Saturday, April 12, 2008

KETUA

Pernahkah kita mengalami keadaan dimana kita akan merasa gentar apabila dipanggil oleh bos kita ataupun dipanggil oleh guru kita ataupun sesiapa saja yang mempunyai kuasa untuk memecat kita, menjatuhkan air muka ataupun menggagalkan kita dalam perperiksaan ataupun yang berkuasa untuk menghukum kita? Tentu saja kita akan merasa gentar dan takut apabila berjumpa dengan meraka. Perasaan yang tidak menentu dan soalan yang bertubi-tubi berlegar dikepala kita tentang apakah tujuan kita dipanggil.

Kenapa pula kita takut kepada orang yang lebih dari tinggi daripada kita? Kerana kita tahu kuasa yang ada pada mereka. Disebabkan kuasa mereka yang lebih tinggi daripada kita, semulajadinya, kita akan mempunyai rasa hormat dan segan apabila berjumpa dengan mereka. Ini termasuk kedua ibu bapa kita. Gambarkan seorang kanak2 yang mempunyai ayah yang garang, yang akan menghayun tangannya ke peha anaknya yang masih kecil. Anak tadi akan merasa takut apabila berjumpa dengan ayah meraka tadi disebabkan "kuasa" yang ada padanya.

Tapi pernahkah kita terfikir, siapakah ketua kita yang mutlak? Yang sentiasa melihat keadaan kita walau di mana jua kita berada. Yang berkuasa untuk menghancurkan kita dalam sekedip mata. Yang berkuasa mendengar setiap percakapana dan perbualan yang sia2. Yang tidak tidur dan tidak pernah mengantuk. Dialah Tuhan yang Esa, yang berdiri dengan sendiri tanpa sekutu. "Bos" segala sesuatu yang menciptakan manusia dari setetes air mani yang hina.

Pernahkah kita merasa takut kepada Tuhan kita dengan rasa takut yang sebenar-benarnya? Sangat takut sehingga menjadi pucat apabila ada perjumpaan denganNya, akan pengsan setiap kali diberi amaran tentang kehidupan dan keadaan di akhirat kelak ataupun menangis memikirkan nasib yang akan menimpa kita di akhirat kelak? Begitulah keadaan orang2 yang sebelum kita, yang sangat takut kepada Bos mereka sehinggakan mereka hilang ingatan dan tidak sedar betapa kuat kekuasaan yang ada padaNya.

Orang2 sebelum kita kenal bos kita lebih dari mereka kenal diri mereka sendiri. Mereka begitu rindu, takut dan berharap dengan bos mereka. Mereka rindu kerana ingin balik ke kampong halaman mereka dan bersua dengan bos mereka. Mereka lakukan ini dengan cara bercucuk tanam di dunia tanpa lelah. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tempat yang tertinggi di sisi Bos kita. Mereka berjuang untuknya, berkorban nyawa untuknya dan mereka meninggalkan apa yang mereka suka demi untuk mencapai cintaNya.

Apa ertinya semua ini? Kita hendaklah mengenali bos kita sehingga kita mampu menjaga mata kita, hati kita, dan semua pancaindera kita daripada maksiat kecil atau besar, nampak atau tidak. Jadi, jika kita masih boleh ketawa ataupun bercakap-cakap semasa ingin berjumpa dengan bos kita, besar kemungkinan, kita belum kenal bos kita, Allah, Tuhan semesta alam.

Ya Allah, Selamatkanlah kami dan ahli keluarga kami daripada api neraka yang bahannya manusia dan batu....Kabulkanlah ya Allah

No comments: