Tidak Boleh Memilih
Segala keberkatan, kehormatan, kebaikan dan kebajikan adalah kepunyaan Allah. Dialah yang berkuasa mengerakkan bumi di dalam putaran teratur, Dialah yang berkuasa menghidupkan sesuatu yang sudah menjadi makanan ulat dan yang sudah menjadi tanah yang reput. Allah adalah Tuhan yang Esa, kepadaNya kita menaruh harapan, daripadaNya kepada mendapat hidayah dan bimbingan. Dia menjadikan malam untuk manusia melelapkan mata selepas siang yang penuh dengan lelah demi mencari rezeki yang halal dan untuk mencari keRedhaanNya yang hakiki.
Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah). Nabi Muhammad saw, seorang Rasul Allah yang kita sayangi telah datang kepada kita untuk membawa khabar gembira kepada umatnya yang taqwa, kepada umatnya yang sentiasa patuh kepada ajaran dan peraturan Islam, menjauhi segala yang dilarang dan kepada mereka yang sentiasa berusaha untuk mendekati dirinya kepada PenciptaNya. Sebaliknya, sesiapa yang ingkar, sesiapa yang tidak peduli dengan apa yang telah disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya akan mendapat seksa yang pedih, seksa yang akan menjadi sesuatu penyesalan yang tiada batas. Mereka yang tidak mengamalkan sesuatu yang dipelajari /diketahui adalah jahil dan akan mendapat murka dari Allah. Naudzubillah (Semoga Allah menjauhkan kita darinya).
Jika kita perhatikan sekeliling, banyak kemungkaran dan maksiat yang berlaku di dunia yang fana (tidak kekal) ini baik di dalam atau di luar negeri. Barangkali, perkara yang paling ketara ialah mengenai manusia yang lalai daripada mengerjakan sembahyang lima waktu menepati waktu. Salah satu tiang Islam ialah mengerjakan sembahyang lima waktu dan perhatikanlah berapa ramai orang Islam yang mendirikannya. Salah satu lagi maksiat yang kita selalu terlepas pandang ialah menutup aurat terutama sekali bagi perempuan. Di dalam Islam, pengertian aurat mempunyai pengertian yang sangat luas sehingga meliputi suara dan cara pergaulan yang sebenar.
Perkara yang sering terjadi ialah ada di antara perempuan yang mengenakan tudong (hijab) tapi masih mengenakan pakaian yang menampakkan susuk (bentuk) tuboh badan mereka. Tidak ketinggalan juga mereka yang memakai hijab dengan sikap acuh tidak acuh (melampirkan hijab di atas kepala tapi rambut masih terkeluar). Balasan bagi perempuan yang menampakkan aurat akan mendapat seksa yang pedih. Seperti firman Allah SWT:
"Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." [Al-Baqarah: 85]
Firman Allah di atas memberi peringatan bagi mereka yang memilih-milih dalam beragama. Dengan kata lain, seseorang manusia itu patuh kepada sebahagian daripada hukum-hukum Allah seperti berpuasa dibulan Ramadhan tidak pernah tinggal tapi sembahyang hanya dibuat satu minggu sekali. Jika difikirkan lebih mendalam lagi, kita boleh mendapat bebagai pelajaran dari ayat di atas. Kita tidak boleh bersikap memilih dalam beragama kerana setiap garispanduan, tata tertib dan adab sudah disediakan untuk manusia untuk dipatuhi dan untuk dianuti.
Jadi, seseorang itu tidak akan mendapat pilihan di antara untuk bersembahyang tapi meminum arak atau, sembahyang tapi berdusta apabila bercakap. Kerana itu, kita sering kali mendengar daripada sesiapa saja bahawa Islam adalah agama yang sempurna lagi suci. Setiap jasmani, rohani, akal dan emosi kita sudah pun diajarkan oleh Islam samaada dari hadis disampaikan oleh Rasulullah ataupun dari firman-firman Allah di dalam Al Qur'an.
Read On......