Saturday, December 8, 2007

Cermin Diri

Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan kepada kita semua ni'mat yang tidak terhitung dengan jari dan tidak dapat tergambar di dalam hati. Allah, Dialah Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Kepada-Nya kita semua mengadu/menyembah dan kepada-Nya kita semua akan dikembalikan. Dialah Tuhan yang nyawa kita ada ditangan-Nya dan Dialah yang berkuasa ke atas setiap kejadian yang berlaku di atas bumi ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya dan penutop segala Nabi.

Selawat dan salam kepada Nabi yang kita rindui dan yang kita sangat ingin melihat wajah Baginda yang daripadanya, kita akan dapat menitiskan air mata, dan daripadanya juga kita akan dapat ketenangan yang abadi. Semoga Allah menyampaikan salam, berkah dan rahmat-Nya kepada Rasulullah s.a.w. dan menempatkan Baginda di tempat yang paling tinggi disisi-Nya. Kita juga mendoakan agar keluarga, sahabat-sahabat Baginda dan mereka yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah, dibalas dengan pahala yang banyak, yang akan membuatkan mereka merasa puas di atas pemberian Tuhan kepada mereka di akhirat kelak.

Setiap insan di muka bumi Allah perlu meningkatkan daya usaha mereka untuk mendekatkan diri mereka kepada yang Maha Pencipta kerana hidup kita akan berasa seperti terombang-ambing seperti perahu yang tiada mempunyai arah tuju. Kita sebagai manusia yang sentiasa lalai hendaklah mempunyai kesedaran pada setiap masa yang berlalu kerana walaupun kita mempunyai duit yang berjuta, kita tidak akan mampu masa yang terlepas walaupun sesaat. Secara fitrahnya, setiap diri kita mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dan dari kelemahan dan kekurangan inilah, musuh2 Islam akan coba untuk menipu dan memperdayakan setiap diri orang muslim.

Orang muslim, tidak semestinya orang yang mukmin. Orang yang mukmin mempunyai taraf yang tinggi daripada orang muslim, fikirkanlah!

Seperti iblis laknatullah, dia akan coba menyesatkan setiap diri anak adam dengan berbagai cara yang tiada hentinya. Di dalam Surah Al-Balad, ada menyebutkan tentang manusia lebih suka menempuh jalan yang salah daripada jalan yang betul. Mereka yang lebih 'reda' menempuh' jalan kejahatan inilah orang-orang yang kufur kepada ni'mat Allah sedangkan Allah sudah menganugerahkan kepada diri kita mata dan telinga untuk memerhatikan betapa besar dan agungnya ciptaan Tuhan. Janji taat setia yang dibuat oleh makhluk yang terlaknat (iblis) kepada pencipta-Nya (Allah SWT) adalah janji yang tidak akan putus kerana jika kita perhatikan sekililing kita, iblis dan tenteranya berhasil untuk memesongkan akidah (tingkah-laku, perbuatan dan pemikiran) orang-orang Islam seluruh dunia.

Kita akan lihat betapa ramainya umat Islam yang masih memakan benda-benda yang syubahah (tidak ada kepastian samaada halal atau haram), banyak umat Islam yang menyokong perbuatan yang bukan Islam seperti, merokok dan sebagainya dan masih ramai di antara kalangan umat Islam yang LEBIH prihatin dengan hal ehwal keadaan pada pelakon-pelakon barat+timur, penyanyi-penyanyi dan sebagainya dan BUKAN menumpukan perhatian mereka kepada keadaan umat Islam yang berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka ini dibunuh tanpa belas kasihan, mereka dicerca dan diherdik, mereka dihalau dari kampung halaman mereka dan tempat kediaman mereka dihancurkan oleh musuh2 Islam. Kehidupan mereka adalah seperti orang yang berpuasa selama 12 bulan atau lebih kerana makanan dan setetes air yang bersih sangat susah diperolehi sehinggakan mereka mati dalam keadaan yang menyayat hati dan sehinggakan mayat mereka bergelimpangan di atas jalan raya.

Perkara yang lucu ialah hidup kita jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang yang berada dalam keadaan susah dan tidak mempunyai apa-apa. Makanan-makanan yang berdzat sangat mudah diperolehi dan minuman yang dijamin kebersihannya juga boleh didapati dimana-mana. Yang lucunya ialah kita masih mampu ketawa dan memyumpah makanan yang kita masukkan ke dalam mulut kita walaupun makanan itu berasa sedikit masin dan sebagainya. Nabi kesayangan kita pada suatu ketika pernah berada dalam keadaan yang sangat lapar sehinggakan Baginda sehinggakan malaikat Jibril a.s datang kepada Baginda lalu menanyakan apa yang Baginga mahu. Baginga lalu berdoa agar umatnya (kita semua) agar diselamatkan dari api neraka. Barangkali, jika kita diberi peluang untuk meminta apa saja yang hendak, kita mungkin akan meminta duit yang banyak atau makanan yang tidak putus2 TAPI Rasulullah meminta agar Allah menyelamatkan kita dari api neraka walaupun Baginda berada dalam keadaan yang lapar...

Rasulullah, Dialah sebaik-baik contoh dan tauladan

Betul, kita bukanlah manusia yang sempurna, akan tetapi, alasan ini hanya akan membuat seorang Islam itu jatuh lebih dalam lagi ke lembah yang sangat hina. Kita di dunia ini adalah sebagai perantau ataupun orang asing. Kita akan sentiasa mempersiapkan diri kita apabila tiba masanya untuk balik ke tempat asal kita kelak, iaitu dunia akhirat. Sekian seadanya. Wallahu'alam

Read On......