Sunday, April 27, 2008

Islam

Akhir-akhir ini kita sering mendengar berita yang sentiasa saja dikaitkan dengan islam. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah dan tidak hairanlah ianya sentiasa disebut=sebut agar kita semua sentiasa ingat tentang keberadaan Allah. Perkara yang menyedihkan tentang berita yang kita dengar ini ialah, islam selalunya dikaitankan dengan perihal pengganas, pembunohan dan ketidakadilan terutama sekali bagi kaum wanita.

Bagi mereka yang faham tentang realiti islam sebenar, mereka akan merasa marah, geram dan gelisah apabila mendapati ada media massa baik dari kaca TV, suratkhabar, majalah ataupun internet yang ingin menjatuhkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Bermacam-macam teori atau andaian yang dibuat tentang agama islam. Media barat akan mengatakan bahawa islam adalah agama penganas, islam menyuruh penganutnya untuk mengangkat pedang dan ada pula yang memandang islam sebagai agama yang menghalalkan hubugan sesama jenis. Dari internet, kita boleh cari bermacam-macam fakta-fakta yang merosakkan kemurnian islam itu sendiri.

Bukan sahaja orang bukan islam yang ingin menjatuhkan islam, hatta, penganutnya sendiri juga “berkeinginan” untuk menjatuhkan islam ataupun membuat islam lebih popular. Jika dipehatikan, hari demi hari, semakin ramai manusia yang ingin mendalami islam. Kita mendapati semakin ramai orang bukan islam mengucap dua kalimah syahdah. Tapi, perkara yang menghairankan ialah banyak pula orang islam yang suka menggadai agama mereka untuk mendapatkan keuntungan dunia atau kelazatan dunia yang penipu, murtad.

Secara kebiasaan, orang yang bukan islam akan menjatuhkan orang islam dengan menghina Al Qur’an ataupun memain-mainkan kekasih/pesuruh Allah. Mereka akan membuat artikel-artikel yang tidak betul mengenai islam. Seperti apa yang terjadi akhir2 ini. Umat islam di Palestin akan digambarkan oleh media barat sebagai pengganas atau pengebom berani mati dan sebagainya. Cuba fikirkan, jika kita berada di dalam keadaan dan kawasan yang tidak mempunyai apa-apa seperti eletrik, air, bekalan umat, makanan, kenderaan, internet dan sebagainya, ditambah lagi dengan benteng dan sekatan yang dibuat oleh para zionist, apakah perasaan kita? Adakah kita akan duduk diam dan menunggu malaikat turun dari langit untuk menolong kita? Adakah kita akan menunggu sehingga satu kuasa turun untuk menghancurkan orang yahudi? Mungkin tidak. Kita mungkin akan berusaha sedaya upaya untuk keluar tahan kampong tahanan kita sendiri walaupun terpaksa mengadai nyawa. Fikirkan!

Siapa lagi yang akan mampu menolong kita jika bukan kita sendiri? Mereka yang digelar sebagai pengebom berani mati ini sebenarnya adalah penyelamat. Mereka rela mati daripada melihat anak2 mereka mati. Mereka lebih rela ditembak oleh orang yahudi untuk mendapatkan secebis roti agar isterinya tidak mati kebuluran. Mereka lebih rela mati demi untuk mempertahankan kawasan yang hanya layak didiami oleh binatang daripada melihat para zionist mengambil hak mereka. Apakah persaan kita sekiranya, kita mempunyai adik ataupun anak yang disayangi, yang sangat haus dan menangis kerana lapas, adakah kita akan duduk diam dan melihat adik kita menangis sehingga keluar air mata darah…

Cara orang islam menghina agama Allah adalah lebih licik sehinggakan mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka itu menghina islam. Di dalam Al Qur’an, Allah berfirman:

"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah, "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?" "Tidak usah kamu minta maaf, karena kafir sesudah beriman..." [At-Taubah: 65-66]

Perhatikan ayat di atas, barangkali kita pernah menemukan beberapa keadaan di mana ayat-ayat Allah dan sunnah dimainkan. Ada yang mengatakan yang islam adalah agama yang kuno, ada yang mengatakan bahawa tidak menutop aurat tidak menjadi kesalahan, ada pula umat “islam” yang mengatakan bahawa mengikut sunnah adalah melampau. Kita tidak perlu berpanjang lebar mengenai hal sedemikian kerana terlalu banyak sudah umat islam yang terpesong daripada Qur’an dan Sunnah. Kebanyakan daripada umat islam sekarang sudah cenderung dengan kehidupan orang2 barat yang syok! Mereka merasa apa yang dilakukan orang kafir adalah yang terbaik dan boleh membuatkan mereka hip. Mereka lebih rela mengikut cara orang kafir berpakaian, mereka lebih cinta kepada para penyanyi dan pelakon barat lebih daripada diri mereka sendiri. Mereka lebih sayang dan rindu untuk berjumpa dan memeluk dan mencium pujaan hati mereka lebih daripada keinginana dan kerinduan mereka untuk bersua Nabi kesayang kita, Nabi Muhammad di padang mashyar kelak..

Jadi, kita perlu memberikan kesedaran kepada diri kita sendiri dan orang-orang yang berada disekeliling kita agar tidak termakan dengan berita2 yang dipaparkan di dalam media massa dan sentiasa mengenangkan nasib dan musibah yang ditimpa oleh umat islam, bukan sahaja di Palestin bahkan di seluruh dunia.

Di suatu ketika dahulu, Islam pernah berada dipuncak gemilang, Manusia dipelusuk dunia datang, Untuk merasakan kehebatan islam, tetapi puncak kegemilangan itu jatuh, disebabkan kelalaian dan kealpaan umatNya, Mereka lalai dengan teknologi, Mereka lalai dengan jual-beli & anak isteri, Semasa mereka berada dipuncak, Mereka lupa untuk mengikat tali yang kencang.Yang boleh membuatkan islam itu tetap pada tempatnya. Tanpa ikatan yang kencang itu Musuh islam datang satu persatu, Dari belakang pintu & dari dari jendela mereka masuk Lalu dengan perlahan, islam jatuh dengan perlahan, Sehingga pemerintah khalifah hanya tinggal sejarah Sejarah islam pasti berulang sehingga ianya menjadi sebutan setiap manusia yang dahulunya mempersendakan islam.

Wallahu’alam.

Read On......