Ni'mat Tuhan (Telinga)
"....dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [7 : 179]
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna), Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya." [87 : 9-11]
Salah satu lagi ni'mat Tuhan yang dianugerahkan-Nya kepada kita ialah telinga. Telinga yang kita gunakan untuk mendengar bunyi2 yang kadang2 menakutkan kita seperti suara dari alam ghaib atau suara guruh yang mengegarkan hati kita. Telinga juga digunakan untuk mendengar suara2 yang membuat kita tersenyum seperti mendengar ketawa bayi yang baru lahir atau mendengarkan suara2 menenangkan hati kita seperti mendengar lagu2 cinta ataupun mendengar lagu2 yang ganas yang boleh melelapkan dan menenangkan hati kita walhal yang hanya dapat membuat hati kita tenang ialah dengan mendengar ataupun membaca Al Qur'an.
Kita boleh perhatikan bagaimana sebahagian besar daripada kita yang kadang2 lupa ataupun terlepas pandang akan hikmah yang kita boleh perolehi daripada telinga. Dan jika ini berterusan, kita boleh dikategorikan sebagai orang2 yang kufur kepada ni'mat Tuhan. Seperti ni'mat yang sudah2, saya telah mengajukan beberapa soalan yang barangkali boleh membuat kita berfikir sejenak apa halnya jika ni'mat yang ada pada kita itu ditarik oleh Allah?
Sebenarnya, manusia yang mempunyai akal yang sempurna akan dengan mudah menghargai ni'mat2 yang sudah diberikan kepada-Nya. Kerana dia tahu bahawa setiap ni'mat yang diberikan kepada-Nya adalah sesuatu barang yang amat berharga dan sesuatu yang sangat istimewa hinggakan jika hilang salah satu daripadanya, kita akan menjadi orang berbeza. Berbeza bagaimana? Berbeza dari segi interaksi dengan persekitaran kita. Orang yang tuli tidak akan mampu mendengar jika sesorang menyapanya ataupun memanggilnya. Mereka juga tidak akan mampu mendengar hon kereta ataupun siren polis. Ini mungkin akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan keadaan yang sangat merbahaya yang akan mengakibatkan keadaan yang lebih teruk lagi ataupun kematian.
Bagaimana pula dengan pengunaan telefon bimbit? Bagaimana pula apabila menghadiri kuliah2 ataupun ceramah2 ataupun apabila menonton kaca tv. Orang yang hilang pendengaran hanya akan mampu tersenyum atau tertawa apabila melihat aksi2 yang lucu ataupun menangis apabila melihat scenario yang menyayat hati. Perlu diingat bahawa bukan semua orang yang dilahirkan dibumi Allah mempunyai pendengaran yang sempurna. Ada yang mempunyai pendengaran yang hampir2 hilang dan orang yang bercakap dengan orang tadi terpaksa menjerit agar orang tadi dapat mendengar dengan jelas. Selalunya, bukan sahaja orang2 tua kita yang akan mengalami perkara seperti ini, orang2 yang sudah terbiasa mendengar lagu atau musik yang nyaringnya ditahap "dinding boleh pecah". Orang seperti ini jika berada di dalam situasi yang 'normal', akan merasa seakan-akan, orang lain sedang berbisik kepadanya sedangkan nada yang digunakan oleh orang yang biasa tadi adalah nada yang normal.
Tentu kita tidak pernah akan merasa keadaan sedemikian kerana kita adalah mereka2 yang mempunyai pendengaran yang baik dan kita mampu berhubung dengan sesiapa sahaja yang kita hendaki di mana jua kita berada.
Peliknya, ada sebahagian daripada kita yang berlagak seperti orang yang tuli. Kebanyakan orang akan menjadi tuli apabila berada dikedai beli belah dan tempat2 yang berdekatan dengan mesjid. Perhatikanlah keadaan mereka, mereka seakan-akan tidak langsung mendengar azan walaupun azan sudah dimainkan dengan sound sistem yang canggih. Adakah hati mereka sudah berkarat sehinggakan mereka tidak dapat mendengar lagi seruan Ilahi? Perhatikan saja orang yang sedang bermain bola semua masuk waktu magrib? Lihat keadaan mereka yang masih rancak menendang bola walaupun masjid sudah terpacak dihadapan mata. Kita sangat bersyukur kerana ada sebahagian daripada kita yang masih prihatin dengan kewajipan2 sebagai seorang islam. Surau2 dan masjid2 disediakn untuk memudahkan kita semua untuk melakukan solat apabila tiba waktunya tapi terlalu banyak yang mensia-siakannya.
Perkara2 yang mungkin menyebabkan telinga kita tuli walaupun secara zahirnya kita nampak seperti orang yang dapat mendengar adalah seperti berikut:
1) Mendengar lagu2 yang melupakan kita daripada meningat Allah;
2) Suka mendengar orang bergossip atau mengumpat;
3) Suka mendengar perkataan2 yang tidak baik seperti #$#@, $%##, &^%$ dan sebagainya;
4) Suka mendengar yang perkataan lucah;
5) Mendengar ketawa yang terbahak-bahak;
5) Sila tambah.
Selain daripada perkara2 diatas, perkara lain yang boleh menyebabkan kita tuli ialah tidak suka mendengar kalimat Allah, tidak suka mendegar dzikir, tidak suka mendengar ayat2 Qur'an dan suka gemar mendengar perkara2 yang mengingatkan kita kepada Tuhan seperti ceramah, khutbah dan sebagainya. Sama halnya jika sekiranya seseorang tidak membersihkan telinga mereka 5 kali sehari semalam, ianya akan dipenuhi dengan debu dan akhirnya menutup lobang telinga kita walaupun mandi lebih daripada 10 kali.
Jadi, cara untuk memastikan kita bisa mendengar dengan hati ialah dengan cara mebiasakan diri kita mendengar orang lain membaca ayat2 suci Al Qur'an atau yang lebih baik ialah mendengar kita sendiri membaca Qur'an kerana ianya bukan sahaja akan menimbulkan rasa insaf, ianya juga akan memberikan kita ilmu yang sangat berguna baik dunia mahupun akhirat. Kita hendaklah membiasakan diri kita dengan zikir ataupun mendengar cd2 zikir yang sudah terlalu banyak dijual dengan harga yang murah. Kita juga sepatutnya mengelak diri kita daripada mendengar orang yang mengumpat dan sebagainya kerana seperti sabda nabi, sesiapa yang mendengar orang yang mengumpat, maka mereka adalah sama dengan orang yang mengumpat itu walaupun mereka hanya berdiam diri. Carilah alasan2 yang walaupun tidak munasabah, untuk lari daripada tempat mengumpat tersebut. Kerana ianya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri dan bukan untuk orang lain.
Read On......