Sunday, May 27, 2007

Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang



Segala puji-pujian adalah hak Allah.

Kita sebagai hamba-hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya hendaklah menjaga setiap amal ibadat yang kita kerjakan agar Allah sayang kepada kita dan menerima semua kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan sehari-hari. Sepertimana yang kita ketahui, sembahyang ialah salah satu rukun Islam yang lima dan hukumnya adalah wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam yang sudah memenuhi syarat2 yang tertentu. Sila tekan disini untuk melihat syarat2nya.

Alhamdulillah, banyak orang yang sembahyang/solat tetapi besar kemungkinan ada diantara kita yang tidak tahu atau lupa apa yang membuatkan sembahyang kita itu batal, yakni tidak sah. Ini kerana perkara2 yang membatalkan sembahyang hanya kita pelajari semasa kita masih kanak2 iaitu semasa kita berada disekolah ugama. Perlu diketahui bahawa jika solat kita tidak sah, maka, bagaimana mungkin Tuhan akan redha dengan kita? apa lagi cinta kepada kita. Oleh sebab itu, jika kita perhatikan banyak orang yang sembahyang tetapi tidak mampu mencegah diri dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Seperti sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa yang solahnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar maka solahnya itu bukanlah solah sebenarnya." [HR Imam Ibnu Abi Hatim]

Dengan itu, mari kita perhatikan samaada kita pernah melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang atau tidak:

1) Salah satu rukun sembahyang tidak dilaksanakan, atau ditinggalkan dengan senghaja. Jika antum ingin mengetahui apakah itu rukun sembahyang sila tekan sini

2) Berhadas
3) Terkena najis yang tidak dimaafkan
4) Berkata-kata dengan senghaja walaupun dengan satu huruf yang memberikan pengertian
5) Terbuka auratnya, senghaja atau tidak
6) Mengubah niat, misalnya ingin berhenti solat
7) Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan sekali yang bersangatan
8) Membelakangi qiblat
9) Menambah rukun yang berupa perbuatan, seperti rukun dan sujud
10) [Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.di petik dari [http://al-azim.com/]
11) Mendahului imam dua rukun
12) Murtad (keluar dari Islam) walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi. [tambahan dari al-azim.com]

Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah SWT, amin.

Wallahu'alam.



No comments: