Sunday, May 27, 2007

Azan dan Iqamah (Mesti baca)

Semoga Tuhan sentiasa melimpahi rahmat, keselamatan dan berkahNya kepada kita semua. Dengan izin Allah jua, kita masih mampu bercakap, menulis, berjalan, makan menggunakan tangan, melihat, mendengar, ketawa dan bernafas dengan tidak menggunakan alat bantu. Masya Allah, keadaan dunia sekarang sebok dengan pembangunan yang pun pesat; bangunan baru banyak dibuat; jalan2 dirombak dan diperbaharui; semakin banyak kedai yang dibuka; padang untuk bermain bola dan futsal juga tidak lupa dibina. Itulah namanya rahmat Tuhan yang sentiasa mengawas gerak geri kita dan melihat sama ada kita bersyukur atau kufur terhadap ni'mat yang diberikannya.


Allahu Akbar (Allah Maha Besar) X2, ...Itulah yang kita sering dengar apabila saja masuk waktu untuk menunaikan kewajipan. Apa yang menyedihkan ialah apabila saja azan dilaungkan, kebanyakan orang yang ana perhatikan tidak begitu 'hirau' akan panggilan itu sedangkan itu adalah seruan itu menyeru umat yang beragama Islam untuk meninggalkan dunia dan pergi menghadapnya. Jika kita berada ditempat membeli belah dan kedai2 besar, kita akan hanya mendapati sedikit sahaja yang 'menjawab' (menyahut) azan itu. Ana pernah mendengar yang apabila azan dikumandangkan..

syaitan akan membunyikan bunyi seperti trumpet atau "teriakan" agar orang tidak dapat mendengar azan...(Ana minta maaf kerana tidak dapat menyatakan dari mana ana mendengar fakta ini)Walaupun demikian, perkara ini seakan-akan berlaku dimana-mana. Banyak kedai-kedai "modern" akan memasang lagu yang rancak sehinggakan orang sekeliling tidak tahu waktu sudah masuk. Seperti sabda Rasulullah saw:

Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. [heard from somewhere]

Kita perlu ketahui bahawa Syaitan laknatullah ada dua jenis; manusia dan jin. Didalam surah An-Naas, Allah SWT berfirman:

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. [2] Yang Menguasai sekalian manusia.
[3]
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
[4] Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
[5]
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
[6]
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


Oleh yang demikian, walaupun hukum menjawab azan itu sunat, setidak-tidaknya kita
hormati azan kerana jika bukan kita, orang yang beragama Islam, siapa lagi?

Semoga Tuhan memudahkan kita melafazkan kalimah
Laa ilaa ha ill lallah semasa maut mendatangi...

No comments: