Wednesday, April 8, 2009

Produk: Islam

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah Azza Wa Jalla kerana di atas kasih sayang dan rahmatNya jua, kita masih berada dalam keadaan yang sehat dan masih lagi mampu mengerakkan jari jemari, mata, telinga, mulut dan terutama sekali akal kita demi untuk memikirkan keagungan ciptaan Allah yang tiada tandingan dengan ciptaan manusia.

Kita ucapkan salam kesejahteraan kepada nabi yang kita sering rindui dan kita kasihi, nabi Muhammad, keluarga serta sahabat2 baginda dan mereka yang sentiasa berusaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Manusia dan jin telah diciptakan oleh Allah hanyalah untuk patuh, tunduk dan akur dengan perintah Allah. Untuk mematuhi apa yang disuruh oleh Allah dan bukan saja menjauhi tetapi membersihkan diri kita daripada perkara2 ataupun amalan2 yang bertentangan dengan kehendak Ilahi.

Kita perlu sentiasa bersyukur kerana kita masih mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Kita mungkin tidak perasaan bahawa satu nikmat yang Allah berikan kepada kita ialah nikmat menjadi seorang manusia yang menganut agama islam, satu-satunya agama yang diredhai oleh.

Jika kita perhatikan, masih banyak lagi manusia yang terombang ambing dengan maksiat dan banyak di antara mereka yang masih menyangka bahawa kehidupan di dunia ini adalah kehidupan yang hakiki dan tidak percaya kepada kehidupan akhirat. Orang2 yang tidak suka kepada ajaran yang di bawa oleh nabi Muhammad akan coba untuk merosakkan lagi manusia yang masih lagi tidak sedar ini dan mereka juga akan sedaya upaya untuk merosakkan aqidah dan akhlak orang islam sendiri.

Orang islam sendiri kadang2 tertipu dan termakan dengan tipu helah yang direka oleh musuh2 Allah. Mereka akan mencipta sesuatu benda yang akan membuat kita kadang2 lalai daripada mengingat Allah dengan apa jua cara. Kita lihat berapa ramai manusia yang dilalaikan oleh drama2, filem2, novel2, permainan komputer, membeli barang2 yang tidak perlu dan sebagainya. Tanpa kita sedari, banyak daripada adik2, abang2, ibu dan ayah kita terpersona dengan benda2 yang diciptakan oleh manusia sendiri.

Yang menyedihkan, mereka tidak pula terpersona dan menghabiskan masa mereka memikirkan apa yang diturunkan oleh Allah dan apa yang telah diciptakanNya. Kita dapat menyalahkan siapa2 kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah di atas kehendak kita sendiri dan jika bukan kerana paksaan dan lupa, maka Allah akan menuntut kelalaian kita suatu masa nanti.

Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bawah tugas untuk menyedarkan orang yang masih leka, lalai dan tidur adalah satu kerja yang berat dan ianya perlu kepada displin diri yang tinggi, semangat yang tidak utuh, keyakinan yang tidak akan pudar dan keperibadian yang sempurna baik dari akhlak, kefahaman dan aqeedah.

Bagaimana kita akan dapat memastikan orang yang kita ajak akan mendengar cakap kita? Jika kita lihat dalam seerah nabi kesayangan kita, sebelum wahyu yang pertama diturunkan, orang2 di Mekah tahu bahawa nabi Muhammad adalah seorang manusia yang dipercayai, tidak pernah berdusta, amanah, peramah, suka menolong orang yang susah, tidak pernah mengikut sesuatu amalan tanpa usul periksa dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, walaupun penyebaran islam semasa diperiod Mekah hanya terdiri daripada beberapa orang terdekat seperti isteri, sepupu dan sahabat2 nabi yang terdekat, tapi sesudah nabi berhijrah ke Madinah, ramai manusia yang berlomba-lomba ingin masuk agama islam kerana keadilan, keaslian, kesatuan, keharmonian dan lain2 faedah yang dapat diraih daripada menganut agama islam.

Perlu diketahui bahawa nabi dan para pengikut-pengikutnya bukan hanya menyebarkan islam dengan berceramah dikhalayak ramai, akan tetapi, mereka melakukannya dengan cara memberi contoh yang sepatutnya. Mereka akan mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan rasulNya. Mereka akan berbuat baik kepada jiran mereka, menolong orang yang ditindas dan dicerca, mereka akan bersikap lembut kepada orang miskin, anak yatim dan yang fakir dan sebagainya.

Nabi dan para sahabat tahu bahawa untuk mengajak manusia kepada Allah, mereka hendaklah terlebih dahulu membeli islam itu sendiri. Mereka bukan masuk kerana terpaksa tapi mereka masuk islam kerana mereka tahu bahawa hanya dengan islamlah mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.

Cuba kita lihat keadaan seorang yang mempunyai idea untuk membuka sebuah bisnes. Walaubagaimana pun, orang tersebut tidak mempunyai modal untuk memulakan bisnes tersebut. Jadi, orang tersebut terpaksa menyediakan berapa yang diperlukan, kos2 permulaan, pulangan yang akan didapati hasil daripada perniagaan setiap bulan dan sebagainya.

Selepas selesai, sebuah proposal yang lengkap akan dihadapkan kepada bank akan yang memberikan modal kepada orang tadi. JIKA sekiranya pegawai bank tersebut yakin bahawa idea yang hadapkan untuk meyakinkan, maka, insya Allah, orang tersebut sekarang sudah mempunyai wang untuk mula bergerak.

Begitu juga dengan islam, bagaimana kita akan mampu menjual sesuatu barang jika sekiranya kita sendiri tidak membelinya? Islam adalah satu cara hidup yang lengkap yang sepatutnya menjadi panduan dalam hidup kita. Siapa lagi yang sepatutnya menjadi modal kita, selain daripada Nabi Muhammad yang telah mampu "menjual" islam kepada seluruh umat manusia.

No comments: