Hari ini hari apa?
Ada beberapa faktor yang ana ingin timbulkan mengenai perbezaan semasa disekolah dan erti kehidupan (praktikal) yang sebenar:
1) Apa yang kita pelajari semasa disekolah akan hilang jika tidak ada yang pembimbing seperti cikgu dan sebagainya
2) Untuk memastikan apa yang kita pelajari itu masih melekat dalam otak kita, kita hendaklah ISTIQOMAH iaitu membuat sesuatu secara berterusan. Ini bagi ana adalah cara yang berkesan bagi sesiapa yang masih menuntut ilmu
3) Keadaan sekililing juga memainkan peranan yang penting dalam juang kita untuk memastikan kita tidak terpesong atau lupa dari ajaran agama. Berkawanlah dengan manusia yang sentiasa mengingat Allah dan bukan orang yang terdiri dari golongan munafik/kafir/musyrik
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali". [Al-Imran: 28]
4) Bersabar dalam mempelajari sesuatu ilmu.
5) Tidak terikut ikut dengan budaya yang tidak tentu arah halatuju. Seperti skinhead, metalhead dan bermacam-macam kepala yang bergaya seperti orang yang tidak beragama.
6) Mulakan sembahyang dari awal lagi seperti yang telah disyariatkan dalam agama kita.
7) Allah paling suka orang muda yang bertaubat dari orang tua yang bertaubat. Pengertiannya disini sangat luas dan kita sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk berfikir hendaklah berfikir.
8) Kalau boleh, didik diri daripada melihat perkara yang boleh membuat kita terjerumus ke dalam lembah maksiat walaupun sedikit.
9) Jagalah permakanan kerana makanan yang syubahah dan haram akan membuat kita malas dan lengah beribadat.
10) Janganlah kita sangka yang kita masih muda, kita boleh berbuat apa saja yang kita suka kerana pengertian "live life to the fullest" pendapat ana ialah untuk orang yang tidak memikirkan "dunia" selepas dunia (akhirat) dan ini adalah mercu "kejayaan" orang-orang bukan Islam. Tuhan telah berfirman didalam Al Qur'an....
11) Kita sebagai umat Rasulullah saw hendaklah mendalami tentang agama Islam yang kita sayangi ini kerana kita dituntut untuk belajar sehingga ke liang kubur. Lebih banyak kita tahu tentang keAgungan Tuhan, lebih takut kita kepada-Nya. Oleh itu kalau kita perhatikan, ramai yang sembahyang tetapi rasa gerun/harap/takut tidak ada disebabkan kejahilan mereka.
12) Kita hendaklah yakin seyakinnya tentang kuasa Allah yang mutlak. Tiada yang dapat menandinginya dan tiada suatu apa pun baik dilangit dan bumi yang setara dengan-Nya.
Wallahu'alam.