Monday, May 14, 2007

Dari Hati Ke Mulut

Semoga Tuhan melimpahi kekayaanNYA kepada kita semua,

Sebagai hamba Allah yang kerdil, kita sepatutnya merasa gerun dan takut akan keagunganNYA. Tuhan boleh membuat apa saja terhadap kita dan kita sebaliknya hanya boleh berharap dan bergantung kepadaNYA. Surah Al-Ikhlas adalah yang surah yang terbaik bagi tujuan tersebut..

"Katalah, Dialah Allah, Tuhan yang Esa;
Tuhan yang tempat bergantung segala sesuatu/maksud;
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
Tiada ada suatu pun yang setara dengan Dia.


Berdasarkan dari Surah di atas, kita sepatutnya akur akan kebesaran Ilahi kerana kepadaNya lah kita akan dikembalikan dan hanya kepadaNya lah tertumpu maksud dan harapan. Walaupun demikian, ada segilintir dari masyarakat kita yang masih lagi jahil tentang Kekuatan Allah. Cakap TIDAK BOLEH SEBARANG CAKAP kerana apa yang kita perkatakan akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Kalau kita hendak sesuatu kita minta pada Allah bukan kepada Manusia kerana manusia sebenarnya wahai kaum yang berfikir TIDAK DAPAT MEMUDARATKAN atau mendatangkan KEBAHAGIAAN, Allah lah yang memberi rumah besar, kereta mewah, isteri solehah, anak yang soleh, iman yang teguh, keperibadian yang mulia, dan seterusnya dan Tuhan juga yang memberi kita hujan batu (kerana murka terhadap kaum yang zalim), gagal dalam peperiksaan, kemalangan, kehilangan, kematian dan sebagainya. Tetapi ingat kita tidak boleh marah kepada Allah kerana itu adalah kehendakNYA.

Sebagai contoh, kalau sekiranya kita membeli buah yang luarnya tampak baik, tetapi semasa dibelah, didalamnya buruk dan tidak boleh dimakan, kita sepatutnya tidak boleh menyumpah buah atau orang yang berjual buah tersebut kerana jika kita berbuat demikian, kita dengan tidak secara langsung, mengeji Allah, nau'dzubillah. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah salah satu cabang Iman ialah percaya kepada Qadha' dan Qadar Allah.

Ingatlah bahawa apa saja yang berlaku walau kecil ataupun besar ada hikmah yang terselit.

Oleh itu, kita hendaklah bersyukur (Alhamdulillah) apabila kebaikan melimpahi dan mengucapkan (hanya kepada Allah lah aku akan dikembalikan..Laa hau la walaa..) apabila berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak sukai)

Cakap mestilah berpandukan hati bukan nafsu. Wallahu'alam.



Read On......