Lampu Picit
Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Manusia kadang2 memandang kitab Allah dengan satu mata sahaja. Banyak yang memperlecehkan Al Qur'an dan ramai yang tidak mahu berkenalan dengan Al Qur'an.
Al Qur'an ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan bagi yang beriman dan amaran bagi mereka yang tidak takut kepada Allah. Ianya diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. kepada Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad. Di akhir zaman ini, Al Qur'an hanya sebuah coretan yang dihiasi dengan warna2 yang indah dan lembarannya dibuat daripada kertas kualiti yang tinggi. Ianya ditempatkan ditempat-tempat yang tinggi dan dibiarkan berhabuk tanpa pernah dibaca oleh penghuni rumahnya.
Ia hanya digunakan di dalam waktu2 tertentu sahaja terutama sekali menjelang waktu bulan Ramadhan. Di saat itulah manusia dengan penuh semangat untuk membaca kitab Allah dengan suara yang merdu agar manusia yang lain terpengun dengan keindahan suara orang tersebut. Ianya juga dibaca ketika ada orang yang meninggal. Rumah2 si mati akan dipenuhi dengan ayat2 suci Al Qur'an dan para qari dan qari'an akan dijemput dan diberikan satu minggu untuk mengkhatamkan Al Qur'an dalam jangka masa satu minggu. Tapi apabila Ramadhan hilang, hilanglah jua pembacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat suci Al Qur'an apabila ada manusia yang kena rasuk ataupun dikala manusia menghadapi maut dan terutama sekali apabila ada orang yang ingin berobat dengan ustaz2 yang sudah popular dengan penyembuhan melalui ayat suci Al Qur'an. Mereka akan menggunakan ayat2 Al Qur'an untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Kenapa tidak? Kerana mereka tahu, Al Qur'an adalah firman Allah yang mengandungi banyak keajaiban dan kebaikan.
Sebenarnya, dalam apa pun situasi, kita tidak akan dapat lepas dari firman Allah kerana Al Qur'an adalah sebuah buku, hatta, lebih daripada buku. Ia adalah penyuluh dan lampung picit bagi mereka yang ingin keluar daripada kegelapan. Contoh yang paling mudah sekali ialah apakah yang kita akan lakukan apabila lampu tidak semana-mana pecah ataupun bekalan eletrik tiba2 terputus? Semulajadinya, kita akan merasa takut dan mula beraba-raba di dalam kegelapan dan akan memanggil-manggil adik beradik kita ataupun ibu bapa kita ataupun sesiapa sahaja yang berada disisi kita.
Sebenarnya sebelum kita memanggil mereka, kita akan menghidupkan henpon kita kerana itulah sahaja bekal lampu yang ada. Kalau itu tidak ada, kita akan mencari lilin ataupun lampung picit dan apa2 yang sewaktu dengannya. Jadi, kebanyakan daripada manusia sekarang berada dalam kegelapan dan sangat2 memerlukan sesuatu yang akan menarik mereka keluar daripada kegelapan tersebut. Kerana tidak tahu, ada yang memilih selain Al Qur'an sebagai menyuluh hati mereka. Lagu cintan cintun, filem2 bollywood and hollywood, mengikut penyanyi2 dangdut, punk, metal, skinhead, mat rempit adalah pilihan yang bertakhta di hati mereka. Inilah penyuluh keluar mereka.
Pilihan mereka bukan hanya akan membawa mereka ke tempat yang lebih gelap lagi tetapi mereka akan mencapai suatu peringkat di mana mereka seakan-akan merasa bahawa apa yang mereka buat adalah sesuatu yang baik dan akan menyelamatkan mereka daripada api neraka. Mereka ini tidak akan sedar sehinggalah ada hamba Allah yang ingin menolong mereka keluar daripada kegelapan tersebut. Siapa ya?
Tetapi ada juga mereka yang menggunakan Al Qur'an sebagai penyuluh mereka tetapi mereka tidak faham apa yang mereka baca. Hati mereka seakan-akan keras dan berasa susah untuk meneteskan air mata ke bumi. Syaitan tidak takut kepada mereka ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka baca. Oleh itu kadang2 kita pernah mendengar ada mereka yang diganggu oleh makhluk Allah yang ghaib ada apabila kita mula membaca surah2 seperti Ayat Kursi dan An Naas, makhluk2 ini akan ketawa dan mereka akan mengikut apa yang kita baca.
Hairan? Banyak yang menyangka membaca AL Qur'an adalah cukup untuk memberikan santapan rohani kepada diri kita tapi ianya tidak akan cukup selagi kita betul2 faham makna dan pengertian yang terkandung di dalamnya. Memahamkan AL Qur'an adalah susah bagi mereka yang merasa ianya susah dan sebaliknya. Membaca Al Qur'an akan membuat syaitan ketawa, memahami AL Qur'an akan membuatkan syaitan bersedia, mengamalkan Al Qur'an akan membuatkan lari sekali sekala TETAPI mengamalkan ayat2 suci Al Qur'an secara berterusan akan membuat syaitan dan kawan2nya takut kepada kita.
Jadi, jika kita kadang2 merasa bahawa apa yang kita lakukan itu adalah salah, baliklah kepada Al Qur'an dan coba untuk memahaminya secara istiqomah (berterusan).
Barakallah!
ps: Jika sesiapa yang adalah masalah, berwudhulah dan ambil Al Qur'an yang mempunyai terjemahan dan flip randomly..anda akan dapati jawapan ada di hadapan mata, dengan izin Allah jua, YAKINLAH!
Read On......