Saturday, June 28, 2008

Hati2: Ajaran SESAT

Akhir2 ini, kita sering mendengar berita tentang ajaran sesat. Di majalah, kaca TV, internet dan bermacam-macam tempat. Mereka ini akan sentiasa mencari bebagai tipu helah untuk menipu orang yang tidak tahu kepada jalan yang songsang/tidak betui. Tapi tahukah kita apa sebenarnya ajaran sesat itu? Apakah pula tanda2nya? Siapa pula pelopornya?

Ajaran sesat ialah apa saja ikutan yang tidak mengikut kepada petunjuk Al Qur’an dan hadith. Tapi ada pula yang hanya mengikut Al Qur’an sahaja dan tidak mengikut hadis. Mereka inilah yang dipanggil sebagai orang anti-hadis. Bukan itu sahaja, bahkan, ada pula yang mengaku bahawa diri mereka adalah rasul sedangkan kita semua tahu tiada akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad wafat.

Ajaran sesat ada dua jenis; yang bergerak secara sembunyi dan ada pula yang bergerak secara terbuka. Yang bergerak secara sembunyi adalah golongan jin kafir, syaitan yang sentiasa membisikkan kepada diri kita untuk menempuh jalan yang salah seperti membuka aurat, mengenakan pakaian yang ketat, mengenakan hijab yang menampakkan buah dada, megenakan seluar “jin” yang mengikut urutan kaki dan sebagainya. Gerakan ini sangat susah untuk dibenteras kerana jin kafir adalah mahkluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Oleh itu, peluang untuk menangkap mereka ini adalah sangat tipis sekali.

Golongan yang kedua ialah mereka yang bergerak secara terbuka. Mereka ini adalah daripada golongan dari manusia sendiri. Mereka ini selalunya akan bergerak dengan terang-terangkan. Mereka akan menghasut orang lain untuk tidak mengikut perintah Allah. Mereka akan meng”ia”kan sesuatu yang dilarang dalam agama islam seperti meminum arak, berjudi, menghampiri zina, bersalaman dengan orang yang halah nikah dan seterusnya. Mereka ini sangat bahaya kerana ajaran sesat jenis ini berlaku di hadapan mata kita tanpa kita sedari. Ianya juga berlaku di dalam rumah kita, pejabat di tempat kita bekerja, di tempat kita bersekolah, di tempat anak2 kita menimba ilmu.

Gologan ini selalunya mendapat sambutan yang “positif” di khalayak ramai kerana banyak manusia yang sudah termakan dengan ajaran yang mereka bawa ini. Lebih ramai pengikut mereka, lebih kuatlah dan lebih susahlah untuk kita melawan mereka ini. Pelopornya berasal daripada negeri2 yang bukan islam. Kebanyakan daripada pengikutnya adalah orang islam sendiri kerana memang pada asalnya objektif orang kafir adalah untuk memesongkan akidah orang islam.

Mereka ini akan dilalaikan oleh perlawanan bola sepak sehingga masuk waktu suboh. Mereka akan memastikan televisyen dipenuhi dengan cerita-cerita yang menciut hati terutama sekali semasa waktu solat maghrib. Barangkali ada di antara kita yang tergamak sembahyang di hadapan kaca tv sambil menonton cerita kesukaannya. Nampak2nya, titik noktah yang dibuat oleh iblis pada suatu ketika dulu sudah mencari garisan yang panjang. Iblis laknatullah sudah mempunyai ramai pengikut dan kebanyakan daripada mereka ini tidak sedar bahawa mereka sudah jatuh ke kancah yang hina.

Sebenarnya, ajaran sesat sudah berlaku sejak zaman nabi lagi. Sebelum wahyu yang pertama turun, keadaan di Makkah adalah dalam keadaan yang sangat nazak di mana, zina, judi, arak, berhala, pergaulan bebas, kerakusan, ketamakan, kezaliman, kemiskinan, pembunohan, kes rogol, pembuangan anak dan sebagainya berlaku di mana-mana. Orang miskin dibiarkan mati, diseksa, dibiarkan tanpa makanan. Anak2 mereka diperkosa dan harta yang dibahagi-bahagikan kepada golongan yang berada.

Jika kita bandingkan keadaan sekarang dan zaman jahilliyah makkah, sebenarnya, banyak persamaan yang dapat kita ambil. Buang anak, tanam anak, kahwin sesame jenis, makan riba, rumah “memuaskan nafsu” berada di mana mana. Nabi kesayangan kita turun semasa manusia sangat memerlukan seorang manusia yang dapat membetulkan apa yang salah, memulangkan hak kepada yang berhak dan terutama sekali menolong orang yang ditindas. Nabi kita bekerja selama 23 tahun untuk menjadi bumi Allah aman dan sentosa.

Nabi kita datang seperti lampu yang menyuluh kepada kegelapan. Banyak manusia yang pada awalnya benci kepadanya, memeluk agama islam. Mereka bangga menjadi pegikut ajaran yang hak, iaitu agama islam. Tapi sekarang, banyak pula yang bangga mengikut tabiat orang barat sepeti merokok, memakai seluar pendek, mengenakan anting2, tattoo dan banyak lagi. Mereka malu pula untuk menjadi orang islam dan mereka menentang habis-habisan ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad!

Tapi sekarang, tugas siapakah yang akan menghapuskan ajaran sesat yang berlaku? Mungkin ada pihak2 yang tertentu sudah mengambil langkah yang sepatutnya untuk memantau ajaran2 sesat tapi adakah ianya cukup? Kita masih lagi dapat melihat terlalu banyak manusia yang menghampiri zina, yang menghina orang yang miskin, yang bangga dengan kekayaan, yang cinta kepada dunia.

Kemungkinan untuk kita menangkap dan membenteras mereka ini adalah sangat susah melainkan tentara Allah dari langit turun untuk membantu hamba2nya yang siang malam berharap kepada pertolonganNYA. Barakallah.

Semoga Tuhan melindungi kita dan keluarga kita daripada api neraka yang bahannya MANUSIA DAN BATU.

AJARAN YANG TIDAK SESAT HANYALAH JALAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD!



Read On......