Jaga Dari TID0R
Pernahkah kita menegur ataupun memberi nasihat kepada ibu bapa, saudara, kawan-kawan dan juga orang yang tidak kenali untuk berhenti melakukan sesuatu perkara? Kita mungkin pernah menegur ibu bapa kita untuk tidak mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada adik beradik mereka. Kita mungkin pernah menegur sepupu kita supaya berhenti melihat porno ataupun menyuruh mereka untuk mengenakan hijab semasa keluar rumah. Apapun jua jenis teguran ataupun nasihat yang berguna yang kita lakukan, kita sebenarnya, walaupun tanpa kita sedari, sudah memainkan peranan sebagai penyambung lidah Nabi kesayangan kita, penyelamat umat.
Nabi Muhammad, manusia yang paling agung telah mampu mengerakkan hati2 yang dahulunya keras seperti batu menjadi cair seperti air yang meluncur dari puncak gunung yang tinggi. Mereka yang menerima apa yang disampaikan oleh baginda merasa seakan-akan kehidupan mereka menjadi tenang sehinggakan musik dan melancong keluar negeri tidak perlu. Bagi mereka cukuplah sudah Al Qur’an menjadi penenang hati mereka.
Mereka tidak perlu melihat filem-filem hindustan untuk mengeluarkan air mata mereka kerana qalam Allah sudah cukup untuk menitiskan air mata mereka kepada nasib yang bakal mereka terima nanti di akhirat kelak. Dalam keadaan yang sayu sepi, Surah Mursalat yang dibaca sudah cukup untuk mengingatkan mereka kembali kepada nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Mereka yakin dengan pertemuan dengan Tuhan mereka dan oleh itu persiapan yang rapi rancak dibuat untuk memastikan setiap diri mendapat redha yang lebih berharga daripada batu permata seberat 2 kilo.
Kehidupan seorang manusia di dunia perlu kepada peringatan kerana tanpa peringatan, kita kemungkinan akan menyusur lebih jauh lagi ke arah yang akan membuat hati kita remuk dan tulang rusuk kita bertembung menjadi satu. Teguran dan nasihat adalah berguna bagi orang2 yang berakal dan hanyalah menjadi bahan ejekan dan membuatkan mereka yang mempunyai ego marah (kesombongan) dalam kejahilan. Dan perumpamaan orang yang menerima nasihat adalah seperti orang yang hampir2 di baham api yang akhirnya selamat dikeluarkan
Bayangkan keadaan seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas sebuah tilam yang empuk di dalam bilik yang berbackgroundkan lagu instrumental dan bunyi air yang boleh membuat seseorang merasa seakan-akan mereka berada di sebuah tasik. Di bilik juga terdapat majalah2 dan dvd-dvd yang berunsurkan zina. Dalam masa yang sama, keadaan luar rumah sudah dipenuhi dengan api yang sudah memakan sebahagian daripada rumah tersebut.
Ahli keluarga lelaki berkenaan sudahpun selamat dikeluarkan dan yang tinggal hanyalah lelaki yang sedang nyenyak tidur tadi. Disebabkan oleh kuatnya dan panasnya api yang membakar, ibu ayah, adik beradik, jiran2 termasuklah pasukan penyelamat hanya mampu menyelamatkan lelaki tadi dengan memanggil namanya dan berteriak “API! API!” beberapa kali. Namun, lelaki tersebut tidak juga sedar2 dari tidurnya sehinggalah kedengaran suara manusia meronta-ronta kepanasan meminta tolong…
Kejadian di atas sebenarnya mengambarkan kehidupan kita di dunia. Kita sekarang sedang tidur dalam sebuah mimpi yang panjang. Persekitaran kita membuatkan kita tidur lebih lena. Musik dan dendangkan lagu yang mengasyikan membuat kita lupa tentang firman Allah dan segala percakapan dan perbuatan nabi kesayangan kita, kita pandang sebelah mata sahajar. Ingatlah, wang yang berjuta, isteri yang jelita tapi tidak beriman langsung tidak akan mendatangkan manfa’at bahkan hanya akan menambah beban kepada kita di akhirat kelak.
Kita sudah jauh hanyut dibuai mimpi ini sehinggakan kita tahu peduli nasib saudara2 islam kita yang berada di tempat yang telah ditadirkan oleh Allah tempat jihad sehinggalah hari kiamat Kita merasa kita tidak perlu khuatir tentang kemiskinan yang menimpa orang2 islam dan musim sejuk yang mereka hadapi. Samada mereka mempunyai baju tebal, tutop kepala dan kasut untuk memanaskan badan mereka yang bukan sahaja merasa dingin bahkan ditambah lagi dengan kelaparan adalah tanggungjawab orang2 yang berkuasa. Aku..."Aku hanya mampu memberikan sekalong doa…”
Sikap kita yang tidak kisah kepada keadaan sekeliling akan menyebabkan kita hancur di dalam kehinaan yang amat sangat nanti. Kita tidak akan sedar selagi kita merasa kita lebih baik daripada yang memberi nasihat Kita tidak akan sedar selagi kita merasa lebih kaya ataupun lebih berilmu daripada orang tadi. Ketahuilah, orang yang sebegini, sedar atau tidak, telah manjadikan nafsu sebagai tuhannya..naudzubillah.
Manusia akan bangun apabila teguran ataupun nasihat diberikan kepada mereka diterima walaupun berat. Di saat itulah mereka baru sedar kesilapan yang mereka lakukan. Mereka seakan-akan seperti orang yang baru bangkit dari kubur lalu melihat keadaan sekeliling yang diubah seperti sampah yang dibiarkan selamat beberapa bulan lamanya. Tapi, kita perlu ingat, nasihat yang diterima tidak akan berkekalan lama kerana manusia jika dikelilingkan oleh persekitaran yang sama, akan masih terbuka kepada dorongan jahat syaitan.
Persekitaran yang sama disini bermaksud, kita tidak akan dapat merobah diri kita selagi kita tidak berpindah ataupun menukarkan benda2 yang telah menyebabkan kita melakukan maksiat di suatu ketika dulu. Sebagai contoh, jika kita mempunyai kawan2 yang selalu bergossip ataupun mengumpat, kita perlu mencari kawan2 baru / lain kerana disebabkan kawan2 yang kuat bergossip itu tadi, kita pun sama macam mereka. Ingatlah, masih banyak lagi mereka yang mempunyai sifat islami, kita hanya perlu mencari di tempat-tempat yang bersesuaian. Asalkan kawan2 baru tadi bukan aliran sesat. Sebenarnya, kawan yang baik adalah mereka yang sentiasa menegur kita walaupun kadang2 OUCH kerana mereka inilah orang yang cuba menyelamatkan kita daripada dibakar oleh api tadi walaupun mereka tidak meminta bayaran.
Jadi, apabila kita bangun, cobalah sedaya upaya untuk bangun. STAY AWAKE! kerana besar kemungkinan, nasihat kawan kita tadi akan membawa kita ke syurga. Jazakallah/Jazakillah kepada yang memberi peringatan dan yang mencegah dari kemungkaran. Allah Maha Besar!
Ataukah kamu meminta upah kepada mereka....(Al Qalam:46)
Read On......