Babi & Rambut
Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara yang segar lagi nyaman dan memberikan kita peluang untuk berjalan di atas bumi ini untuk mencari rezki yang halal demi mencari keredhaanNya.
Tidak dinafikan kadang2 kita lupa apa itu dosa dan apa itu pahala. Dalam Islam ada perkara yang jika kita buat akan mendapat dosa dan ada pula yang boleh kita lakukan, akan mendapat pahala. Berjudi, hubungan sex bebas, minum arak , mengumpat (gossiping) & sebagainya adalah di antara perkara2 yang dilarang (haram) dalam Islam. Balasan di dunia bagi mereka yang membuat dosa adalah seperti sentiasa dalam keadaan gusar dan susah hati (tiada ketenangan hati), kekurangan wang, merasa seperti tiada yang cukup dan sebagainya. Balasan di akhirat pula api neraka yang jika setitik daripada cairannya jatuh ke bumi maka akan hancurlah segala apa yang ada dibumi ini.
Perkara-perkara yang akan mendapatkan seseorang itu untuk meraih pahala adalah seperti memakan makanan yang halal, melakukan kebaikan terutama sekali kepada ibu-bapa, kepada anak yatim dan orang-orang miskin, memberi sedekah secara sembunyi-sembunyi dan mengingat Allah. Balasan bagi mereka yang membuat kebaikan dengan niat yang betul (bagi yang beragama Islam) adalah ketenangan jiwa, sentiasa merasa cukup walaupun sedikit, terasa keceriaan, mendapat syurga dan terutama sekali mendapat cinta Ilahi.
Secara lazimnya, kita secara semulajadi akan merasa jijik apabila melihat seseorang atau tahu salah seorang daripada orang islam memakan daging babi. Bukan saja memakan daging babi tetapi, kita akan merasa jijik dan geli apabila melihat babi yang sebenarnya. Babi sebenarnya tidak begitu comel seperti apa yang dilukiskan / digambarkan oleh pelukis. Dan orang yang menyangkan mereka tampak seperti orang yang comel semasa memakai ataupun menggunakan benda-benda yang berkaitan dengan babi adalah orang yang 'pintar'.
Apakah yang menyebabkan kita merasa begitu jijik dan geli apabila melihat babi dihadapan mata kita ataupun mengetahui ada yang memakan babi? Barangkali disebabkan oleh islam sendiri kerana islam telah mengajar umat Islam untuk tidak menyentuh babi apatah lagi memakan babi. Ini kerana babi mempunyai sejenis kuman yang boleh mendatangkan penyakit / mudarat kepada badan manusia seperti gila babi.
Perkara yang SAnGAT menghairankan ialah orang-orang Islam secara amnya tidak pula merasa jijik dan geli pula apabila melihat orang yang tidak memasang hijab semasa keluar di kawasan awam seperti kedai beli-belah, pantai dan masjid?? Sedangkan, memakai tudong / jilbab adalah wajib bagi orang wanita islam dan menampakkan aurat kepada orang yang bukan muhrim adalah haram. Rasulullah s.a.w semasa di isra' kan, baginda melihat banyak dari kalangan wanita yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih dan apabila baginda bertanya kepada malaikat Jibril, dia mengatakan bahawa mereka itulah wanita-wanita tidak melindungi rambut mereka dari pandangan lelaki semasa di dunia.
Jadi, kenapa orang Islam tidak merasa jijik dan memandang serong kepada mereka yang tidak memakai jilbab (tudong) dan LEBIH merasa jijik apabila orang islam memakan babi? Besar kemungkinan di atas kejahilan individu dan cara pembawaan dan pembesaran individu itu sendiri. JIkalau kita amati, orang yang tidak bertudong akan mendatangkan bahaya kepada orang awam kerana wanita yang tidak bertudong tersebut melakukan MAKSIAT secara terang-terangkan sedangkan orang yang memakan babi menanggung dosanya sendiri-sendiri.
Sebagai kesimpulan, orang islam hendaklah menyedari bahawa orang yang tidak bertudong adalah ahli maksiat akan mendatangkan murka Allah kepada orang yang tidak berdosa. Dan lagi, orang islam hendaklah mempunyai sikap jijik dan benci kepada benda yang haram, bukan hanya kepada orang yang memakan yang haram seperti babi, rasuah, akan tetapi kepada mereka yang tidak memakai tudong dengan sepatutnya.
Lindugilah kami dari fitnah kuburMu ya Allah...