Ni'mat Tuhan (Tangan)
Salah satu lagi ni’mat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah tangan. Tangan adalah salah satu anggota yang sangat penting untuk menjalani hidup kita sehari-hari. Pernahkah kita terfikir keadaan mereka yang hanya mempunyai satu tangan atau sebahagian daripada tangan ataupun langsung tidak mempunyai tangan? Tentu kita tidak mampu menggambarkannya kerana mempunyai dua belah tangan yang membantu kita menulis, melukis, membersihkan diri, menolong orang mengangkat benda yang berat dan sebagainya. Namun, apakah halnya jika kita bangun pada suatu pagi tanpa mempunyai seakan-akan ni’mat itu telah diambil dari kita? Apakah perasaan kita pada masa itu? Bagaimana pula orang sekeliling kita? Kita mungkin akan diketawakan oleh kawan2 kita kerana kita sudah menjadi orang yang cacat dan akan diherdik dan dihina tanpa belas kasihan.
Begitulah kehidupan orang yang tidak mempunyai tangan, mereka akan dihina dan dipandang rendah oleh masyarakat di atas kekurangan yang ada pada dirinya. Akan tetapi, kebanyakan daripada mereka yang tidak mempunyai tangan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk hidup tanpa pertolongan orang lain. Inilah semangat yang ada pada diri orang2 yang cacat dari segi fisikal, mereka akan berikhtiar untuk menyuap nasi ke dalam mulut mereka walaupun dengan menggunakan kaki, mereka akan sedaya melukis dan menulis walaupun dengan hanya menggunakan mulut dan mereka akan sedaya upaya untuk bermain bola jarring walaupun dengan hanya menggunakan kepala mereka. Kita patut merasa simpati kepada mereka dan muhasabah diri kita dan bertanya, “Adakah aku pernah membuat kebajikan dengan dua tanganku? Atau adakah aku sudah memanfaatkan ni’mat yang diberikan oleh Tuhan atau mengkufurinya?”
Sepintas lalu, kita tidak akan sedar bahawa setiap anggota badan yang ada pada kita adalah pinjaman daripada Allah. Seperti yang kita ketahui, pinjaman boleh dikategorikan kepada dua, iaitu barang dan wang ringgit. Mungkin kita pernah meminjam wang kepada seseorang ataupun meminjam buku dari dewan perpustakaan dengan syarat2 dan peraturan yang mesti dipatuhi. Sebagai contoh, jika kita ingin meminjam sebuah kereta, kita akan diarahkan untuk menandatangani surat yang antara lain mengandungi syarat2 meminjam kereta tersebut dengan kadar yang berpatutan. Di antara syarat2 yang mungkin terkandung di dalam surat perjanjian tersebut adalah:
1. Kereta dikembalikan dalam keadaan yang sama (sempurna);
2. Tangki minyak hendaklah penuh;
3. Kereta tidak boleh dibawa untuk berlomba haram (racing);
4. Jika mengalami kemalangan, penyewa hendaklah membayar penuh ganti rugi yang dialami bagi kereta;
5. Kereta tidak boleh ditambah barang2 tambahan (accessories);
6. Jika kereta dipulangkan lewat dari masa yang sudah ditetapkan, maka, denda akan dikenakan bagi setiap minit yang berlalu.
Jika kita perhatikan, peraturan2 diatas nampak senang untuk dipatuhi. Pada akhir tempoh pinjaman kereta, orang yang meminjamkan kita akan berasa senang hati diatas peprihatinan kita terhadap kereta orang tersebut. Jika kita berikan sedikit wang (tip) kepada yang meminjamkan kereta tadi, besar kemungkinan, orang tadi akan meloncat2 seperti monyet dijalan.
Tapi, kita perlu ingat bahawa kebanyakan daripada kita akan menjadi lupa apabila sudah mendapat kesenangan. Kita boleh lihat betapa ramai manusia yang mengalami kecelakaan, cacat dan hilang keupayaan untuk berjalan diatas kelalaian dan kealpaan mereka. Mereka akan minum benda2 haram semasa memandu, akan membuat perkara2 yang terkutuk semasa memandu, akan memandu sesuka hati tanpa menghiraukan pemandu yang lain, dan akan ketawa terbahak-bahak tanpa menyedari orang tua yang sedang menyeberangi jalan raya. Begitulah kita secara umurnya, lupa kepada Tuhan apabila diberikan 1/1,000,000.00 (anggaran) daripada kesenangan dunia.
Jadi, tangan yang dipinjamkan oleh Allah mempunyai garispandu dan polisi yang lengkap untuk kita ikuti dan kita patuhi. Kita boleh mengambil sebahagian daripada peraturan di atas tadi sebagai contoh;
1. Tangan dikembalikan dalam keadaan yang sempurna. Iaitu, kita hendaklah menjaga tangan kita daripada menjebakkannya ke dalam menyentuh perkara2 yang haram, membuat perkara2 yang haram dan membantu orang lain untuk membuat kejahatan. Kita juga perlu memastikan tangan kita dibasuh lima kali sehari (wudhu) agar tangan kita senantiasa berada dalam keadaan yang suci;
2. Kita hendaklah memastikan yang kita tidak berbuat aniaya kepada tangan kita seperti memotong salah satu jari ataupun tidak memberikan benda2 atau cairan2 yang boleh merosakkan tangan kita seperti asid;
3. Membayar ganti rugi disini bermaksud, jika kita sudah melakukan banyak perkara maksiat dengan tangan kita dan tidak bertaubat, kita akan menerima denda yang sangat pedih dan tidak tergambar sakitnya, iaitu neraka;
4. Menambah. Seperti memberikan tattoo, ditindik dan sebagainya.
Selain itu, kita hendaklah memastikan yang tangan kita sentiasa menolong orang yang memerlukan pertolongan, membantu orang2 yang miskin, membersihkan tempat2 kuburan dan memberikan sedekah baik secara sembunyi atau terang-terangan. Kita hendaklah memanfa’atkan pinjaman yang diberikan dan tidak menjadi orang yang kufur kepada ni’mat Tuhan.
Jadi, untuk memastikan kita tidak mengalami kecelakaan di dunia apatah lagi di akhirat kelak, kita hendaklah menggunakan tangan kita berlandaskan Al Qur’an dan hadis nabi. Dengan itu, bukan saja kita mendapat pahala yang tidak putus2, kita akan mendapat kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah menggambarkan yang tangan kita sebagai alat pelaburan yang akan mengaut keuntungan yang banyak dan bukan sebagai alat untuk menghancurkan diri kita dan orang yang berada disekeliling kita.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [30: 41]
Read On......