Tiada Awan
Syukur kita panjatkan kepada Tuhan di atas ni'mat dunia yang ada penghujung dan harapan kita tadahkan agar nanti, Dia memberikan kita ni'mat syurga yang tiada berkesudahan. Tiada siapa yang mampu melawan kuasa-Nya dan tiada siapa yang mampu menandingi-Nya. Tiada Tuhan selain Dia dan Dia Kekal untuk selama-lamanya.
Awan adalah suatu ciptaan agung yang Allah ciptakan untuk menghiasi langit yang terbentang luas. Ianya diciptakan agar manusia memerhatikan betapa sempurna, halusnya ciptaan Allah dan terutama sekali agar kita mendapat petunjuk daripada. Terdapat beberapa faedah yang dapat kita ambil daripada awan. Salah satu daripadanya ialah bagaimana Allah menciptakan awan tersebut agar manusia dapat mengetahui samaada hari akan hujan atau tidak. Tapi perlu diingat bahawa awan yang mendung tidak bererti hujan kerana Allah berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki.
Manusia secara tabi'at semula-jadi akan mencari tempat untuk berselindung & berteduh. Semasa bekerja, beriadah, semasa beratur digarisan yang panjang dan sebagainya. Kita selalunya akan pergi ke tempat-tempat yang teduh di mana tiada cahaya matahari yang menyinar dan kita dapat berselindung daripada terik matahari terutama sekali semasa matahari berada di atas kepala (tengah hari). Di saat inilah manusia akan lari mencari tempat yang berhawa dingin, tempat yang boleh membuatkan kita merasa sejuk buat seketika. Restoran-restoran dan tempat kedai-kedai makan / minum yang tidak mempunyai alat hawa dingin akan lingkup kerana persekitaran mereka yang panas. Awan berfungi sedemikian rupa kerana tanpa awan, kita akan tidak dapat tahan hidup di dunia ini kerana panas matahari dunia.
Di dunia, manusia dapat lari dan mencari tempat berlindung daripada cahaya panas matahari dan dari masalah-masalah peribadi. Perlu diingat bahawa semasa di padang mashyar nanti, matahari akan berada sejengkal dari atas kepala kita dan kita tidak akan dapat lari pada masa itu kerana semua manusia akan hirau / resah dengan keadaan mereka masing-masing. Mereka akan tengelam dalam peluh mereka sendiri. Melekat & busuk. Inilah balasan bagi mereka yang tidak peduli / mengendahkan perintah Allah dan melakukan dosa dan maksiat semasa di dunia.
Sebaliknya, bagi mereka yang mengerjakan amal-amal kebajikan dan melakukan semua kewajipan dan sedaya upaya meninggalkan SEMUA kemungkaran kerana ALLAH akan berteduh di bawah pokok yang rendang dan angin yang sayu menyejukkan badan mereka. Wallahu'alam.

1 comment:
30:48
Allah lah yg mengirimkan angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yg dikehendaki dan menjadikannya bergumpal2,lalu engkau lihat hujan keluar dari celah2nya, maka apabila Dia menurunkannya kpd hamba2nya yg Dia kehendaki tiba2 mereka bergembira
Post a Comment