Cara makan Rasulullah
Allah Dialah Maha Besar, Lagi Maha Sempurna KebesaranNya. Segala Puji bagiNya dan Maha Suci bagiNya dipagi dan diwaktu petang. ku hadapkan wajah hatiku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan yang lurus dan ku serahkan bulat-bulat uruskanku kepadaNya. ku bukanlah dari golongan orang yang musyrikin. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan ku rela diperintah olehNya dan ku adalah dari ku adalah dari golongan kaum muslimin. Dialah Tuhan mempunyai yang mempunyai sifat-sifat 99 yang paling sempurna. Tiada sesuatu pun yang akan dapat menandinginya baik di masa akan datang, masa yang telah lampau atau bila-bila. Dialah yang Maha Tinggi dan KerusiNya meliputi langit dan bumi dan rahmatNya lebih luas dari kemurkaanNya. Ku akui bahawa aku adalah antara hamba-hamba yang berjuta dan nyawaku ada digenggemannya. Tidak seorang pun yang kuasa memberi mudarat atau kesenangan kepadaku melainkan dengan kehendakNya. Dialah Tuhan Pemerhati langit dan bumi.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati baik orang Islam ataupun tidak. Kita mungkin berbicara dengan seseorang itu pada paginya dan tidak pada petangnya. Ajal adalah sesuatu perkara yang ghaib, hanya Allah yang mengetahui bila ajal seseorang itu akan tiba. Malaikat maut tidak akan berlengah daripada melakukan tugasan (mencabut nyawa) yang diberikan kepada kerana malaikat adalah mahkluk Allah yang tidak mempunyai keinginan (nafsu). Bukan seperti manusia. Kita perlu makan, kita perlu minum, kita perlu tidur dan sebagainya. Perkara yang sangat penting bagi seseorang hamba itu ialah untuk mengetahui bahawa kematian itu boleh datang dengan tiba-tiba. Sama halnya seperti bala. Apabila bala Tuhan berlaku, kebanyakan manusia akan lari berselerakan tanpa arah tuju dan dengan kekuasaan Allah, tiada siapa yang mampu untuk lari daripada kemurkaan Allah. Kita hanya mampu melihat sunatullah berlaku dihadapan kita dengan sekelip masa.
Nabi Muhammad ialah nabi yang kita sayangi dan kita sanjungi. Dialah rasul yang terakhir yang membawa peringatan kepada umatnya serta memberi khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar dalam melakukan amal ibadah dengan niat kerana Allah SWT. Nabi yang kita kasihi adalah insan yang paling sempurna dari segi tingkah laku, pembicaraan maupun dalam cara pergaulan. Baginda telah mengajarkan para sahabat-sahabat tentang kehidupan yang sebenar. Kita adalah umat Nabi Muhammad dan kita hendaklah mencoba untuk mengikuti semua perbuatan yang dilakukan oleh Nabi kita yang kita kasihi. Salah satu di antara sunnah Nabi kita yang patut kita contohi ialah cara permakanan baginda.
Masya Allah, kita hendaklah sentiasa memanjatkan puji dan syukur kepada Allah yang telah mengutus Baginda ke sekalian alam. Sepertimana yang kita ketahui, adab atau cara permakanan Nabi adalah yang tersempurna. Terdapat banyak adab-adab baginda yang mungkin kita sudah ketahui atau yang tidak kita ketahui. Di antaranya ialah, makan menggunakan tangan kanan, membaca basmalah sebelum makan, tidak gelojoh dan banyak lagi. Maha suci Allah. Bukan sahaja baginda menggunakan tangan kanan bahkan baginda menggunakan TIGA jari sahaja semasa makan iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Ada yang berpendapat bahawa menggunakan tangan tidak dapat dipakai kerana kita berada di zaman serba moden dan kita boleh menggunakan sudu dan garpu untuk menikmati hidangan. Dan lagi ada yang berpendapat bahawa sebab Rasulullah memakai tiga jari adalah kerana Baginda memakan roti dan orang melayu makan nasi.
Sebenarnya pendapat yang sebeginilah yang akan menyebabkan keruntuhan sunnah nabi kita. Ini kerana, jika sesuatu ilmu tidak diamalkan (praktikkan), ianya akan pupus ditelan zaman. Sama halnya seperti ilmu agama yang kita pelajari semasa kita dibangku sekolah agama. Siapa yang di antara kita tahu apa hukum membasuh hidung semasa berwudhu? Atau apakah hukum sembahyang seseorang jika pergerakan besar dilakukan 3 kali berturut-turut dalam satu rukun? Insya Allah, salah satu hikmah makan dengan menggunakan tiga jari adalah bagi membantu memproses makanan yang kita masukkan ke dalam badan kita. Dengan menggunakan tiga jari juga, kita akan mengawal banyak makanan yang hendak kita makan.
Tuhan telah menganugerahkan kita dengan akal fikiran agar kita bisa hidup di dunia ini dengan tidak diperbodoh-bodohkan oleh orang lain. Setiap hamba Allah telah dikurniakan dengan nikmat ini agar kita dapat membezakan baik dan buruk dan mentelaah sesuatu perkara dengan hati-hati dan tidak secara tergesa-gesa (sikap syaitan). Para ahli sains dibarat telah mendapati bahawa makan menggunakan tangan akan mempercepatkan sistem penghadaman/pencernaan makanan. Dengan kata lain, makanan yang telah masuk ke dalam badan orang itu akan cepat dicerna jika dibandingkan dengan orang yang makan ala orang barat (garpu dan pisau).
Perlu diketahui bahawa, kita hendaklah pandai menyesuaikan sunnah nabi kesayangan kita dengan keadaan dan logik akal (memakan sup bolehlah menggunakan sudu dan sebagainya). Sebagai contoh, jika hendak memakan sesuatu yang panas, Rasulullah menyarankan agar kita membiarkan makanan yang panas itu sedikit sejuk kerana makan sesuatu yang panas akan memudaratkan kita. Ini kerana meminum minuman atau memakan makanan yang panas menggelagak adalah menyerupai orang yang berada di dalam api neraka. Seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Gashiya ayat 4 hingga 5:
"Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya."
Di sini kita dapat membuat sedikit kesimpulan bahawa setiap kelakuan yang dibuat oleh Nabi kesayangan kita terdapat hikmah-hikmah yang tersembunyi. Baginda juga menyarankan umatnya untuk menggunakan tangan kanan apabila makan kerana sesiapa yang mengatakan tidak boleh menggunakan tangan kanan, maka, orang tersebut adalah orang yang bongkak. Seperti sabda Rasulullah saw:
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah saw. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata, "Aku tidak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut [HR Muslim]
Satu lagi sebab kenapa Nabi kita berpesan agar menggunakan tangan kanan ialah kerana syaitan makan menggunakan tangan kiri dan secara kelazimannya, manusia akan menggunakan tangan kiri selepas berqada hajat. Wallahu'alam. Rasulullah juga berpesan agar kita makan apa yang hampir dengan kita. Maksudnya disini, kita sehendaknya bersifat sabar dalam mengambil makanan dan hanya makan makanan yang dihidangkan kepada kita. Kita hendaklah menahan diri dari mencapai sesuatu makanan yang jauh daripada kita kerana besar kemungkinan tangan kita akan terkena atau mencecah muka orang yang berada disekitar kita. Kita juga mungkin akan disalah tafsirkan oleh orang sekeliling dengan sikap demikian. Ianya adalah seperti orang yang tidak beradab. Seperti sabda Rasulullah saw:
Selain itu, Baginda melarang umatnya mencela makanan yang tidak disukai. Baginda akan makan makanan yang digemarinya dan akan meninggalkan makanan yang tidak digemarinya. Tidak dapat dinafikan bahawa kita secara kelazimannya akan mencela mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada makanan yang tidak mencapai tahap sukaan kita bahkan ada juga mereka yang menghina makanan yang diberikan/dihindangkan. Perbuatan sebegini hanya akan mendatangkan murka Allah kerana Allah sangat benci orang yang tidak bersyukur dengan rezki yang diberikannya kepada kita. Adalah lebih baik untuk kita meninggalkan sahaja makanan yang tidak kita sukai itu dengan tidak berkata apa. Seperti sabda Rasulullah saw:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" [HR Bukhari dan Muslim]
Bagi makanan yang terjatuh pula, Rasulullah berpesan agar tidak membuang makanan tersebut tapi ambil makanan yang jatuh itu dan membuang bahagian yang kotor dan memakan yang selebihnya kerana baginda melarang umatnya meninggalkan makanan untuk syaitan yang terkutuk. Kita juga disuruh untuk mengilat ketiga-tiga jari selepas selesai makan kerana Rasulullah saw menyatakan bahawa kita tidak tahu jari mana yang ada keberkatannya. Seperti sabda Nabi:
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
Perkara yang lain yang mungkin kita selalu tidak sedari ialah semasa mengambil nasi dari periuk nasi ialah kita seboleh-bolehnya mengaut nasi dari sebelah tepi dan bukan bahagian tengah kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa keberkatan terdapat di tengah-tengah. Sama halnya semasa kita makan, kita hendaklah membiasakan diri kita untuk makan dari tepi (pinggir), 'insya Allah. Ini berdasarkan daripada hadis Nabi saw:
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" [HR Abu Dawud dan Tirmidzi]
Barangkali, perkara yang terakhir sekali yang kita mesti lakukan ialah sekurang-kurangnya membaca "Alhamdulillah" (Segala Puji bagi Allah) atau berdoa kepada Allah ke atas rezki yang diberikannya kepada kita.
Sebagai kesimpulan, janganlah kiranya kita hamba Allah yang mentauhidkan Tuhan terlalu cenderung dengan cara kehidupan orang yang bukan beragama Islam ataupun dengan kemajuan mereka kerana kehidupan yang mereka perolehi adalah nikmat yang tidak kekal (sementara) kerana walaupun mereka nampak maju tetapi mereka akan mendapat balasan yang sangat pendih nanti di akhirat. Walhal, balasan Allah kepada umat Islam yang patuh dengan perintah Allah dan mengamalkan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik dari apa yang ada di dunia.
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usah gerkan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan [Al-i-'imran: 196-197]
Oleh yang demikian, kita hendaklah selalu memerhatikan setiap perkara dan tingkah laku yang kita lakukan agar kita tidak terikut-ikut dengan kekafiran sesuatu kaum dan memastikan kita membuat semua amalan kebajikan berdasarkan ajaran dan sirah nabi kita, Nabi Muhammad saw yang tersayang.