satu penyakti hati yang merbahaya. Ianya bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada diri sendiri bahkan ianya juga boleh menyebabkan persekitaran seseorang itu menjadi hambar dan tidak menentu.

Apakah itu dengki? Cara yang paling baik untuk menjawab soalan ini ialah dengan cara melihat situasi iblis, malaikat dan Nabi Adam. Di suatu ketika dahulu, sebelum manusia pertama diciptakan, Allah telah memeberitahu para malaikat bahawa Allah akan menciptakan manusia lalu para malaikat yang berada di sana berkata "Adakah Engkau akan menciptakan manusia yang akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah?". Allah lalu berfirman "Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui..". Selepas itu, Adam diciptakan daripada lumpur hitam dan ditiupkan roh ke dalam jasadnya..

Semasa Allah memerintahkan supaya malaikat sujud (tanda hormat) kepada adam, iblis enggan untuk melakukan kerana iblis merasa dia tidak perlu tunduk kepada adam. Penghormatan yang diberikan oleh Allah kepada adam telah menyebabkan iblis dengki dan jika kita lihat di atas, semasa Allah memberitahu kepada para malaikat tentang penciptaan adam, iblis tidak meluahkan perasaannya tapi malaikat mengutarakan kekhuatiran mereka. Perlu diingat semasa Allah menyatakan bahawa Dia akan menciptakan adam, ianya bukanlah suatu syura (mesyuarat) akan tetapi, ianya adalah suatu yang sepatutnya dinyatakan kepada makhluk2 Allah yang lain..

Cara untuk memahaminya adalah begini, cuba bayangkan seorang manusia yang tinggal dalam gua sejak dilahirkan. Pada suatu hari, sebuah kereta diletakkan di luar gua di tempat dia tinggal. Besar kemungkinan reaksi seperti ini akan berlaku, "$%44 sajhajg 65264 sdfsd==fss = 0!!" (terjemahan = apakah benda ini?). Jadi Allah memberitahu para malaikat dan juga iblis agar mereka tidak terkejut melihat ciptaan yang baru..Allah lebih Mengetahui.

Jadi sifat dengki yang ada pada iblis adalah sesuatu yang tidak dinampakkan, bahkan ianya adalah sesuatu yang disembunyikan daripada seseorang. Disebabkan kedengkian tersebut, iblis telah dilaknat oleh Allah dan seluruh makhluk di muka bumi sehingga hari berbangkit. Keegoaan dan rasa tidak senang kepada orang kedua telah menyebabkan iblis menempah tiket kelas pertama ke neraka. Iblis sudah berjanji kepada Allah bahawa dia akan mengheret manusia bersamanya nanti..

Kita lihat saja sekeliling kita, manusia backbite each other. Kita tidak akan senang melihat orang lain senang, kita tidak akan senang melihat orang lain mendapat pangkat, kita tidak senang melihat orang lain mempunyai kawan yang ramai tapi kita senang melihat orang lain terlanjang. Terlanjang disini bukan bermaksud, tidak mempunyai pakaian tapi kita senang melihat orang lain susah kerana orang susah tidak mampu untuk membeli secebis pakaian untuk menutop aurat mereka..

Manusia sekarang ganjil kerana mereka dengki kepada orang barat dari berbagai segi. Ada yang mengikut cara mereka bercakap. Ada pula yang mengikut cara mereka memakai seluar jin (u know what im refering to) dan ada pula yang ber"ia ia sangat untuk menjadi penyanyi dan celebriti yang terkenal. Tren ini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang belajar di luar negara bahkan, bahkan, dengki dengkian ini berlaku kepada mereka yang tidak pernah ke luar negara. Mereka mendapati apa yang mereka lihat di dalam kacatv mereka lebih sesuai dengan nafsu mereka.

Mereka bangga dengan akhlak dan kelakukan orang-orang kafir buat. Mereka sebenarnya orang yang tidak mempunyai pendirian sendiri dan mereka adalah orang2 awam. Kerana apa? Kerana mereka mengikut identiti yang mereka sangka unik tetapi sebenarnya mereka juga hamba kepada kehidupan dunia ciber elektronik yang merosakkan. Happy Halloween!? Jgn jadi orang bodoh!

No comments: