Thursday, May 22, 2008

Pada suatu hari...

di zaman nabi kesayangan kita. Ada seorang sahabat yang bangun pada tengah malam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dia akan mengambil wudhu yang sempurna solat sunat dua raka'at dan membaca qur'an dan berdoa. Tanpa disedari, ada orang yang mengintip beliau dan mendengar doa sahabat tadi. Doa yang didengarnya ialah "Ya Allah, tuhan yang mempunyai neraka, jauhkanlah aku daripada api neraka...". Orang mengintip tadi merasa hairan dengan doa sahabat tadi sehinggakan keesokkan paginya dia pergi menjumpai rasulullah.

"Ya rasulullah, ada seorang sahabat yang berdoa "Wahai Tuhan yang mempunyai neraka, jauhkanlah aku daripadanya". Orang tersebut mengintip sahabat tadi selama tiga kali sehinggalah nabi sendiri yang bertanya kepada sahabat tadi.

"Wahai [nama tidak diketahui], kenapa kau berdoa kepada Allah dengan sedemikian dan kenapa tidak minta kepada Allah akan syurga?" Lalu, sahabat pun menjawab "Aku berdoa untuk dijauhkan daripada neraka kerana aku takut akan api neraka dan aku sangat malu kepada Allah untuk minta syurga kerana amalanku sangat sedikit..."

Baginda sangat kagum dengan sikap sahabat tadi. Tidak lama selepas itu, Malaikat Jibril a.s turun kepada Nabi Muhammad dan memberitahu kepada nabi bahawa Allah akan menempatkan sahabat tadi ke tempat yang penuh dengan ni'mat (syurga).

Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan akan dibalas dengan sebaik-baiknya oleh Allah kerana janji Allah adalah hak dan janji syaitan adalah sebaliknya.

Wallahu'alam.

Read On......