Thursday, May 28, 2009

Yang Sedap Di Mata

Puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua kita sebagai hamba-hambaNya masih lagi ada keinginan untuk menempuh jalan yang susah tetapi satu jalan yang jika ditempuh secara berterusan, maka akan datanglah lagi kesusahan dan tika saat seakan-akan tiada harapan, diri kita dibangkitkan dengan satu kuasa yang menyuruh kita supaya terus berjuang.

Sebagai manusia yang telah diciptakan oleh Tuhan, sudah setentunya kita akan berhadapan dengan berbagai suka duka pahit manis kehidupan dan di setiap kejadian, Allah telah memberikan pengajaran baik yang dijadikan sebagai iktibar ataupun sebagai modal supaya kita dapat hidup lebih berhati-hati di atas muka bumi Allah ini. Agar kita dapat menarik nafas panjang, tahan dan melepaskan api yang membara di dalam badan.

Sememangnya, syaitan akan sentiasa membisikkan kepada kita perkara2 yang secara fitrahnya menyebabkan Allah benci kepada kita. Kadang2, hati kecil kita dibisikkan oleh suara yang menyeru kepada bersangka buruk kepada Tuhan. Kita akan menyangka bahawa setiap kejadian buruk yang menimpa kepada kita adalah kerana Allah bencikan kita ataupun menganiaya kita. Tapi apabila manusia ditimpakan dengan sesuatu yang baik, mereka akan berkata bahawa Allah sayangkan mereka dan sebagainya. Ini sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al Fajr Ayat 15-16.

Perlu diketahui bahawa kehidupan yang kita ada sekarang adalah satu hiburan yang berakhir apabila lonceng yang pertama digegarkan. Kita semua akan lari bertempiaran macam orang yang mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk sehinnga perempuan2 yang mengandung akan keguguran anak dan sebagainya. Tidak seorang pun yang akan peduli tentang diri kita melainkan diri kita sendiri dan keresahan, kesedihan dan air mata akan berlinangan sajalah yang akan menjadi teman.

Hiburan adalah harus selagi perkara2 yang difardhukan tidak ditinggalkan ataupun dilalaikan. Akan tetapi, banyak daripada kita mungkin beranggapan ataupun memandang apa yang dijanjikan oleh syurga, pahala, nikmat, kesedapan dan sebagainya tidak lebih daripada satu hayalan ataupun andaian2 untuk dijadikan sebagai pemankin semangat hanya apabila diri kita berada di bawah dasar lautan. Kita tidak kenal siapa Tuhan melainkan apabila bencana mendatang.

Adakah disebabkan serangan2 fikiran yang dilakukan oleh orang yang tidak suka kepada pengabdian diri kepada satu Tuhan? Atau mungkinkah kita sudah termasuk di dalam satu curam yang dalam sehingga kita lupa tujuan awal kita dilahirkan? Atau adakah kerana hati kita yang dulunya putih cemerlang telah menjadi hitam muram sehinggakan untuk menerbitkan rasa simpati kepada ayah atau ibu sendiri pun terpaksa menggunakan bawang?

Cahaya yang dibawa oleh nabi kesayangan kita sebenarnya masing terang berkilauan tetapi yang sayangnya ialah kita lebih suka kepada cahaya-cahaya yang mendatangkan hasil yang sudah dapat dijamah dengan tangan. Perhatikan saja kelab-kelab malam yang walaupun diluarnya nampak gelap tetapi sesudah melangkah ke dalam, cahaya kuning, merah, biru dan hijau menjadi penyuluh mencari minuman. Kita rasa simpati dengan keadaan mereka yang masih lagi tidur di dalam pendingin udara yang memecah kesunyian.

Masalahnya ialah kita sanggup mempertaruhkan jiwa kita dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh lidah. Kita tergamak menjual akidah kita hanya untuk mengetahui nasib kita daripada seorang peramal ataupun tok nujum pak belalang ataupun dari website2 yang direka khas untuk merosakkan setiap anak adam. Setiap hari kita melakukannya tanpa rasa segan silu tanpa memikirkan nasib kita di akhirat kelak.

Sekarang kita tanya diri kita? Apakah satu benda yang kita terasa seakan-akan terbang di angkasawan apabila kita memandang? Mungkin ada di antara kita yang menjawab pemandangan laut, sunset, hutan, wanita yang jelita, lelaki yang menjulingkan mata, barang2 yang berkilauan dan banyak lagi jawapan2 yang kalau ditulis hanya akan menaikkan kebosanan para pembaca sekalian.

Di dalam Al Qur'an, Allah telah berfirman dalam surah As Sajadah Ayat 17, "seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam ni'mat yang menyedapkan mata sebagai balasan terhadao apa yang telah mereka kerjakan".

Segala puji bagi Allah, dalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa tidak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan..Coba kita lihat ayat ini. Perumpaannya adalah seperti seorang guru yang menyediakan kerta ujian untuk murid-muridnya. Dan cikgu tadi memberitahu jawapan kepada kertas soalan tadi. Allah seterusnya menyambung..bermacam-macam..."

Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita masing2 sehinggakan pada suatu hari nanti, Allah akan menunjukkan kepada kita sesuatu yang masya Allah, mungkin kita terdiam, mungkin kita menitiskan air mata, mungkin kita melompat-lompat keriangan dan mungkin kita ternganga kerana terkejut melihat pemandangan yang terlalu susah untuk dihuraikan dalam karangan.

Kalau di dunia, kita mungkin akan bosan melihat pemandangan2 yang sama setiap minggu, bulan dan seterusnya. Kita berkehendak kepada perubahan dan ingin mencoba sesuatu yang diluar dugaan walaupun dengan mengadai badan. Semoga Allah menjauhkan. Jika di akhirat kelak, kita tidak akan merasa bosan dengan pemandangan2 yang ada, minuman, makanan, bidadari2 dan lelaki2 yang sentiasa muda akan sentiasa melayan mereka yang sepatutnya tanpa rasa bosan.

Jadi, adakah kita akan melihat sesuatu yang sedap di dunia dengan sesuatu yang sedapnya berkekalan? Ingatlah bahawa ni'mat yang ada di dunia tidak dapat menandingi ni'mat yang bakal kita terima kelak. Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua hidayah yang berterusan dan menetapkan kita dalam jalan diredhaiNya. Ameen

Wallahu'alam.

Read On......