Putaran Bodoh
Raja sehari. Malam pertama. Beberapa bulan kemudian, mengandung. Selepas 8 bulan. Seorang bayi lelaki (lahir ke dunia yang diberikan nama ALIAS. Disusukan oleh ibunya selama 2 tahun penuh. Dimasukkan sekolah tadika. Dimasukkan sekolah rendah, selepas itu masuk pula ke sekolah menengah. Selepas habis sekolah menengah masuk pusat tingkatan enam ataupun program matrikulasi. Sudah lulus, masuk uni. Selepas masuk uni berjumpa dengan seorang wanita yang menarik hati dan ingin segera dikahwininya. Setelah beberapa tahun hidup di alam uni, mendapat sekeping kertas. Lalu, memulakan job hunting. Lepas itu, ditelefon untuk menghadiri temuduga dan ujian bertulis. Lulus.
ALIAS memasuki alam pekerjaan. Bangun pagi pukul 5, solat suboh. Mandi. Bersiap-siap untuk kerja. Pejabat, buat kerja seperti orang lain buat. Tengah hari, makan luar bersama kawan2. Lepas makan, balik semula ke pejabat, membuat kerja seperti apa yang diarahkan (ataupun duduk sahaja). Solat asar. Masa untuk balik. Pandu kereta macam kura2 kerana traffic yang teruk. Sampai rumah. Makan/minum petang. Selepas itu mandi. Bersiap-siap untuk solat maghrib. Masuk waktu. Solat. Isya pun sama. Selepas siap solat isya', berjalan dengan kawan, duduk minum2 sehingga pukul 10malam. Selepar bayar bill. Balik rumah. Tidur.
Keesokkan harinya. Bangun pagi pukul 5, solat suboh. Mandi. Bersiap-siap untuk kerja. Pejabat, buat kerja seperti orang lain buat. Tengah hari, makan luar bersama kawan2. Lepas makan, balik semula ke pejabat, membuat kerja seperti apa yang diarahkan (ataupun duduk sahaja). Solat asar. Masa untuk balik. Pandu kereta macam kura2 kerana traffic yang teruk. Sampai rumah. Makan/minum petang. Selepas itu mandi. Bersiap-siap untuk solat maghrib. Masuk waktu. Solat. Isya pun sama. Selepas siap solat isya', berjalan dengan kawan, duduk minum2 sehingga pukul 10malam. Selepar bayar bill. Balik rumah. Tidur.
Beberapa tahun kemudian. Alias melangsungkan perkahwinan dengan gadis idamannya (Raja sehari). Malam pertama. Beberapa bulan kemudian, mengandung. Selepas 8 bulan. Seorang bayi lelaki lahir ke dunia yang bernama KARIM bin Alias (. Disusukan oleh ibunya selama 2 tahun penuh. Dimasukkan sekolah tadika. Dimasukkan sekolah rendah, selepas itu masuk pula ke sekolah menengah. Selepas habis sekolah menengah masuk pusat tingkatan enam ataupun program matrikulasi. Sudah lulus, masuk uni. Selepas masuk uni berjumpa dengan seorang wanita yang menarik hati dan ingin segera dikahwininya. Setelah beberapa tahun hidup di alam uni, mendapat sekeping kertas. Lalu, memulakan job hunting. Lepas itu, ditelefon untuk menghadiri temuduga dan ujian bertulis. Lulus.
KARIM memasuki alam pekerjaan. Bangun pagi pukul 5, solat suboh. Mandi. Bersiap-siap untuk kerja. Pejabat, buat kerja seperti orang lain buat. Tengah hari, makan luar bersama kawan2. Lepas makan, balik semula ke pejabat, membuat kerja seperti apa yang diarahkan (ataupun duduk sahaja). Solat asar. Masa untuk balik. Pandu kereta macam kura2 kerana traffic yang teruk. Sampai rumah. Makan/minum petang. Selepas itu mandi. Bersiap-siap untuk solat maghrib. Masuk waktu. Solat. Isya pun sama. Selepas siap solat isya', berjalan dengan kawan, duduk minum2 sehingga pukul 10malam. Selepar bayar bill. Balik rumah. Tidur.
Keesokkan harinya. Bangun pagi pukul 5, solat suboh. Mandi. Bersiap-siap untuk kerja. Pejabat, buat kerja seperti orang lain buat. Tengah hari, makan luar bersama kawan2. Lepas makan, balik semula ke pejabat, membuat kerja seperti apa yang diarahkan (ataupun duduk sahaja). Solat asar. Masa untuk balik. Pandu kereta macam kura2 kerana traffic yang teruk. Sampai rumah. Makan/minum petang. Selepas itu mandi. Bersiap-siap untuk solat maghrib. Masuk waktu. Solat. Isya pun sama. Selepas siap solat isya', berjalan dengan kawan, duduk minum2 sehingga pukul 10malam. Selepar bayar bill. Balik rumah. Tidur.
Beberapa tahun kemudian. KARIM melangsungkan perkahwinan dengan gadis idamannya (Raja sehari). Malam pertama. Beberapa bulan kemudian, mengandung. Selepas 8 bulan. Seorang bayi lelaki lahir ke dunia yang bernama JONO bin KARIM bin Alias (. Disusukan oleh ibunya selama 2 tahun penuh. Dimasukkan sekolah tadika. Dimasukkan sekolah rendah, selepas itu masuk pula ke sekolah menengah. Selepas habis sekolah menengah masuk pusat tingkatan enam ataupun program matrikulasi. Sudah lulus, masuk uni. Selepas masuk uni berjumpa dengan seorang wanita yang menarik hati dan ingin segera dikahwininya. Setelah beberapa tahun hidup di alam uni, mendapat sekeping kertas. Lalu, memulakan job hunting. Lepas itu, ditelefon untuk menghadiri temuduga dan ujian bertulis. Lulus.
Dan seterusnya...
Coba perhatikan, bagaimana putaran demi putaran berlaku. Keadaan yang dialami mungkin berlainan bagi ALIAS, KARIM & JONO. Perubahan gaya hidup, ekonomi, taraf hidup dan sebagainya memainkan peranan masing2 dalam putaran di atas. Ianya menunjukkan kehidupan manusia yang sudah biasa dengan putaran tersebut sehinggakan apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita masih diamalkan. Bukan itu sahaja, bahkan, orang yang berada dalam putaran tersebut sudah menjadi lumrah sehinggakan kita tidak mampu melihat kekurangan yang ada pada putaran tersebut.
Apa yang menarik tentang putaran ini ialah setiap mereka tidak memberikan manfa'at kepada orang lain kerana mereka hidup untuk diri mereka sahaja. Mereka akan menerima gaji dihujung bulan dan akan membelanjakannya untuk dirinya ataupun untuk ahli keluarganya sahaja. Orang yang berada dalam putaran boleh diumpamakan sebagai "lebihan". Sama seperti jerawat, menyakitkan dan langsung tidak membawa manfa'at kepada orang yang mengalaminya dan tidak pula kepada orang yang melihatnya.
Jadi bagaimana untuk keluar daripada putaran bodoh ini?
No comments:
Post a Comment