Pengenalan (Introduction)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Read On......
Sepertimana yang kita ketahui, Islam mempunyai 5 (lima) hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kelima-lima hukum ini berkait rapat dengan apa yang kita lakukan seharian. Kita sebagai manusia yang serba kekurangan dan alpa hendaklah mengetahui dengan secara terperinci tentang hukum-hukum tersebut. Salah satu sebab kenapa saya mengambil keputusan untuk membuat artikel ini ialah demi kemashalatan kita bersama. Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya mengetahui hukum-hukum sesuatu perkara. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang direstuiNya.
Wajib ialah sesuatu yang mesti dikerjakan oleh setiap orang yang beragama Islam seperti sembahyang lima waktu. Perkara sunat ialah perkara-perkara yang dilakukan oleh Nabi kesayangkan kita Nabi Muhammad saw seperti bersiwak (berus gigi) dan membaca basmallah sebelum melakukan sesuatu perkerjaan. Perkara-perkara harus ialah sesuatu perkerjaan yang jika dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak mendapat dosa seperti seorang gadis/lelaki berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami/isteri yang soleh. Haram ialah perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Seperti perkara yang telah dilarang dalam agama Islam seperti membuka aurat, zina, judi, minum arak dan riba.
Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan[1]. Seperti makan dari mangkuk yang sumbing/pecah dan mandi telanjang. Sebenarnya, banyak perkara-perkara yang makruh yang tidak kita sedari atau jahil mengenainya. Pada pemahaman saya pula, perbuatan makruh ialah semua perkara yang dibenci oleh Allah seperti bencinya Allah kepada mereka yang menjatuhkan talak tanpa alasan yang munasabah. Kita hendaklah sedar jika kita tidak mengelak diri kita dari membuat perkara-perkara yang makruh, ianya akan memudaratkan kita. Makan dari mangkuk yang pecah/sumbing akan mendedahkan kita kepada bahaya dari termakan serpihan kaca yang ada dan sebagainya. Allah telah melarang kita daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dengan sebab. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. Allah benci orang yang menganiaya diri sendiri dan yang membuat kerosakan. Seperti firman Allah SWT:
Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan [Al-Maidah: 64. ]
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” [Al-Imran: 135].
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita sepatutnya lebih prihatin dan coba untuk menggelak daripada melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah SWT.