Wednesday, February 6, 2008

Bumi sebagai Kenderaan



Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). [Al-Insyiqaaq: 5]

Segala puji dan syukur kepada Allah di atas ni'mat yang diberikan tanpa mengenakan sebarang bayaran ataupun upah. Udara, bumi, langit, gravity, siang & malam adalah di antara ni'mat-ni'mat Tuhan yang sangat berharga sehinggakan manusia sendiri tidak dapat menaruh harga kepada makhluk2 (ciptaan) Allah tersebut.

Tanpa kita sedari, kita sekarang seperti berada di atas kapal terbang yang besar yang memuatkan semua manusia yang hidup ataupun yang sudah pergi dan akan mendarat dalam jangka masa yang tidak di ketahui. Tapi ketahuilah wahai manusia yang mempunyai akal, kita PASTI akan mendarat. Samaada kita suka ataupun tidak...

Kadang2, kebanyakan daripada kita hanyut dengan keseronokan dunia sedangkan keseronokan yang ada di dunia adalah terlalu sedikit berbanding dengan ni'mat atau kesenangan yang akan kita peroleh di akhirat kelak. Terlalu banyak manusia yang sudah / telah & akan mengadaikan jiwa, harta, raga dan agama mereka demi mencari ni'mat dunia. Maruah dan harga diri tidak dipadang indah lagi bagi manusia kebanyakan kerana kebanyakan daripada manusia akan lebih suka kepada perkara2 yang menunjukkan perangai seperti binatang atau lebih rendah daripada itu.

Jika kita perhatikan manusia yang kufur kepada ni'mat Allah baik dari segi perbuatan, percakapan dan tingkah laku akan merasa senang apabila mereka mendapat ni'mat dan akan merasakan dirinya sudah di"mulia"kan dan akan merasa dirinya dihina oleh Tuhan apabila bencana yang menimpa. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah. [89: 15-16]

Perlu diketahui bahawa apa jua kebaikan mahupun kesusahan yang menimpa diri anak adam (manusia semua) adalah cobaan yang datang dari Allah. Sebagai contoh, orang kebanyakan mungkin akan merasakan bahawa jika seseorang itu gagal dalam peperiksaan adalah sesuatu yang tidak baik (musibah) dan orang2 sekeliling pula akan mengatakan bahawa kita adalah orang yang bodoh dan tidak pandai belajar. Sebaliknya, jika seseorang itu lulus dalam sesuatu ujian dan mendapat keputusan yang cemerlang, orang2 sekeliling pula akan mengucapkan tahniah dan besar kemungkinan akan mendapat pujian seperti, "kau seorang yang pintar, aku suka sama kamu" atau "tahniah diatas kejayaanmu".

Dua scenario di atas menggambarkan betapa ceteknya akal manusia dan betapa jahilnya orang kebanyakan (tidak semestinya orang miskin/susah/kaya). Tidaklah Allah menimpakan manusia itu dengan cobaan tanpa sesuatu sebab dan setiap kejadian yang menimpa ada hikmah yang tersembunyi. Berbalik kepada scenario pertama tadi, orang yang sedikit akan mengucapkan tahniah kepada orang yang gagal tadi bukan di atas kegagalannya, akan tetapi di atas usaha yang sudah diberikannya*. Dia akan menyatakan bahawa orang yang gagal tadi patut bersyukur kerana besar kemungkinan jika dia beroleh kejayaan, akan timbul pula rasa ujub, takbur dan ria. [Orang yang seperti ini tidak akan masuk syurga berdasarkan hadis Nabi yang kira2 bermaksud, "tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai sedikit sifat sombong". Wallahu'alam.

Bagi scenario kedua, fikirkanlah....

*tertakluk kepada niat

Read On......