Hari yang lalu
Segala keagungan, keindahan, kemanisan, kecantikan dan kebesaran adalah kepunyaan Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan semua mahkluk yang bernyawa. Dialah Tuhan yang Esa dan Dialah sahaja tempat kita mengadu kesusahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. TempatNya kita memohon keampunan di atas segala dosa yang kita lakukan, dosa yang kita lakukan secara terang-terangan mahupun dosa yang kita lakukan secara sembunyi (walaupun hakikatnya Tuhan bersifat Maha Melihat). Kita mengharapkan Allah memaafkan semua kesalahan yang telah lepas dan kesalahan kita yang akan datang dan segala dosa dan kesalahan yang Dia lebih mengetahui mengenainya. Semoga Allah menempatkan kita bersama orang-orang yang sedikit dan semoga Tuhan memberikan kita kemiskinan di dunia agar kita semua mendapat kekayaan yang hakiki di akhirat kelak.
Nabi Muhammad adalah nabi yang kita sayangi, nabi yang kita sanjungi dan nabi yang kita rindui. Semoga Allah mencurahkan rahmat, berkah dan salam Baginda serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kepada mereka yang berjuang melawan musuh-musuh Islam dan terutama sekali bagi mereka yang melawan peperangan besar, iaitu nafsu. Semoga Allah membukakan hati kita agar kita semua dapat menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw dengan hati yang terbukan dan akan coba untuk melakukan sunnah-sunnah baginda secara berterusan.
Kita sebagai manusia yang kerdil lagi jahil akan sentiasa untuk berusaha sedaya upaya untuk melawan nafsu syaitan yang akan sentiasa mendorong manusia kepada kejahatan, baik yang nampak ataupun tidak. Syaitan akan coba mendorong kita untuk mengambil hak orang lain, syatain akan coba membisikkan kepada kita perkara2 yang tidak baik dan akan menyuruh kita mengucapkan perkara yang tipu. Paling teruk sekali lagi ialah syaitan akan berusaha untuk membuatkan kepada berputus asa daripada rahmat Allah dan berburuk sangka kepadaNya.
Di dalam Al Qur'an, Allah telah menyebutkan bahawa manusia ini bodoh. Bodoh kerana mudah tertipu dengan dunia, bodoh kerana mudah ditipu oleh syaitan yang akan & telah membuat kebanyakan manusia memandang baik apa yang dikerjakannya walaupun pada hakikatnya perkara yang dilakukan oleh manusia itu adalah jahat/tidak baik. Allah telah memberi peringatan di dalam Al Qur'an agar umat Islam tidak mudah tertipu dengan kepesatan dan nikmat yang diberikan kepada orang yang bukan Islam kerana pemberian Tuhan kepada mereka itu adalah nikmat yang sementara. Kita sebagai umat Islam hendaklah mengetahui bahawa nikmat yang sebenar ialah nikmat yang akan diberikan kepada kita di syurga, insya Allah. Ini tidak pula bermaksud kita tidak berusaha untuk meraih segala rahmat yang disediakan oleh Allah kepada kita di dunia. Kita hendaklah coba untuk mencari KESIMBANGAN di antara kehidupan di dunia dan kehidupan kita di akhirat kelak.
Semasa di dunia, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki yang halal, berkerja bersungguh-sungguh, menyempurnakan amanat yang telah diberikan kepada kita dan menepati janji yang kita buat baik kepada manusia dan terutama sekali janji kita kepada Allah. Kita hendaklah coba membantu orang-orang yang susah, orang-orang yang memerlukan bantuan, orang-orang yang berada dalam kekurangan. Kita hendaklah coba untuk membantu orang lain dan diri kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari kelmarin. Kita juga perlu mengambil berat tentang kerja yang kita lakukan sehari-hari. Seperti kita hendaklah mengetahui hak-hak orang kepada kita dan hak-hak kita kepada orang. Mengucapkan "yarhamukallah" kepada orang yang bersin (sneeze) iaitu yang beragama Islam.
Dunia ialah tempat kita bercucuk tanam dan tempat untuk kita umat Islam, menyediakan bekal bagi kehidupan kita di akhirat kelak. Ini adalah sikap yang patut ada pada setiap diri orang Islam yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya. Mereka ini adalah mereka yang mengerjakan sembahyang baik dimasa senang ataupun dikala susah dan mereka tetap mengerjakannya secara berterusan. Mereka berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berbuat baik kepada orang tua baik semasa mereka hidup ataupun selepas mereka meninggal dunia. Mereka yakin akan kehidupan akhirat dan percaya kepada benda-benda yang ghaib (tidak nampak). Mereka yakin Tuhan melihat mereka semasa mereka solat apatah lagi semasa mereka bersendirian. Mereka malu terhadap Tuhan. Malu dan merasa amal ibadat yang dikerjakan tidak cukup untuk mencapai cinta Allah yang hakiki.
Allah, Dialah yang Maha Penyantun dan jika bukan kerana DzatNya tersebut, manusia diseluruh dunia akan merasakan azab yang tidak terbayang oleh mata dan yang tidak terlintas di dalam hati disebabkan kejahatan yang kita semua lakuakn. Kita sepatutnya SENTIASA mengucapkan syukur kepada Allah kerana rahmat yang sentiasa diberikanNya kepada kita semua walaupun kebanyakan kita selalu melakukan aniya kepada Allah dan kepada benda-benda di sekiling kita. Kebanyakan manusia tidak menyedari dan tidak pula sayang kepada nikmat yang Allah berikan. Seperti masa, yang dibahagikan kepada masa yang lepas, masa sekarang dan masa akan datang.
Masa yang lepas tidak akan kembali dan perkara-perkara yang telah lepas baik yang kita sukai atau tidak tidak sepatutnya dikenang kerana perkara-perkara yang lepas akan membuat seseorang terhalang daripada memikirkan perancangan di masa akan datang. Islam mengalakkan umatnya untuk tidak memikirkan perkara-perkara yang membuatkan kita gelisah kerana ianya akan membuatkan hati kita selalu berada di dalam keadaan yang tidak tenteram dan akan secara tidak langsung akan memesongkan perhatian kita daripada melakukan hal-hal kebaikan dengan sempurna. Semasa sembahyang, tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kita akan mula memikirkan perkara-perkara di luar sembahyang. Kita hendaklah coba untuk memastikan perhatian kita tidak dialihkan oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Walaupun demikian, ini tidak bermaksud, kita tidak boleh memikirkan perkara yang lepas kerana jika difikirkan, perkara-perkara yang lepas boleh mengajar kita untuk lebih bersikap berhati-hati atapun membuat kita lebih prihatin tentang sesuatu. Kita juga boleh membuat perkara-perkara yang lepas sebagai pengajaran/peringatan yang patut kita ambil agar kita tidak mengulangi perkara yang sama di masa akan datang...
Bersambung...
Read On......