Friday, March 13, 2009

3 Perkara

Sahabat2 nabi telah diberikan oleh Allah kesempatan untuk dididik oleh manusia yang menjadi buah percakapan manusia sejak baginda dilahirkan sehinggalah ke hari ini. Keberkesanan nabi Muhammad dalam membentuk keperibadian setiap sahabat telah menghasilkan seorang hamba Allah yang bukan sahaja tidak kenal penat lelah tetapi masih berpegang teguh kepada kalimah shahadah walaupun terpaksa mengharungi kepanasan, kepedihan, kematian keluarga dan kerosakan harta benda.

Orang2 seperti bilal adalah salah seorang sahabat yang diangkat darjatnya oleh Allah walaupun dia seorang hamba berkulit hitam. Disebabkan keutuhan iman yang melekat pada dada, dia rela kepada hambatan2 dan seksaan2 yang menimpa dirinya. Dilalui setiap kesakitan dan keperitan tanpa keluh kesah, tanpa sesal. Bahkan, disebabkan cobaan yang ditimpakan kepada beliau, iman beliau semakin bertambah dan air mata yang berlinangan bukanlah air mata simpati, akan tetapi, itulah air mata iman yang dibuahkan dari hati yang betul faham maksud mengucapkan kalimah "Laa Ilaa Ha Ill Lallah".

Manusia yang tidak tahu bahasa arab mungkin tidak akan faham erti yang tersirat di dalam kalimah tersebut tapi bagi orang arab, inilah maksud pengabidan secara total. Manusia biasa seperti kita hanya akan memandangkan kalimah tersebut sebagai ritual dilakukan semasa kita sembahyang dan bukan semasa kita hidup di luar sembahyang. Disebabkan itulah orang 2 jahiliah di zaman nabi sangat tidak suka kepada ajaran yang dibawa oleh nabi kesayangan kita, nabi Muhammad.

Makna mengucapkan kalimah syahadah merangkumi setiap aspek kehidupan kita sehari-hari tanpa mengira tempat, masa dan keadaan, bukan saja semasa solat, puasa dan sebagainya. Para sahabat faham risalah yang dibawa oleh Rasulullah sehingga mereka seakan-akan dapat merasa amanat yang dipikul oleh Nabi. Nabi akan menyampaikan setiap ayat kepada sahabat-sahabat2 yang ada. Lalu sahabat2 ini pula akan menyampaikannya kepada yang tidak ada. Walaupun alat2 komunikasi seperti sekarang tidak ada, tapi, mereka masih mampu menyampaikannya walaupun terpaksa berjalan beribu batu.

Sejarah telah membuktikan hebatnya para sahabat2 nabi yang bertungkus lumus melakukan kerja2 mengajak manusia kepada yang hak dan mencegah mereka daripada melakukan perkara2 yang di larang oleh syariat islam. Mereka yang tegak berdiri, bersatu dan bersama-sama menempuh musuh2 islam yang sentiasa saja ingin merosakkan bumi Allah seperti mempromisikan kebatilan, mengambil hak2 orang miskin, menindas orang2 miskin dan berlaku tidak adil kepada manusia baik yang beragama islam ataupun tidak.

Tapi apakah yang menyebabkan para sahabat2 dahulu mampu bertahan walaupun dihempas ombak yang berketinggian 10 meter? Sehinggakan mereka mampu menakluki beberapa kuasa besar seperti rome. Adakah disebabkan mereka ini bebadan tegap? Adakah disebabkan mereka mempunyai kelengkapan dan senjata yang canggih? Adakah kerana mereka bertaqwa kepada Allah lalu Allah berikan mereka kemenangan?

Kalah dan menangnya sesebuah angkatan tentara bukan sahaja tergantung kepada keramaian, kekuatan askar2 dan cara mereka menghadapi musuh. Akan tetapi, ianya juga tegantung kepada keperibadian setiap diri dalam kumpulan tersebut. Bayangkan, jika terdapat seorang munafik yang ikut berperang melawan musuh. Sebaik sahaja orang ini melihat musuh, dia akan lari kerana takut berhadapan dengan musuh..ini akan menyebabkan orang2 mukmin merasa sedikit gentar disebabkan sikap orang munafik tadi.

