Malam menjadi siang, siang menjadi malam
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [3: 190-191]
Waktu mengajar kita menjadi lebih matang, pengalaman mengajar kita lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu dan sejarah mengarahkan kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Daripada ayat di atas, Allah menerangkan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang Dia ciptakan mempunyai hikmah disebaliknya.
Yang Maha Kuasa telah menciptakan malam khas untuk merehatkan badan selepas penat mencari kurnia Allah dimuka bumi. Malam yang Allah ciptakan adalah sebahagian daripada kurnia Allah yang indah kerana tanpa malam, kita mungkin akan kenal erti malam. Begitulah seterusnya sehingga hari kiamat. Allah yang telah menciptakan manusia daripada setetes air mani yang disimpan di tempat yang kokoh tahu bahawa manusia memerlukan rehat. Jesteru, Allah telah menciptakan keadaan malam dengan begitu sempurna sekali dengan keadaan yang gelap dengan sedikit bintang-bintang yang berkelipan dan awan2 yang membuatkan kita merasa nyaman. Di tambah lagi dengan angin yang bertiup dengan lembut membuatkan manusia terasa ingin tidur sepanjang malam. Semua mahkluk yang Allah ciptakan akan mengambil kembali tenaga mereka melalui tidur. Bahkan, setiap makhluk jika kita perhatikan akan rehat. Ayam akan berehat ditempat teduh yang ada, kucing akan memanaskan badan mereka di atas enjin kereta, burung2 pula akan kembali ke sarang mereka dan memberikan makanan2 yang diperolehi kepada anak2nya.
Tapi ada satu perkara yang menghairankan. Orang yang bukan islam akan menjadikan malam sebagai malam untuk berpesta ria. Di waktu inilah mereka akan “minum” dan akan melakukan perkara2 yang diharamkan dalam agama. Mereka akan menghabiskan masa mereka dikelab-kelab malam dan ianya akan berlarutan sehingga ke waktu suboh. Hatta, orang islam sendiri pun “pandai” mengikut trend yang dilakukan oleh orang2 barat di mana mereka akan duduk sehingga tengah malam bercakap tentang benda2 yang tidak mendatangkan manfa’at. Mereka menganiaya hati mereka dengan melihat wanita2 yang berpakaian separuh bogel dan membiarkan mata mereka liar memerhatikan gelagat manusia berkelakuan seperti tidak kenal erti malu dihadapan mereka. Mereka ini melakukannya dengan penuh semangat; ketawa dengan nada yang paling nyaring dan pakaian yang paling menarik perhatian. Apa yang sudah jadi dengan keadaan orang2 islam sekarang? Mereka sudah menjadi ekor kepada badan orang barat. Besar kemungkinan, jika orang yang bukan islam menyuruh mereka untuk berlagak seperti seekor kera, mereka akan membuatnya tanpa was2…
Allah telahpun menetapkan rezki bagi setiap kita dengan had2 yang tertentu. Ketentuan ini adalah sesuatu yang hanya Allah yang mengetahui adalah untuk mencarinya adalah tugas kita. Di waktu siang, selepas merehatkan badan kita, Allah telah mengarahkan kita untuk mencari kurniaNya di atas muka bumi dengan syarat iaitu dengan tidak membuat kerosakan di muka bumi Allah. Kita perhatikan sahaja disekeliling kita, begitu banyak manusia yang membuat kerosakan tanpa pengetahuan dan dengan pengetahuan. Maksud merosakkan disini bukan sahaja memotong pokok2 dan meratakan bukit bukau tanpa sebab, ianya juga bermaksud membuat kerosakan kepada majikan kita ataupun kepada orang atau benda yang berada disekeliling kita. Kerosakan adalah sesuatu yang akan membuatkan seseorang tidak merasa senang dengan perbuatan kita. Sebagai contoh, kita mungkin pernah mengambil masa pejabat untuk minum pagi. Minum pagi tidak menjadi masalah selagi masa yang digunakan tidak berlebihan. Bagi mereka yang bekerja, coba perhatikan berapa ramai mereka yang minum pagi hampir satu jam. Perkara ini adalah satu satu daripada penyalahgunaan masa kerana gaji yang kita terima setiap bulan bukan untuk kita duduk satu jam sehari untuk minum pagi dan satu jam minum di waktu petang. Setiap diri kita, semasa pertama kali melangkahkan kaki kita di sekolah ataupun tempat kita bekerja, dari saat itulah kita memikul amanah; sesuatu yang tidak bisa ditanggung oleh makhluk selain manusia..Jadi, waktu siang hendaklah kita gunakan untuk mencari rezki yang halal kerana dengan duit yang bersih masuk ke akaun kita setiap bulan, berkah daripada hasil mata pencarian kita itu akan nampak dan kita akan selalu merasa cukup (qana’ah) dan tidak memerlukan bantuan siapa2. Sebaliknya, kita akan tahu rezki yang kita terima itu tidak berkat jika duit yang baru kita terima sudah habis seminggu selepas gaji keluar.
Orang mungkin akan mengatakan bahawa duduk di dalam pejabat ataupun sekolah tanpa melakukan apa2pun sudah cukup. Sebenarnya, fikiran sebeginilah yang akan membuat syaitan gembira kerana dengan bertindak sedemikian ianya akan membuat seseorang itu malas dan akan merasa apa yang dilakukannya sudah cukup dan tidak perlu untuk melakukan lebih. Terdapat sebuah kisah di mana ada seorang hamba Allah yang mengatakan, ada 3 orang jenis manusia di dunia ini. Orang yang pertama, jika dia menetap di sebuah kampung, kampung tersebut akan menjadi sebuah bandar. Orang yang kedua, jika dia menetap di sebuah kampung, kampung tersebut akan mejadi kampung juga. Dan orang yang ketiga, jika dia menetap di sebuah kampung, kampung tersebut akan menjadi tempat pembuangan sampah..
Analogi di atas mengambarkan kepada kita bahawa orang yang pertama adalah orang yang bisa membuat perubahan iaitu perubahan yang positif. Orang yang kedua pula ialah mereka yang tidak mendatangkan apa2 kebaikan pun di dalam masyarakat. Orang yang ketiga pula ialah orang yang hanya menyusahkan ataupun merosakkan keadaan yang sudah ada..
Akan disambung, dengan izin Allah..

No comments:
Post a Comment