Tuesday, May 29, 2007

Aku sudah beriman

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadirat Ilahi yang telah memberikan kita ni’mat yang tidak terkira banyaknya. Salam, rahmat dan berkahNya juga kita panjatkan kepada Nabi Muhammad saw. Dewasa ini, kita sering mendengar tentang anasir-anasir jahat yang coba untuk meruntuhkan agama Islam yang suci lagi murni ini. Baru-baru ini ada seorang fasik/kafir yang mendakwa dirinya sebagai tuhan dan orang itu sangat bangga dengan peng’istirahan’nya itu. Astaghfirullah. Semoga Tuhan mengampuni semua kesalahan yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.

Jarang sekali kita mendengar orang yang berdakwa dirinya sudah beriman. Kerana ungkapan tersebut sangat susah bagi kita untuk mencapai dan barangkali kerana tidak ada yang ‘cukup’ yakin dengan keadaan imannya yang sebenar. Iman seseorang itu hanya Allah SWT yang tahu dan kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan berdoa agar kita dikategorikan sebagai orang-orang yang beriman. Banyak hadis-hadis sahih yang mengatakan tentang iman. Barangkali, hadis yang paling mashyur yang selalu kita dengar ialah “tidak beriman, seseorang sehingga ia mencintai aku (Rasulullah) lebih daripada ia mencintai dirinya, isterinya, keluarganya.”. Kita cakap kita cinta tapi adakah kita tahu apa erti cinta yang sebenar?

Islam telah menyediakan garispandu untuk mencapai tujuan tersebut. Akidah seseorang Islam tidak akan lengkap selagi dia belum dapat menguasai rukun iman dan dengan rukun Islam. Rukun Islam dibahagikan kepada 5 dan rukun Islam dipecah kepada 6 cabang. Adakah kita tahu apa cabang-cabang iman itu? Kalau jawapan ya, alhamdulillah dan jika tidak, kita wajib dan hendaklah berusaha untuk mempelajari dan mendalami perkara yang enam itu. Sekarang, mari kita perhatikan cabang-cabang iman itu:

1) Beriman kepada Allah

2) Beriman kepada nabi-nabi

3) Beriman kepada qadha’ dan qadar

4) Beriman kepada malaikat

5) Beriman kepada kitab-kitab Allah

6) Beriman kepada hari akhirat

Sesugguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT seperti firmanNya di dalam surah Al-:

“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-sempurnakan buatmu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu”. [Al-Maaidah: 3]


No comments: