Ajakan Kita
Assalamu'alaikum.
Manusia sememangnya bersifat pelupa dan perlu kepada peringatan yang berterusan. Seorang manusia yang benar2 sedar tentang hakikat muslim yang telah dianugerahkan kemampuan berfikir akan sentiasa mencermin diri dan memastikan bahawa setiap amalan yang dilakukan hanyalah untuk Allah. Mari perhatikan ayat dari Surah Ash Shaff ayat 7 di bawah:
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
Pengertian zalim mempunyai erti yang berlainan. Sebagai contoh, orang bukan islam akan mentafsirkan islam itu agama zalim kerana orang yang mencuri akan dipotong tangannya dan orang yang berzina akan direjam sampai mati. Bagi orang menganut ugama buddah pula, mereka akan mengatakan bahawa membunoh lembu adalah zalim dan membiarkan monyet2 merosak hasil tanaman mereka adalah perkara yang mulia.
Berlainan pula halnya dengan manusia yang mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Bagi mereka, orang2 zalim adalah orang2 yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran. Sebahagian daripada ayat2nya adalah seperti berikut:
Orang yang menyembah lembu (2: 92)
Orang yang menolak ajakan islam (61: 7)
Orang yang berpaling daripada Al Quran (6:157)
Menolak utusan Allah (16: 113)
Kaum Luth (11: 83)
Jika kita perhatikan ayat2 di atas, kita akan dapati bahawa mereka yang zalim akan ditimpakan musibah yang menghinakan baik di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh kaum luth yang telah dihancurkan di waktu suboh kerana mendustakan kebenaran yang datang kepada mereka. Walaupun telah diberi beberapa peluang oleh nabi Luth untuk bertaubat, tetapi mereka masih ingkar dan tidak peduli dengan peringatan yang datang kepada mereka sehingga mereka mati dalam keadaan yang sia-sia.
Di dalam al quran, Allah berulang kali menekankan bahawa Dia tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Orang yang tidak mahu menerima ajakan atau orang yang menyeru kepada islam dengan alasan belum sampai seru ataupun belum lagi ada tanda2nya untuk menjadi orang islam yang 100% melainkan sesuatu yang menakjubkan terjadi adalah orang yang zalim. Sepatutnya yang berlaku ialah apabila ada manusia yang mengajak kita beriman, kita sepatutnya bersyukur kerana mereka sebenarnya telah menyelamatkan kita dari api neraka.
Walaupun demikian, ada juga manusia yang lupa tujuan awal mengajak manusia. Sebagai contoh, mungkin ada yang menyangka bahawa kita mengajak manusia adalah untuk meningkatkan lagi keramaian sesebuah organisasi. Ada juga yang berpendapat bahawa kita mengajak manusia agar dia menjadi manusia yang baik dan terus baik tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada orang yang berada disekelilingnya. Dia melakukan ibadat hanyalah untuk dirinya, ingin ke syurga dalam keadaan seorang diri dan dihumbankan ke dalam neraka pun seorang diri.
Kita perlu ingat bahawa melihat keadaan manusia yang semakin jauh tersisih daripada mengamalkan ajaran islam, beribadat dan menjaga bersih kotor kain kita adalah tidak sesuai lagi. Kerana Allah tidak akan memberkati sesebuah tempat selagi di dalamnya terdapat perkara2 yang mungkar dan setiap diri adalah bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. Membiarkan dan hanya marah kepada sikap manusia yang melakukan maksiat tidak cukup untuk mengubah keadaan, apalagi beribadat mengharapkan redha Tuhan.
Sehubungan itu, di dalam surah Ar Ra'd ayat 11, Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan mengubah sesuatu keadaan sesuatu kaum sehinnga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dengan kata lain, kita tidak dapat mengharapkan perobahan dari amal ibadat yang kita lakukan tanpa usaha. Keadaan yang sama akan tetap berlaku sehinggalah kita menegur secara hikmah dan mengajak manusia untuk mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah termasuk, kerja amar ma'ruf mungkar.
Jadi, apa yang perlu kita ingat ialah kita mengajak manusia untuk mempraktikkan islam secara menyeluruh (syumul) dan hanya melakukan amalan2 yang telah diperintahkan oleh Allah dan rasulNya dan bukannya untuk menambahkan ahli ataupun pengikut yang ada di dalam sesebuah organisasi ataupun pertubuhan.
Wassalam.
Read On......