Warr Ruj Za Fahjur
Masa meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali sehinggakan kita lupa bahawa kita sudah berada di hujung bulan suci Ramadhan. Bulan yang dimana tidur diberikan pahala, perbuatan sunat dibalas dengan perbuatan yang wajib dan amalan wajib dilipatgandakan.
Pada saat inilah manusia, baik kanak2 mahupun orang dewasa, akan berlomba-lomba untuk mengikut sunnah nabi dan meluangkan 10 hari terakhir mereka di dalam masjid. Sebuah hadis pernah menyatakan bahawa nabi menjauhi isteri nabi pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan. Baginda yang kita kasihi begitu bersemangat untuk beribadat kepada Allah dan sangat mengharapkan maghfirah Allah dan juga belas kasihanNya. Baginda akan melakukan seberapa banyak sembahyang sunat yang termampu. Baginda membaca kitab Allah berulang-ulang kali sehingga firman Allah berlegar dikepala baginda. Nabi kita pula menadah tangan ke langit mendoakan agar umatnya (kita semua) dijauhkan daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu..sehingga berlinangan air mata baginda yang penuh berkah..
Kita pula bagaimana? Adakah kita sudah menjadi orang yang lebih baik setelah datangnya bulan ramadhan? Mari kita buat sedikit perbandingan. Nabi Muhammad ialah nabi yang sudah dijanjikan oleh Allah tempat yang paling tinggi di syurga dan Allah sudah memberikan kepastian bahawa baginda adalah seorang yang tidak akan melakukan maksiat..Daripada seerah (kehidupan) nabi, kita tidak akan dapat menemui bahawa nabi pernah melakukan maksiat walaupun sedikit apatah lagi yang besar. Akan tetapi, kita (manusia) akan sentiasa dicoba dengan berbagai jenis maksiat baik tersembunyi ataupun yang nampak, dikhalayak ramai ataupun ditempat yang gelap.
Di dalam surah muddatstsir, ayat yang ke 5, Allah memerintahkan kepada manusia untuk menjauhkan diri daripada Ar-Rujz. Ali bin Abi Talib meriwayatkan daripada Ibn' Abbas bahawa Ar-Rujz adalah berhala, jauhilah daripada mereka. Mujahid, 'Ikrimah, Qatadah, Az Zuhri dan Ibn Zayd juga beriwayatkan yang sama. Dunia sekarang dipenuhi dengan bermacam benda yang dibuat oleh manusia sehinggakan kita menjadi taksub (membesar-besarkan) sesuatu benda itu sehingga kita lupa bahawa Allah lah yang menciptakannya. Ada manusia yang tergila-gila kepada porno, ada yang cinta kepada musik, ada pula yang cinta kepada dunia itu sendiri. Mereka menyangka bahawa dengan cinta mereka kepada benda2 ataupun material, mereka akan dapat merasa cinta yang kekal.
Ayat yang diturunkan di makkah ini adalah ayat perintah yang diajukan kepada orang kafir Makkah (dan juga kepada manusia keseluruhannya) kerana pada masa itu mereka menyembah berhala dan idola2 sehingga menyebabkan taraf mereka lebih rendah daripada seekor lembu yang tidak mempunyai akal. Di zaman sekarang, kita tidak mungkin akan melihat keadaan seperti di Makkah kerana zaman ciber teknologi yang canggih ini, mungkin saja manusia sudah mengambil cara lain untuk "menyembah" idola2 mereka.
Perlu diingat bahawa, penyembahan berhala adalah sesuatu perbuatan yang syirik dan akan menyebabkan pelakunya dihumbankan ke dalam api neraka jahannam. Menyembah sesuatu adalah perbuatan maksiat yang paling besar dan ianya adalah satu-satunya dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Seperti hadis nabi dari Anas bin Malik r.a. dia berkata:
Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)
Daripada sudut lain, Allah bukan sahaja ingin memberitahu bahawa menyembah berhala itu adalah salah dan suatu perbuatan keji, bahkan, Allah menyuruh kita semua untuk meninggalkan maksiat secara keseluruhan. Kerana apa? Kerana Allah tahu bahawa manusia jika dibiarkan melakukan maksiat akan menyebabkan kerosakan ke atas diri mereka sendiri. Kita akan dapati, seorang lelaki yang sudah biasa menghisap dadah ataupun berjudi akan ketagih dengan perbuatan mereka sehingga dia akan sanggup menjadikan anak dan isteri mereka sebagai tebusan judi. Kita akan menemui ada segilintir wanita yang terlalu ketagih dengan seks sehinggakan mereka rela diri mereka diratah oleh lelaki secara random sehingga anak haram yang dilahirkan tidak tahu siapa ayahnya yang sebenar.
Maksiat ialah sesuatu yang sangat susah untuk ditinggalkan terutama sekali apabila ianya sudah melekat kepada pelakunya, tabi'at. Walaupun cita2 setinggi gunung untuk tidak merokok lagi dan walaupun pernah sudah melalui pembedahan jantung kerana merokok seperti asap kereta api, pelakunya akan kembali merokok, hanya sebagai contoh. Maksiat bukan hanya mendatangkan mudarat kepada pelakunya, bahkan ianya juga mendatangkan dosa.
Jadi, jika nabi Muhammad, yang tidak pernah melakukan maksiat sepanjang hayat baginda meluangkan 10 hari terakhir di bulan ramadhan di dalam masjid, bagaimana pula kita? Seorang manusia yang mulutnya sentiasa bergossip, mata yang sentiasa melihat sesuatu yang batil, yang kakinya sentiasa menuju kepada tempat2 yang membuang masa dan hatinya yang penuh dengan bintik hitam yang sudah bertakhta. Kita bukan pula meluangkan masa kita di masjid2 tetapi kita sangat ghairah untuk membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran. Kita menyebokkan diri kita dengan membuat kuih mueh, membetulkan ataupun membetulkan langsir. Menginfakkan wang ringgit bukan untuk meraih redha Allah tetapi demi mencapai redha manusia agar semua tampak bersinar dan berkilauan dan agar perabot yang lama tidak diucapkan disebalik tabir. Wallahu'alam
Barakallah

No comments:
Post a Comment