Thursday, October 23, 2008

High Up



Read On......

Manusia dan Binatang Sama?

Apakah satu perkara yang membezakan manusia dengan binatang seperti anjing, babi dan seumpamanya? Adakah kulit atau bulu mereka? Ataukah telinga? Mungkin kaki kerana binatang seperti anjing mempunyai empat kaki tapi manusia mempunyai dua kaki. Tapi apa pula halnya binatang yang tidak mempunyai kaki seperti ikan. Adakah para pembaca percaya bahawa manusia adalah sejenis binatang yang mempunyai sepasang tangan dan kaki, satu kepala yang dihiasi dengan rambut sepasang mata dan telinga dan juga mulut untuk berkata-kata?

Sebenarnya, satu perkara yang membezakan kita dengan binatang yang ialah akal. Akal memberikan kita daya untuk berfikir dan bertindak dengan waras. Seorang manusia yang melakukan sesuatu perkara tanpa akal ataupun berfikir adalah sama seperti binatang. Kerana apa? Binatang seperti kera, babi hutan dan sebagainya akan melakukan aktiviti2 harian seperti makan, minum, melakukan hubungan sejenis dengan berlainan pasangan. Mereka pula tidur dan mengatur kehidupan mereka tanpa berfikir.

Berbeza dengan binatang yang dipanggil manusia. Manusia telah dianugerahkan oleh Allah akal fikiran untuk kita manfa'atkan di dalam kehidupan kita di dunia. Di sebabkan akal, manusia boleh membuat perancangan seperti bila masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu. Pasangan yang ingin berkahwin boleh merancang di mana tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka sesuai dengan peruntukkan wang yang ada. Manusia dapat merancang pelajaran apa yang sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka pula dapat merancang berapa ramai anak yang mereka ingin miliki tanpa membebankan pasangan tersebut.

Oleh kerana kita diberikan akal fikiran, kita juga tidak terlepas daripada peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Sesetengah orang yang menyangka bahawa kita tidak akan dituntut oleh siapa2 kerana manusia diciptakan secara kebetulan. Disebabkan oleh persekitaran dan cantuman atom, terbentuklah manusia. Teori yang paling popular ialah bahawa nenek moyang kita adalah monyet. Perlu diketahui bahawa manusia TIDAK terbentuk daripada monyet kerana manusia yang pertama kali diciptakan ialah Nabi Adam yang diciptakan oleh Allah daripada lumpur hitam (tanah). Teori evolusi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu kejadian datang daripada ciptaan yang sebelumnya dan yang menciptakannya ialah bukan tuhan tapi "suatu kuasa yang tinggi". Mereka mengatakan bahawa "human nature" or "mother nature"lah yang menciptakan sesuatu. Semoga kita dijauhkan daripada syirik yang besar ini.

Salah satu perintah yang telah ditugaskan kepada manusia ialah untuk menyeru sesama manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kejahatan. Tugas ini adalah tugas yang berat bagi mereka yang merasa mereka sudah "cukup" dan ilmu yang mereka ada "barangkali" akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada api neraka. Perlu diketahui bahawa tugas ini adalah tugas para nabi2 dan adalah suatu tugas yang mulia. Sekarang coba gambarkan jika monyet2 ataupun anjing2 yang menyuruh kita untuk solat ataupun berpuasa ataupun mengeluarkan zakat, adakah kita akan faham ataupun mengikut mereka? Mungkin tidak. Jadi siapa yang akan mengarahkan kita?

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar bukan hanya tanggungjawab para nabi, para sahabat , ulama2, imam2 dan orang2 yang bertauliah tapi ianya adalah tanggungjawab bersama dan disampaikan kepada manusia baik yang beragama islam ataupun bukan. Yang penting ialah, manusia perlu berpegang teguh kepada ketetapan yang telah diturunkan oleh Allah melalui malaikai jibril kepada Rasul kita, Nabi Muhammad kerana dari sinilah kita akan mendapat nikmat menjadi manusia yang sebenar. Manusia wajib mengikut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhkan diri daripada perkara maksiat baik kecil apatah lagi yang besar. Hanya dengan berbuat demikian kita akan selamat dunia dan akhirat. Jadi..., persoalannya sekarang ialah adakah kita binatang atau manusia?

Read On......