Betulkan niat
Segala kesempurnaan, keindahan, kekuatan dan kehalusan hanya bagi Allah yang tidak pernah mengantuk, tidak pernah lelah dan tidak berkehendak kepada makhlukNya. Dialah Tuhan yang berkuasa mengembalikan yang tiada kepada ada dan Dialah kuasa yang mutlak. Setiap ibadath dan amalan yang kita lakukan adalah untuk kebaikan dan manfaat untuk kita sendiri dan setiap ni'mat ataupun kebaikan yang kita terima yang datang dari Allah tidak akan mengurangkan khazanah yang ada padaNya.
Di dalam melakukan apa jua amal kebajikan, ianya berdasarkan niat. Niat adalah penting kerana sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah, maka, perbuatan tersebut tidak akan diterima. Allah s.w.t berfirmam dalam hadis qudsi:
"Akulah sebaik-baik sekutu(teman). Baransiapa mempersekutukan Aku dengan yang lain, dia (diserahkan) kepada sekutu itu. Wahai sekalian manusia! Beramallah kamu dengan ikhlas kerana Allah. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal seseorang kecuali amal yang ikhlas keranaNya. Janganlah kamu mengucapkan: "Ini demi Allah dan demi kekerabatan."Perbuatan yang demikian hanya kerana kekeluargaan sahaja dan tidak sedikit pun kerana Allah. Dan jangan pula kamu mengucapkan: "Ini demi Allah dan demi pemimpin kamu."Amalan seperti itu hanya untuk kehoramatan pemimpin kamu sahaja, dan tidak kerana Allah" [Hadis qudsi riwayat al-Bazzar dan ad-Dahhak]
Berdasar hadis di atas, kita perlu faham bahawa di dalam melakukan sesuatu kebajikan baik untuk diri kita, keluarga, saudara, masyarakat dan negara, kita hanya melakukan kerana Allah! Bukan untuk mencari nama di mata manusia, untuk mencari pangkat, untuk menjadi terkenal atau untuk dikatakan orang yang unggul. Banyak kisah2 yang tentu kita pernah dengar mengenai orang2 yang pada awalnya melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah lalu bertukar menjadi orang yang dimurkai oleh kerana jatuh kepada godaan syaitan yang sangat licik.
Kita perlu menanamkan kesedaran dalam diri kita agar kita tidak tertipu dengan pujian manusia kerana barangsiapa yang termakan dengan pujian manusia, maka, dia sudah memberi ruang untuk iblis untuk bertakhta dalam dirinya. Reaksi kita terhadap pujian dan celaan hendaklah sama. Maksudnya, apabila kawan kita ataupun saudara kita memuji, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada sifat2 yang tercela seperti ujub, riya' dan takabbur. Sama juga halnya jika seseorang memaki hamun kita, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada sifat2 seperti marah, membalas dendam dan buruk sangka. Di dalam kedua-dua scenario di atas, kita hendaklah bersikap selamba (sama saja) dan setiap pujian dan celaan tidak merubah niat awal kita sedikit pun.
Berbalik kepada niat tadi, kita mungkin pernah mengatakan, "Aku menuntut ilmu kerana ingin menyumbang kepada ekonomi negara dan of course kerana Allah" atau "aku bekerja kerana untuk menyara keluargaku dan tentulah kerana Allah!". Jika kita bandingkan kedua-dua contoh tadi dengan isi hadis di atas, niat melakukan perkara yang baik hendaklah semata-mata kerana Allah period.
Terdapat sebuah kisah yang berlaku kepada seorang hamba Allah beberapa tahun yang lampau. Seorang anak muda datang kepada seorang imam dengan satu hajat. Anak muda tadi berniat untuk mengahwini isteri imam. Imam lalu terkejut dan berbagai soalan yang bermain dikepala selepas soalan diajukan. Tanpa fikir panjang, imam tersebut lalu mengatakan kepada anak muda tadi "Engkau boleh mengahwini isteriku dengan satu syarat". Anak muda lalu bertanya, "Apakah syaratnya?". Imam menjawab, "Engkau hendaklah bersolat jemaah suboh dimasjid selama 40 hari berturut-turut". Anak muda itu setuju dengan syarat tersebut..
Dari malam pertama hinggalah pada malam yang ke empat puloh, imam tersebut melihat lelaki tadi bersolat jemaah dengan tekun sekali. Tanpa segan silu, imam tersebut pergi berjumpa lelaki tadi untuk menepati janji yang dibuatnya pada 40 hari lepas. "Seperti yang kita persetujui, engkau boleh mengahwini isteriku apabila sudah memenuhi syarat..kau sudah memenuhi syarat tersebut dan aku izinkan kau kahwin dengan isteriku..." Anak muda tadi yang awalnya beria ia untuk mengahwini isteri imam tadi terdiam lalu menangis dihadapan imam. Dia lalu berterima kasih kepada imam tadi kerana telah menjadikannya orang yang sedar akan kesalahannya dan meminta maaf diatas niatnya untuk mengahwini isterinya tadi.
Segala puji hanya bagi Allah!