Jadi, setiap diri kita hendaklah mencari jalan untuk memantapkan diri kita sehingga kita dapat menjadi sahabat2 yang dididik oleh nabi kesayangan kita. Mengikut sejarah, sahabat2 dan orang2 selepas mereka hendaklah mempunyai 3 perkara yang perlu diasah secara berterusan. 3 perkara tersebut adalah seperti di bawah:

1) Mental
2) Fisikal
3) Spiritual

Jika kita perhatikan, aspek material tidak ditekankan kerana material hanyalah sebagai sebab musobab dan juga tambahan kepada hidup seseorang dan ianya tidak bertahan lama. Sama seperti apa yang disangkakan oleh orang bukan islam. Mereka menyangka bahawa harta benda yang mereka ada akan dapat dijadikan tebusan semasa di akhirat kelak. Berlainan dengan kita orang mukmin.

Setiap sahabat mempunya daya fikiran yang jauh dan mereka mempunyai idea2 yang bernas dan boleh dipakai. Disebabkan cara fikiran mereka yang luas, mereka mampu mengupas sesebuah topik dengan begitu teratur sekali. Mereka mampu membahaskan sesuatu perkara dengan cara professional dan bukan ikut kemahuan nafsu mereka. Mereka mampu berdebat dengan orang bukan islam lalu menukarkan mereka menjadi orang yang mengtauhidkan Allah Ta'ala.

Badan yang cergas dan kuat juga menyumbang kepada kesuksesan individu, kumpulan, masyakarat dan negara. Orang akan menyangka bahawa orang yang kuat ialah mereka yang mampu menarik sebuah keretapi ataupun sebuah kapal terbang. Akan tetapi, jika kita perhatikan kekuatan tersebut tidak akan bertahan lama kerana keikhlasan dalam menjana tenaga tersebut bukan dihasilkan daripada buah iman yang ada di dada tetapi hanyalah untuk ikut pertandingan2 "siapa kuat" di khalayak ramai. Badan yang cergas bukan sahaja tertumpu kepada bentuk fisik tapi cergas juga bermaksud dayatahan dan kemampuan kita untuk bangun ditengah malam untuk solat tahajjud, berpuasa semasa orang lain menikmati makan tengah hari dan sebagainya.

Tadi kita sudah membincangkan betapa pentingnya jasad dan intellectual kita untuk meraih kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tetapi kedua-dua perkara tersebut tidak akan lengkap tanpa ruh yang sehat. Ruh ataupun spiritual adalah sesuatu yang mengikat di kedua-dua perkara tadi. Tanpa ruh, badan yang kuat akan masih merasa takut jika berhadapan dengan hantu. Tanpa ruh yang mantap, fikiran kita akan terkonkong dan tidak akan sempurna selagi apa yang terletak di dada kita sudah jernih dan bersih dari segala yang kotor.

Bagaimana untuk menjadikan ruh kita sehat? Jika kita perhatikan nabi Muhammad, baginda telah dikerahkan oleh Allah untuk solat tahajjud dan salah satu tujuannya adalah untuk mempersiapkan diri baginda melawan musuh dan juga memberikan baginda kekuatan untuk bekerja di siang hari. Sahabat2 dan orang2 selepas mereka juga membiasakan diri mereka dengan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiyam, membaca al qur'an selepas suboh, berzikir, bertahmid, dan apa sahaja yang bersangkut paut dengan diri mereka sendiri. Disebabkan ruh yang sehat, tersinarlah cahaya keimanan yang dapat dipamerkan dari segi tingkah laku, percakapan dan pemikiran.

Kita hendaklah faham bahawa jika kita coba untuk menempuh satu jalan sahaja, maka jalan yang lain, kita mungkin akan gagal. Untuk mencapai ketiga-tiga perkara tersebut, ianya perlu kepada keseimbangan. Ini bermaksud, kita kalau dapat mencapai purata 100% dalam ketiga-tiga perkara dan bukan 33% bagi setiap kategori. Cuba bayangkan, seorang manusia yang mempunyai bahagian atas, pertengahan dan bahagian bawah. Mana satu yang kita pilih?

a) Kepala yang kecil, badan yang perut buncit, kaki yang kurus
b) Kepala yang besar, badan yang kecil, dan kaki yang panjang
c) Kepala yang sedang, badan yang sedang dan kaki yang sedang

Jadilah seorang manusia yang meniru gaya kehidupan Nabi Muhammad dan orang2 selepas baginda kerana dengan itu, kita akan dapat merasa apa erti kita menganut agama islam.

Wallahu'alam.

No comments: