Syaitan laknatullah
Segala puji pujian hanya bagi Allah,
Syaitan seperti yang kita ketahui adalah musuh yang nyata bagi manusia. Semasa Allah mengerahkan Iblis untuk sujud (tanda hormat) kepada Adam, dia enggan menandakan dia sombong dan takabbur. Sejak kejadian itu, Allah dan malaikat2Nya telah mengutuk Iblis. Syaitan telah berjanji kepada PenciptaNYA akan meyesatkan anak adam sehingga kehujung nyawa iaitu apabila jasad bercerai dengan roh dan Allah Yang Maha Pengampun pula berjanji akan mengampuni dosa2 hamba2NYA (selagi ikhlas) sehingga nyawa mereka masih dikandung badan.
Berdasarkan dialog diatas, Iblis laknatullah akan coba untuk menyesatkan kita sehingga nyawa kita dicabut. Dalam surah An-Naas ada Allah berfirman..(ayat yang terakhir sekali)
"...Syaitan dari golongan jin dan manusia".
Kita hendaklah sedar bahawa syaitan bukanlah dari golongan jin sahaja kerana manusia juga boleh menjadi syaitan. Sebagai contoh, kita mungkin mempunyai kawan yang pernah malalaikan seoerti membawa kita bermain bola ataupun kawan ini berlanja membawa makan tengah hari sehingga waktu solat berlalu dengan begitu sahaja. Secara zahirnya, memang kawan kita ini tampak baik, akan tetapi, jika kita fikirankan semula, kawan yang berlanja kita ini sebenarnya telah melalaikan kita dari mengingat Allah.
Di dalam Al Qur'an Ada menyebutkan tentang perkara di atas..
"Dalam surah An Nahl ayat 63 Allah swt berfirman, “Syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka yang buruk,maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih.”
Ana pernah menyaksikan salah satu rancangan agama yang salah satu ahli panelnya ialah Dr Fadilah Kamsah dan beliau menyatakan yang didalam badan manusia ada 5 jenis sifat iaitu
sifat-sifat yang datang dari
1) Allah
2) Nabi
3) Malaikat
4) Binatang
5) Syaitan
Disebabkan ana tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkara ini, ana tidak yang menyusuri semua mengenai perkara di atas. Walaupun demikian, apa sahaja jenis kejahatan yang kita lanakan adalah dari bisikan syaitan yang terkutuk. Ingatlah, janji Allah itu benar dan janji syaitan itu palsu seperti ni'mat dunia.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment