Saturday, May 26, 2007

Harum Vs Berbau (bau asem/mulut..)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kebersihan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; zahir dan batin. Kebersihan zahir ialah kebersihan yang boleh kita lihat dengan mata kasar seperti baju, seluar, kasut sebagainya. Kebersihan batin ialah kebersihan yang tidak dapat dilihat dengan padangan mata kasar seperti hati. Islam mengajar umatnya untuk mengambil tentang kebersihan kerana kebersihan itu mendekatkan kita kepada Allah kerana Allah itu bersifat suci, suka kepada kebersihan.

Kebersihan boleh menyebabkan seseorang itu disukai. Ini kerana jika seseorang itu sentiasa mengambil berat tentang kerbersihan dirinya, orang yang berada disekelilingnya akan berasa mesra dan senang bila berinteraksi. Akan tetapi, kita perlu berwaspada kerana dizaman moden yang serba canggih ini, kita akan berjumpa dengan orang yang perpakaian mengalahkan tokeh jual pasir atau batu kelikir kerana orangnya mungkin bersikap sombong, angkuh, ria dan berbagai lagi penyakit hati yang mengheret orang itu masuk ke dalam neraka jahannam. Seperti firman Allah SWT:
Janganlah kamu berkelakuan sombong terhadap manusia, dan janganlah juga kamu menjelajah dimuka bumi dengan bermegah megah. Sesungguhnya Allah tidak suka orang orang sombong yang menunjuk nunjuk. [Luqman: 18]

Satu perkara yang mesti kita ingat lagi, orang yang berpakaian selekeh (tidak teratur) tidak bermakna orang itu hatinya busuk. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah orang yang tidak bersih (kotor), besar kemungkinan akan membuat seseorang tidak merasa senang dengan keadaannya, baunya, kuku yang bertahi/panjang, dan sebagainya. Kita perlu mengingat bahawa para malaikat tidak suka orang yang tidak harum (berbau), apalagi semasa menghadap Tuhan (sembahyang). Seperti sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang memakan bawang putih, bawang merah, dan makanan tidak sedap lainnya, maka jangan sekali-kali ia mendekati (memasuki) masjid kami, oleh karena sesungguhnya para malaikat terganggu dari apa-apa yang mengganggu manusia.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Jadi, hukum orang yang sembahyang didalam keadaan berbau adalah makruh seperti hadis diatas. Antara sebab lain kenapa ia makruh ialah, ia akan membuat orang sekeliling kita tidak senang terutama sekali semasa berada dalam jemaah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam, hendaklah memastikan yang kita sentiasa dalam keadaan bersih agar Allah sayang kepada kita, insyaAllah.

Wallahu'alam

No comments: